Posts

Akad

Image
Assalamu'alaikum  Allahu, lama sungguh tak aktif ber blogging ni. Hari ni 7 Mac 2017 hari selasa bersamaan 8 Jamadil Akhir 1438H. Saya menulis ni sebab teringat tentang urusan jual beli tadi. Saya rasa masih ramai yang belum cakna tentang keperluan/kewajipan akad ni. Obviously, ramai tahu tentang akad nikah. Sebab nikah ni seronok, siapa je yang tak ingat pasal benda seronok, kan? (Seronok seronok jugak, tanggungjawab lelaki berat selepas akad nikah). Tapi yang nak saya huraikan adalah akad jual beli. sumber: https://tazkirah.net/jangan-menyusahkan-akad-nikah/ Ya, mungkin ada diantara kita pernah dengar atau pernah belajar pasal akad jual beli, ataupun mungkin kita pernah dengar akad tu sendiri tapi tak tahu hukum dan kepentingannya. Sama juga macam akad nikah, ada ijab dan kabul/qabul. Ijab adalah memberi, kabul adalah menerima. Bila kita bernikah, jurunikah/wali akan membacakan "aku nikahkan dikau sipolan bin sipolan dengan sipolan binti sipolan d

Salam

Image
As - salamu - ala - i - kum sejahteralah keatas kamu Dah lama kecoh pasal “forward text”  yang tersebar bukan saja dalam short message system (sms)/ sistem pesanan ringkas/ whatsapp/ telegram/ instagram/ wechat/ facebook mahupun twitter. Tapi sudah pun diterangkan tentang permasalahan ringkasan salam ni. Ada yang cakap akum bermaksud sedemikian, salam bermaksud sedemikian, askum, dan berbagai lagi. Cuma yang saya nak terangkan, perkataan yang kat atas tu yang warna warni tu. Warna biru salamu atau kata asalnya salam bermaksud sejahtera. Ala bermaksud keatas ataupun kepada ianya bermaksud ditujukan. Dan kum bermaksud kamu atau kalian atau bahasa peraknya kome, bahasa utaranya hang, bahasa terengganunya mung, bahasa negeri sembilan pulak ekau. Dah banyak bahasa dah ni. Warna merah? Itu Cuma kata sendi atau pun penghubung ayat. Jangan ingat dalam bahasa melayu je ada kata sendi ni, dalam bahasa arab pun ada, Cuma ia tidak a membawa maksud yang berat. Tak da salah lansun

Si Bongkok Berbaju Putih

Image
assalamualaikum,  raya haji menjelang, lebih kurang seminggu dari tarikh post ni ditulis. kejadian kren tumbang di mekah, meruntun hati. tatkala menyambut panggilan Illahi menunaikan haji. tidak pun sempat, hayat berakhir. alhamdulillah, husnul khatimah, pengakhiran yang baik. matinya ketika dalam wudhu, matinya ketika menunaikan fardhu haji. matinya ketika berada dekat dengan Allah. matinya shahid. mati yang diidamkan oleh muslimin sejati. bahkan pejuang-2 islam yang dahulu yang menginginkan shahid, tidak diperkenankan oleh Allah. betapa beruntungnya wahai si mati. jasad mu di kembalikan di tanah yang suci. mukadimah ini saya sampaikan khas buat insan-2 yang shahid di mekah. post kali ini saya ingin bercerita tentang seorang lelaki tua. saya tinggal di kamunting, perak. tiap kali solat jumaat, atau solat aidilfitri/aidiladha atau solat-2 lain, saya tunaikan di masjid maimun. masjid terdekat dengan rumah saya. setiap kali solat fardhu, saya solat di ruang utama, sebab oran

Sungguh daku cemburukan mu.

Image
Assalamualaikum,             Cemburu, rata-rata insan di dunia ni ada sifat cemburu. Tapi berjenis la, ada cemburu yang melampau sampai terkesan pada fizikal. Ada cemburu yang hanya pada mental ataupun dalam isi kata lain, cemburu dalam hati je. Kenapa saya cemburu? Kalau istilah cinta, cemburu tanda sayang. Yang baca ni pernah bercinta? Dengan sapa? Jangan tipu.. haaa Cemburu ni subjektif, ianya lahir dari hati setelah terjadi sesuatu pada seseorang yang lain yang membuatkan diri terfikirkan sesuatu. Waa ayat falsafah betul. Bahasa mudahnya, cemburu ni macam iri hati kita kepada orang yang ada sesuatu. Selalunya perempuan la. Nampak member pakai kasut baru, mula rasa nak beli jugak. Tapi bila beli, tak nak beli yang sama. Memang sifat perempuan tak suka pakai benda yang sama dengan orang lain ea? Susah la macam tu, patut la designer kalau buat design apa apa khasnya untuk perempuan. Dia terhadkan pengeluaran benda tu. Kalau pergi kedai kasut. Nampak kasut cantik, tanya

Taa'sub Ilmu

Assalamualaikum, kalau ada yang mengikuti post2 saya sebelum ni. mungkin tertanya-2 kenapa saya tak update lagi dah. bukan tak update. saya masih menulis tapi tak berkesempatan untuk edit dan publish. saya kena check dulu tiap kata-2 yang saya lontarkan supaya tak terjadi apa2 isu dikemudian hari. zaman sekarang fitnah berleluasa. kali ni saya post pasal taasub ilmu. apa itu taasub ilmu? mungkin ada yang pronounce sebagai taksub. tapi saya eja taasub. sama je maksudnya. taksub ni bermaksud terlalu fanatik. orang yang terlalu minat sesuatu sampaikan menolak yang lain. itulah taksub. bahaya taksub ni. ada yang taksub kpop. sampai terlupa diri islam. senang-2 membiarkan diri dipeluk. yang tu kes lama, biar la. dah pun dirungkai kes tu oleh orang lain. saya nak bercerita sikit tentang taksub ilmu. salah ke tasub ilmu? bukannya kita buat benda yang lagha', kita menuntut ilmu, ilmu agama lagi. apa yang salahnya nak taksub dengan agama sendiri? setiap perkara pasti ada persoalan.

Yang Bertutup Sungguh Indah

Image
#gambar lama Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Allahuakbar, lama sungguh tak berceloteh kat blog ni. Saya terlalu sibuk dengan urusan dunia. Astaghfirullah. Ada yang biasa terbuka, bila bertutup sungguh indah. Yang biasa bertutup, bila dibiar buka sangat menyakitkan. Ada yang biasa tertutup, bila dibiar buka sangat indah. Yang biasa terbuka bila bertutup pula menjadi sedih.  Status ni ada kat facebook saya, Otak yang runsing memikirkan urusan dunia ini masih lagi memberi ruang untuk urusan akhirat. Alhamdulillah. Kalau baca ayat tu, macam berbelit pun ada kan? Ada yang biasa terbuka, bila bertutup sungguh indah.   Ayat tu saya tujukan kepada umum. Bagi lelaki, sekarang ni tengah demam bola. Pasukan pilihan saya dah pun tempah tiket ke final. Of coz la German. Mentang-mentang german dah layak ke final. Pilih german la kan? Haa tak la. Sebenarnya saya suka Portugal. Tapi saya tak yakin portugal boleh pergi jauh. Saya just target germ

Broken English.

Assalamualaikum, post saya sebelum ni ada sebut pasal bahasa. bahasa utara. tengah enjoy surfing internet tadi. tengok joke harith iskander. kenal ke? yang tengok lawak ker der mesti la kenal kan? tengok kat mana? youtube? haha biasa la. saya pun tengok curi curi kat youtube. emm saya kenal harith iskander masa dia join show apa ntah kat ntv7 masa saya kecik dulu. sebenarnya masa tu tak minat pun harith ni sebab tak faham apa yg dia cakap. english kan? jujurnya saya tak pernah dapat A dalam english sepanjang bersekolah. kecuali tadika. hee then masuk universiti ni la mula saya belajar speaking sebab berkawan dengan foreigner dari jordan, somalia, jeddah, pakistan, palestine, ramai lagi. banyak nya tok arab la.  semalam saya pergi hospital, tak da sakit apa pun. dalam dua minggu ni asyik pening kepala je. rupanya tak cukup rehat. tak pa la. saya try cukupkan rehat saya. masa kat kaunter tu, pegawai perubatan tu tanya. "student ke? dari UPM?" saya jawab " ye stude