Sungguh daku cemburukan mu.
Assalamualaikum,
Cemburu, rata-rata insan di dunia ni
ada sifat cemburu. Tapi berjenis la, ada cemburu yang melampau sampai terkesan
pada fizikal. Ada cemburu yang hanya pada mental ataupun dalam isi kata lain,
cemburu dalam hati je. Kenapa saya cemburu? Kalau istilah cinta, cemburu tanda
sayang. Yang baca ni pernah bercinta? Dengan sapa? Jangan tipu.. haaa
Cemburu
ni subjektif, ianya lahir dari hati setelah terjadi sesuatu pada seseorang yang
lain yang membuatkan diri terfikirkan sesuatu. Waa ayat falsafah betul. Bahasa mudahnya,
cemburu ni macam iri hati kita kepada orang yang ada sesuatu. Selalunya perempuan
la. Nampak member pakai kasut baru, mula rasa nak beli jugak. Tapi bila beli,
tak nak beli yang sama. Memang sifat perempuan tak suka pakai benda yang sama
dengan orang lain ea? Susah la macam tu, patut la designer kalau buat design
apa apa khasnya untuk perempuan. Dia terhadkan pengeluaran benda tu. Kalau pergi
kedai kasut. Nampak kasut cantik, tanya ada tak saiz 6. Jurujual tu cari then
tak de. Dah habis. So saya terfikir, dorang ni jual kasut ni satu saiz ada
sepasang je ke? Rupanya dorang faham yang perempuan ni jenis tak suka pakai
benda yang sama dengan perempuan lain. Tapi kalau tak suka pakai yang sama,
kenapa mesti cemburu kalau ada sorang perempuan pakai benda baru?
ada yang cemburu dengan pasangan. kita ni handsome/cantik, pergi mana-2 pun ramai yang pandang. disebabkan itu la, pasangan kita tak benarkan kita keluar melainkan dengan pasangan. pernah kena? ada yang cemburu dengan kawan sendiri, pasangan kita jumpa kawan kita atas sebab assignment, dorang satu group. kita pun nak cemburu, sampai tarik muka bila berhadapan dengan kawan kita tu. haaiii jangan macam tu.
Itu
cemburukan harta, cemburu hati, tapi yang saya nak cerita hari ni bukanlah pasal cemburu-2 tu.
Tapi kisah kecemburuan saya terhadap seorang insan yang telah meninggal dunia. Dengan
orang yang dah tak de pun nak cemburu ke? Yes, memang saya cemburu. Antara orang
yang meninggal yang saya cemburu yang pertama ialah sahabat-2 Rasulullah S.A.W.
kalau saya hidup zaman rasulullah, saya akan dapat tarbiyah direct dari nabi
sendiri. So, dah comfirm2 susah nak terpesong. Tapi itu kemungkinan je. Tak semestinya
kita hidup zaman nabi, kita ikut nabi. Betul tak? Apa jadi kat Abu lahab, abu
jahal? Dorang pun dapat tarbiyah direct dari nabi, tapi dorang tetap angkuh dan
menolak ajaran nabi. Nauzubillahiminzalik, harapnya kita bukan dari golongan
itu.
Cemburu
saya yang kedua pada golongan bayi yang masih kecil yang meninggal di usia
kecil. Kisah baru-baru ni, 3 orang meninggal dalam kemalangan di lebuhraya
DUKE. Sepasang suami isteri dan seorang bayi usia 6-7 bulan. Al-Fatihah untuk
mangsa. ……………
Saya
cemburukan bayi kecil itu, yang tidak sempat mengenal lebih jauh dunia kotor
ini dan tidak sempat tercemar dari kotoran ini. Tapi dia pergi mengadap Ilahi
dengan diri masih tiada dosa. Dan yang paling saya cemburukan, bayi kecil ini telah
ditempah namanya di syurga.
Suatu
hari dua sahabat Nabi s.a.w. datang bertemu Nabi mengadu anak-anak mereka mati
ketika kecil. Maka Nabi bersabda ibu bapa yang anaknya mati kecil akan melalui
titian sirat sepantas melafazkan sumpah sahaja..
Anak-anak
yang meninggal waktu kecil, akan menolong orang tuanya ketika di padang
mahsyar. Seperti contoh, kalau orang tuanya nak lalu titian sirat tu, sekejap
je. Tak menyiksakan. Itulah keistimewaan bayi yang meninggal. Dia ada syafaat
untuk tolong mak ayah dia selagimana mak ayah dia masih memeluk islam dan
selagi mana mak ayah dia tidak ingkar pada Allah. Betapa saya cemburukan bayi
ini. Di dunia, kita boleh tolong mak ayah kita, tolong beli barang, tolong
masak, tolong kemas rumah. Tapi pertolongan yang terbaik kita sebagai anak adalah
menolong orang tua kita masuk syurga. Beruntunglah bayi kecil ini.
Tapi
jangan confius, jangan kita kata kita
yang tak sempat meninggal masa kecil ni tak boleh nak tolong mak ayah kita
masuk syurga. Boleh. Jangan la nanti bila kita kawen, dapat anak, kita tunggu
je, bila la nak mati anak aku ni. Dah besar budak tu, mula tarik muka. Anak tanya,
kenapa masam je muka mak? Tak kan korang nak jawab, “apasal ko tak mati masa
kecil dulu? Ni kan susah mak nak masuk syurga, kalau ko mati kecik kecik dulu,
boleh la ko tolong mak kat padang mahsyar nanti.” Haish..
Anak
yang dah besar, tanggungjawab dia menjaga ibu bapa kita seikhlas hati, jaga
sebaik mungkin. Jadi anak yang soleh, solehah. Sebab nabi pesan, doa anak yang
soleh akan mengiringi jasad orang tuanya.
ada rupa macam Abam Bocey tak?
Apa
apa pun, buka fikiran kita, Berfikir diluar kotak. Jangan menempurung bersama
katak. Dan yang paling penting, bergurulah dari siapapun yang punya ilmu. Wassalam.
Comments