Skinny Jeans.. boleh ke?
Assalamualaikum, haa kali ni lain sikit. selalu kalau post asyik bantai perempuan je kan? kali ni axe nak cakap pasal lelaki. yang ni memang lama dah terfikir. cuma tak teringat nak tulis dalam blog ni. tadi nak pegi solat jumaat. ternampak pulak species ni. nak tau apa dia? orang kata, gambar boleh berbicara. so korang agak-agak la kan. apa yang axe nak kupas pasal tajuk yang ada kena mengena dengan gambar ini? haaa jangan usha lebih lebih lak gambar tu.. ish ish ish yang axe nak cerita kali ni. tadi axe jalan kaki pergi masjid. nak solat jumaat. lalu tepi tasik Universiti ni. jalan kat belakang sorang hamba Allah ni. MasyaAllah, seluar dia cantik. seluar skinny. kan trend sekarang pakai seluar ketat ketat. kalau kaki tu tough, boleh tunjuk sikit. baru la perempuan-perempuan tergoda. kan? haa bila sound perempuan pakai ketat, yang lelaki ni amboi, 100% sokong. perempuan tak boleh pakai ketat. tau tak punca kes rogol adalah dari pemakaian seorang gadis tu sendiri...