Orang Sombong = Jahiliah.


Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila kita memberi lebih banyak ilmu, maka kita akan memperoleh peluang untuk membeli lebih banyak pahala. - Tuan Shamsuddin Kadir

     ayat kat atas ni axe ambil dari twitter axe. korang boleh follow @SantapanMinda kalau korang ada twitter. eh tak kan la tak de twitter kan? haa zaman sekarang zaman millenium. tapi sedar tak? dalam kecanggihan teknologi dunia sekarang ni. fikiran manusia masih lagi terperangkap di zaman jahiliah. zaman jahiliah tu apa? jahiliah daripada kata dasar jahil yang kalau kata kasarnya dalam bahasa melayu bererti bodoh. manusia sekarang zaman bodoh? haa bukan manusia tu bodoh. tapi akal dan fikiran masih belum mencapai tahap kemajuan seiring kemajuaan dunia sekarang. amboi macam YB bagi syarahan pulak. haha


kenapa axe cakap manusia masih di zaman jahiliah?

sebab manusia sekarang susah nak terima teguran, susah nak terima benda baru. unless kalau benda baru tu menguntungkan dia. agama islam ni bukan benda baru. dah lama bertapak di muka bumi ciptaan Allah ni. kalau nak dibandingkan dengan usia kita. emm islam ni lebih senior la kan? haa kena la hormat yang senior. tapi manusia sekarang tak macam tu.

 mesti korang pernah dengar ilmu itu pelita hidup. kalau ikut logik. malam pun bukan gelap sekarang ni. lampu jalan terang je. so, buat apa pelita. kan? tapi pelita tu sebenarnya kiasan untuk perkataan "panduan". eh bukan ke Nabi ada pesan dalam khutbah terakhir baginda. "sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang selagi mana kamu berpegang teguh padanya, maka kamu tidak akan sesat, iaitu Al Quran dan Sunnah ku. "

Al Quran dan As Sunnah ni pun sebenarnya ilmu. ye la, kalau kita tak tau nak solat. dalam hadis nabi ada terangkan cara solat. bukan kah itu ilmu? kalau kita tak tau bacaan dalam solat. dalam Quran ada semua bacaan tu. ilmu la juga kan? tapi masalahnya, manusia sekarang ni tak nak baca quran. tak nak baca hadis. tak nak ikut sunnah. yang orang nak sangat ikut. poligami. kenapa nak poligami? eh tu kan sunnah. haa ye la. memang sunnah. tapi sunnah nabi pergi solat jemaah kat masjid. kenapa tak nak ikut?



orang sekarang suka bagi alasan. macam macam alasan ada. kecik lagi la. muda lagi la. sibuk la. dan lebih tua la. tengok gambar kat atas? korang pernah alami tak benda macam kat atas ni? axe sendiri pernah hadapi orang macam ni. kalau dah selalu bagi alasan. masa bila nak belajar ilmu agama? hidup 80 tahun. ilmu agama yang dia tahu doa makan je. solat pun setahun 2 kali. tu pun solat raya haji dgn raya puasa. pergi solat sebab nak tunjuk baju raya baru kat orang.. haish. tapi ada baiknya. walaupun niat dia tak betul pergi sembahyang raya tu. at least dia pergi juga daripada orang yang lansung tak pergi. kalau dia pergi, tapi niat tak betul. dia dapat juga pahala sebab dia hadiri majlis agama. majlis agama apa? kan sembahyang raya tu ada khutbah. khutbah tu masa untuk nasihat-menasihati. dapat juga pahala dia sebab dengar khutbah. err melainkan dia tidur masa khutbah. 


Nujum Masai : Jika tuan bijaksana, marilah jwb soalan hamba.

Pak Belalang : Silakn Nujum Masai.
Nujum Masai : Apkah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang : Itu senang saja. Jawabnya Terawih!!
Nujum Masai : Jelaskan.
Pak Belalang : "1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu ke-2 sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ke-3 kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarang2" pd minggu ke-4 jarang2 jumpa


ini pulak masalahnya denga terawih. baca kat atas ni mesti dah boleh faham kan? sekarang ni bulan ramadhan. axe sendiri pun bukannya setiap hari pergi solat terawih. yang axe nak tekankan kat sini. sikap seseorang itu. solat terawih itu sunat. kalau buat dapat pahala. kalau tak buat tak pa pun. tak salah. tapi ada yang mulut suka cari salah orang. bila ada yang ajak dia pergi solat terawih. jawapan dia nanti. "eleh, dia pun tak pi. nak suruh orang pi. ceh" kadang kadang axe hairan gak dengan manusia macam ni. bukan terawih je. benda lain pun. kalau ada orang ajak buat baik. mesti dia cari salah orang yang ajak tu, contohnya bila ada orang nak ajar ngaji quran. pastu orang yang diajak tu jawab. "hang pun dok dating dengan makwe. nak ajaq orang ngaji. tak layak la. " tapi ada kaitan ke ajar mengaji dengan dating? memang dating tu benda yang tak elok. tapi kalau dia ada ilmu untuk dikongsi khususnya ilmu mengaji al quran. tak salah untuk dia ajar orang lain. 



orang selalu cakap orang tu tak layak. orang ni tak layak. ingat tak post axe yang dulu? axe cakap. kalau nak tunggu orang yang betul betul layak tegur. memang tak kan ada yang menegur. sebab manusia tidak ada yang sempurna. pakai jubah pakai serban. tak semestinya baik. tak semestinya ahli syurga. kadang-kadang yang pakai baju pagoda dengan kain pelikat tu je yang baik. axe berpegang pada pendirian axe sendiri. kalau kita nak orang terima kita. kita kena terima orang tu dahulu. maksudnya, kalau kita nak ajak kawan kita buat baik. kita kena ikut trend atau gaya kawan kita tu. kalau dia jenis otak gila gila. kita kena la gila gila jugak. senang dia nak ikut kita nanti. kalau kita pakai jubah tangan pegang tasbih. orang pun takut nak dekat dengan kita. kan? 

kalau pakai sempoi macam ni. orang boleh terima la kan? haa muka pun sempoi.

sebenarnya orang yang susah nak terima nasihat orang lain tu. bukan sombong. tapi cara kita tegur tu tak kena dengan keadaan. kalau minyak nak campur dengan air memang susah. sebab tu kita kena jadi minyak juga. so kita boleh bergaul mudah dengan dorang. kan? bila dah boleh bergaul. baru lah boleh ubah mereka dari minyak kotor kepada minyak yang bermanfaat. harap korang faham la. haha

itu saja kot untuk kali ni. pape pun. senyum itu salah satu dari titik perhubungan. 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya