assalamualaikum.. ada orang tak? haha lama tak update blog ni. axe terbaca satu article ni, kisah perempuan yang pertikaikan kebaikan orang bertudung. tapi bukan kisah tu yang axe nak cerita. sebab axe pernah cerita dah dulu. ingat tak? tajuk dia "perempuan bertudung jahat" masa axe baca tu, ada ayat "sekurang-kurangnya, tak tutup aurat tu dah comfirm masuk neraka" axe pun teringat satu kisah yang axe baca daripada sebuah kitab. nak dengar? memang tak la sebijik macam cerita dalam kitab yang axe baca tu, sebab axe pun dah lupa jalan cerita dia. cuma axe ingat isi penting dalam cerita tu. kitab tu di tulis oleh salah seorang ustaz yang giat mengelilingi malaysia semata-mata menyebarkan dakwah islam. ada dua orang sahabat di sebuah kampung terletak di sebuah negeri di tanah arab. mereka membesar sama-sama. dan sama-sama memeluk islam. tetapi mereka tidak sehaluan. seorang bersifat warak. dia seorang mukmin. memang tekun beribadah. menunaikan semua peri...