Para Nabi Pun Buat Kesilapan.
Bismillah Positive thinking. Jujur. Dua tajuk yang akan axe huraikan. Kenapa tetiba axe buat post ni? Err biar la. Ini kan blog axe. Haa tak de la. Sebenarnya axe terfikir. Axe tak nak orang fikir negative pasal axe. Okay sebagai pembuka cerita. Biar axe mula macam ni je la. Axe join usrah kat campus axe ni. Ada naqib yang membimbing axe. Setiap usrah yang abg ni buat. insyaAllah axe join selagi tak de halangan. Bila buka sem baru ni. Naqib yang membimbing axe dah berubah wajah. Maksud axe, orang lain la yang jadi naqib sekarang. Tapi malangnya, sem ni axe jarang sangat join usrah. Naqib lama axe pesan, jaga nama baik dia. Dia tak nak axe nanti hanyut dalam kenikmatan yang akhirnya melalaikan axe. Axe faham maksud naqib lama axe tu. Jadi axe usaha sedaya mungkin, tak nak rosakkan nama baik dia. Tapi bila axe tak hadir usrah dengan naqib baru. Naqib lama ni tahu, dan mungkin dia salah anggap pada axe. Mungkin dia fikir axe dah mula tak nak join usrah. Mungkin dia fikir axe...