Taa'sub Ilmu
Assalamualaikum,
kalau ada yang mengikuti post2 saya sebelum ni. mungkin tertanya-2 kenapa saya
tak update lagi dah. bukan tak update. saya masih menulis tapi tak
berkesempatan untuk edit dan publish. saya kena check dulu tiap kata-2 yang
saya lontarkan supaya tak terjadi apa2 isu dikemudian hari. zaman sekarang
fitnah berleluasa. kali ni saya post pasal taasub ilmu. apa itu taasub ilmu?
mungkin ada yang
pronounce sebagai taksub. tapi saya eja taasub. sama je maksudnya. taksub ni
bermaksud terlalu fanatik. orang yang terlalu minat sesuatu sampaikan menolak
yang lain. itulah taksub. bahaya taksub ni. ada yang taksub kpop. sampai
terlupa diri islam. senang-2 membiarkan diri dipeluk. yang tu kes lama, biar
la. dah pun dirungkai kes tu oleh orang lain. saya nak bercerita sikit tentang
taksub ilmu.
salah ke tasub
ilmu? bukannya kita buat benda yang lagha', kita menuntut ilmu, ilmu agama
lagi. apa yang salahnya nak taksub dengan agama sendiri? setiap perkara pasti
ada persoalan. saya tidak menghalang dan tidak menyalahkan orang yang menuntut
ilmu. itu kan benda yang baik. tapi saya agak kesal dengan sebilangan manusia
yang terlalu taksub dengan ilmu yang dia perolehi dari sebilangan orang yang
dia kenali sehinggakan dia menolak ilmu yang disampaikan oleh orang lain. benda
ni terjadi dalam kalangan kita. saya rasa saya pernah cakap tentang cara
belajar ilmu khususnya ilmu agama. jangan kita hanya berpandukan pada satu
sumber. tapi rujuklah sumber-2 yang lain. dalam malaysia ni ramai pakai ilmuwan
islam. ramai yang boleh digelar al alim. malah ada yang boleh digelar ulama'.
kenapa kita hanya dengar dari satu pihak je? dalam membuat keputusan sekali pun,
adilkah kita kalau kita hanya mendengar dari satu pihak dan kemudian menghukum
tanpa mendengar penjelasan dari satu pihak lagi?
dalam kita
terlalu seronok belajar ilmu agama, jangan sampai ketaksuban kita menghasilkan
permusuhan. kenapa Allah menciptakan kita berlainan?
Allah berfirman dalam
surah al Hujurat ayat 13. “Hai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
dari ayat
tersebut mengatakan sebab kenapa Allah ciptakan kita ni berlainan sifat, berlainan
cara berfikir. supaya kita saling kenal mengenal. kalau dalam konteks yang
ingin saya bawakan, supaya kita saling bertukar-2 pendapat. saling memahami
antara satu sama lain. saling membetulkan apa yang silap.
politik? mungkin
ada yang tahu dan ada yang tak tahu kenapa saya tak suka politik. saya tidak
menafikan politik ini ada kebaikan. tapi saya memilih untuk tidak suka pada
politik. sebabnya? punca perpecahan umat sekarang ni salah satunya adalah
politik. sampaikan dalam isu agama sekalipun dipolitikkan. masjid dibina orang
bn, orang pas tak nak masuk. masjid dibina orang pas, orang umno tak nak pergi.
saya nak tanya. kita pergi masjid, pergi surau, nak solat menghadap Allah atau
pergi surau/masjid sebab nak berpolitik? nak politik bukan masa tu. pergi
masjid, solat. pergi masjid baca quran. pergi masjid berusrah. pergi masjid
belajar ilmu agama. kalau politik pun di kecohkan dalam masjid, apa beza masjid
dengan gereja?? sedangkan kita kalau pergi siam, melawat tokong siam kat sana,
kita boleh sopan, senyap. tak buat bising. jaga tatatertib. kena dalam masjid,
tempat suci agama kita, dijadikan tempat gaduh sesama islam?
bercakap tentang
ilmu sebelah pihak. kita ni baru belajar ilmu agama tak la dari kecil. kita
belajar ilmu agama tak lah sampai bertahun di pondok belajar dengan ulama'.
tapi kenapa dengan mudahnya kita mengambil alih tugas Allah? kenapa dengan
senang lenang kita menghukum orang yang membawa ilmu yang sama tapi mungkin
berbeza cara penyampaian. kita dengar dan terima ilmu dari sorang ustaz. kenapa
kita tak bandingkan dengan ustaz-2 yang lain dan ambil yang terbaik. kenapa
hanya mendengar dari sorang ustaz je? tak salah kalau dengar dari sorang ustaz
je. tapi yang jadi salah bila kita terus menghukum ustaz lain sebagai
terpesong, sesat, dan menghukum ustaz lain dengan gelaran-2 yang kita sendiri
tak tahu dengan jelas apa makna gelaran itu. kita hukum ustaz tu wahabi, ustaz
ini syiah. adakah kita pernah bersua dan bercakap dengan ustaz tu? sekadar
tengok dari video yang orang share, setakat pergi dengar hanya satu dua ceramah
dari ustaz tu. kita boleh terus hukum apa yang ustaz tu bawa sebagai salah?
macam mana kalau segalah tohmahan orang yang menyatakan seseorang itu wahabi
adalah fitnah semata-mata? fitnak dunia akhir zaman pelbagai cara pelbagai
bentuk.
kita terlalu
taksub dengan ilmu sampaikan kita join pelbagai program keilmuan dan mungkin
kita sendiri yang menganjurkan. kita jemput ustaz itu ini yang kita suka. tapi
kedekut. bakhil. kita boleh membayar ribuan ringgit kepada artis mahupun artis
nasyid. tapi kita berkira dengan guru yang mengajar. seorang artis demand 5000
ringgit. kita tak mampu sebab mahal. artis setuju kurangkan sehingga 3000
ringgit, tapi seorang ustaz yang meminta bayaran 1000 ringgit kita cop dia
sebagai menjual agama. besar sangat kah sumbangan artis kita berbanding ilmuan?
kita dengan yakin berkata ustaz yang demand ni menjual agama untuk diri
sendiri. ustaz yang demand ni tidak yakin dengan rezeki Allah. tapi kenapa kita
tidak merungut dengan artis-2 yang demand lebih tinggi?
ilmu itu tak kan
habis. belajar lah dari siapa pun tidak mengira latar belakangnya selagi apa
yang disampaikan itu ada kebaikan. jangan terlalu mudah lupa diri bila dah
terlalu yakin ilmu penuh didada. sentiasa rendah diri. jangan angkuh dengan
agama.
Comments