Salam
As-salamu-ala-i-kum
sejahteralah
keatas kamu
Dah lama kecoh pasal “forward
text” yang tersebar bukan saja dalam
short message system (sms)/ sistem
pesanan ringkas/ whatsapp/ telegram/ instagram/ wechat/ facebook mahupun
twitter. Tapi sudah pun diterangkan tentang permasalahan ringkasan salam ni. Ada
yang cakap akum bermaksud sedemikian, salam bermaksud sedemikian, askum, dan
berbagai lagi.
Cuma yang saya nak terangkan, perkataan yang kat atas tu yang
warna warni tu. Warna biru salamu atau kata asalnya salam bermaksud sejahtera.
Ala bermaksud keatas ataupun kepada ianya bermaksud ditujukan. Dan kum
bermaksud kamu atau kalian atau bahasa peraknya kome, bahasa utaranya hang,
bahasa terengganunya mung, bahasa negeri sembilan pulak ekau. Dah banyak bahasa
dah ni. Warna merah? Itu Cuma kata sendi atau pun penghubung ayat. Jangan ingat
dalam bahasa melayu je ada kata sendi ni, dalam bahasa arab pun ada, Cuma ia
tidak a membawa maksud yang berat.
Tak da salah lansung pun kalau kita sebut salam dalam sms. Ia
bermaksud sejahtera. Jadi, jangan pening-2 kepala la fikir boleh ke pakai
singkatan salam ni. Cuma kalau akum, askum dan lain lain tu, saya tak pasti.
Baru-2 ni saya hadir ke satu sesi pengajian dari tuan haji mohd zaki. Ustaz
yang terkenal di kawasan kamunting dan sekitarnya. Saya menetap di universiti,
so saya tak sempat kalau nak dengar ceramah kat kawasan rumah saya kat
kamunting, perak. Bila ada masa ni, saya ikut ayah saya dengar pengajian
berkitab kat masjid. Ustaz zaki ni ada pondok sendiri atau pun madrasah. Baru
je dibina sepenuhnya dalam setahun-dua yang lepas. Sekarang tengah proses nak tambah satu lagi
bangunan untuk kemudahan masa akan datang. Sesiapa yang berminat nak menuntut
ilmu, boleh la ke lorong 10, kampung pinang, 34600 kamunting, perak. Madrasah
at tazkiah milik ustaz zaki ni betul-2 tepi jalan laluan utama kampung pinang.
Dalam pengajian kali ni, menyentuh bab salam. Bagi salam,
jawab salam, cara bagi salam, manfaat salam. Ustaz zaki ada sebut, orang yang
bagi salam ni, agak mustahil berniat jahat. Sebab apa? Maksud salam tu sendiri
sejahteralah kamu. Maknanya selamatlah kamu, aku tak kan buat jahat kat kamu.
So kalau ada orang yang memberi salam, kemungkinan besar dia berniat baik.
Pernah tak kita dengar orang yang nak meragut atau membunuh, dia bagi salam
dulu? Tak pernah kan? Dan wajiblah kita menjawab salam tersebut andai kena
dengan orangnya. Dia dah doakan kita selamat, kita doakan dia balik. Tak susah
pun, Cuma jawab wa-alai-kum-us-salam ataupun alaikum salam. Andai kena dengan
orangnya? Kalau yang memberi kita salam itu adalah seorang muslim, maka jawab
salamnya. Tapi kalau yang beri salam itu bukan seorang muslim atau kata lainnya
kafir. Tidak wajib kita menjawab salamnya.
Sebenarnya saya nak ulas berkenaan tajuk 4 ciri wanita
terbaik menurut Rasulullah. Tapi bila sebut salam ni, terasa nak kupas tajuk
salam. So, tajuk tu saya kupas pada entry berikutnya InshaAllah.
Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Comments