Hanya kerana 10 sen. MasyaAllah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas sahaja, tapi penuh pengajaran. Jom kita baca kisah hanya kerana s edekah 10 Sen. “Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai. “Satu RM14.90 kak” jawabnya. “ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya. “Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu. Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai ker...