Posts

Showing posts from July, 2013

Hanya kerana 10 sen. MasyaAllah.

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu  kisah pengajaran  yang diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas sahaja, tapi penuh pengajaran. Jom kita baca kisah  hanya kerana s edekah 10 Sen. “Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai. “Satu RM14.90 kak” jawabnya. “ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya. “Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu. Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para peker

Orang Sombong = Jahiliah.

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Apabila kita memberi lebih banyak ilmu, maka kita akan memperoleh peluang untuk membeli lebih banyak pahala. - Tuan Shamsuddin Kadir      ayat kat atas ni axe ambil dari twitter axe. korang boleh follow  @SantapanMinda  kalau korang ada twitter. eh tak kan la tak de twitter kan? haa zaman sekarang zaman millenium. tapi sedar tak? dalam kecanggihan teknologi dunia sekarang ni. fikiran manusia masih lagi terperangkap di zaman jahiliah. zaman jahiliah tu apa? jahiliah daripada kata dasar jahil yang kalau kata kasarnya dalam bahasa melayu bererti bodoh. manusia sekarang zaman bodoh? haa bukan manusia tu bodoh. tapi akal dan fikiran masih belum mencapai tahap kemajuan seiring kemajuaan dunia sekarang. amboi macam YB bagi syarahan pulak. haha kenapa axe cakap manusia masih di zaman jahiliah? sebab manusia sekarang susah nak terima teguran, susah nak terima benda baru. unless kalau benda baru tu menguntungkan dia. agama islam ni bukan benda baru. dah lama

Pakcik, Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik?

Image
Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut.. Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya. Teruna : Boleh ke? Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna. Teruna : Assalamualaikum. Bapa Gadis : Waalaikumusalam. Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu. Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini. Teruna : Eh.. Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka. Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni? Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya Bapa Gadis : Oh.. Teruna : ?? Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu s