Posts

Showing posts from December, 2012

Iman

Image
axe rasa ramai yang tak faham apa itu iman. hanya tau sebut saja sebab dengar dari orang lain. kat sini axe nak kongsikan maksud iman yang sebenar. iman bermaksud percaya. seperti yang kita faham dalam rukun iman. haa siapa yang tak ingat rukun iman? percaya kepada Allah percaya kepada Nabi percaya kepada Malaikat percaya kepada Kitab percaya kepada Hari Kiamat percaya kepada Qada' dan Qadar ada 6 rukun iman. semuanya cakap pasal percaya kan? haa iman bermaksud percaya. bila kita percayakan seseorang. kita akan laksanakan apa yang dia suruh kan? sama la dengan ni. jika kita percayakan Allah, kita akan lakukan perintahNya. ada kaitan tau rukun islam dan rukun iman. sebagai contohnya, solat         puasa di bulan Ramadhan         mengeluarkan zakat                      mengerjakan haji bagi yang bekemampuan  bukankah Allah memerintahkan kita melaksanakan semua yang di atas ini?. haa kalau kita percaya pada Allah, percaya pada kekuasaanNya. ki

kebencian tak meredakan mesalah

Image
benci memeng tak menyelesaikan masalah. sebabnya? bila kita marahkan seseorang, kemudian kita bencikan dia. dan kita jauhkan diri daripada dia. apakah akan selesai masalah itu? yakinilah, perasaan benci itu tak mungkin hilang. selagi kita tidak menyelesaikan masalah itu sendiri. caranya? mohon maaf. tidak kiralah siapa pun yang memulakan perselisihan ini, tetapi dengan memohon maaf sekurang-kurangnya akan meredakan amarah dalam diri. bila kita merendahkan ego kita. InsyaAllah orang di sekeliling kita pun akan merendahkan egonya. dengan ini, masalah akan diselesaikan. axe teringat satu ayat dalam article yang axe pernah baca, "bumi ini makin tenat, banyak pokok-pokok ditebang hanya kerana sehelai kertas" haa kemudian axe gubah sedikit ayat tu untuk semua keadaan. dan untuk situasi ini, axe rasa "bumi ini makin tenat, janganlah kita tenatkan lagi dengan permusuhan kita" sebab tu la axe selalu suruh senyum, sebab senyum boleh mengeratkan huungan dan

hati hati

Image
petang tadi axe pergi satu kedai ni untuk makan. axe order la makanan yang axe nak. okay makanan pun sampai. axe pun makan la dengan senang hati. tengah best layan makanan tu. tiba-tiba axe terpegang benda ni. nak kata apa ek, serpihan ke, cebisan ke, seutas? sebab dia macam dawai pendek je.. benda ni la.. mungkin masa cuci benda ni termasuk dalam adunan untuk masakan ayam tu kot. so, axe nak pesan kepada semua, hati-hatilah bila makan. jangan terus telan je. periksa dulu. risau juga bila termakan benda ni dan mungkin akan mencederakan usus kita. kepada penjual makanan pula, berhati-hati la bila bekerja. jangan sampai terjadi perkara sebegini.  apa-apa pun, jangan lupa untuk senyum..

pawagam : baik & buruknya

Image
dulu masa kat asrama, selalu gak la axe berdebat ngan seorang kawan axe ni. tajuk yang dia tak puas hati dengan axe ialah persoalan wayang. selalu sengit la bila kami lawan. dan semestinya akan riuh bilik kami dengan suara kami bertengkar. haha tapi tu la kenangan yang kami cipta untuk di ingati di kemudian hari. ceritanya macam ni, kawan axe tu tanya kenapa axe tak pernah pergi wayang dan kenapa axe tak suka pergi wayang? jawapan axe yang pertama sekali mestilah axe cakap axe patuh cakap ibu axe. dia larang axe pergi wayang selagi axe di bawah tangungan dia. sebab kedua baru la axe cakap keburukan wayang ni. apa lagi, melenting la dia mempertahankan kebaikan wayang. axe nak share kat sini kesimpulan kepada semua perdebatan kami. wayang memang ada kebaikan dan keburukannya. kebaikan wayang : mengeratkan hubungan antara rakan-rakan/keluarga/pasangan dan lain-lain.  bila kita berjumpa rakan-rakan, kita sama-sama tengok wayang. gelak tawa, bersuka ria. akan mengeratkan hu

kembalilah pada Pencipta

Image
masa axe kat asrama dulu. ada seorang kawan axe ni asyik sangat baca satu novel ni. axe tak ingat dah tajuknya. axe pun pelik la. apa yang menariknya novel tu? tapi axe tak pernah pulak tanya kawan axe ni. satu hari, axe ambil novel tu masa kawan axe tu tak baca. axe selak la novel tu. bukan nak baca pun. cuma belek-belek je. axe tengok setiap permulaan bab baru dalam novel tu mesti ada ayat pujangga. axe pun baca la lagi ayat-ayat pujangga tu. axe tertarik betul dengan ayat ni: "Allah tidak menjanjikan kamu kesenangan dalam hidup, tapi Allah berjanji akan sentiasa bersama mu di setiap nafasmu." ayat tu memang menarik. bila di fikirkan balik kita selalu mengeluh bila dilanda musibah. kita tak kan terlepas dari masalah. tapi kita ada Sang Pencipta yang selalu membantu kita. Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat 5: maksudnya : "kepada Engkaulah tempat kami menyembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" ayat di atas menerangkan kita se

Hello Ghost

Image
hei.. semalam axe tengok tv. bosannya. tak de cerita best-best ke. tu la persoalan yang bermain dalam fikiran. ni la nasib bila kat rumah tiada astro. tapi axe tak kesal tiada astro. sebab bagi axe astro ni ada kekurangannya juga. dan ada kelebihannya. axe tukar channel. bila sampai channel 8tv. ada cerita korea, tajuk dia Hello Ghost. haa mulanya rasa macam tak nak tengok. yela axe ni tak gemar korea ni. akhir-akhir ni pulak orang asyik cakap K-Pop je kan.. tu yang menambah 'kebencian' kat korean ni. tapi tak boleh la macam tu kan. mana boleh benci-benci orang. mereka pun mahu maju dalam industri seni ni. tak salah pun kalau orang-orang kita minat cerita-cerita korea. bila axe tengok cerita Hello Ghost ni, waa best gak jalan cerita ni. so , axe pun tengok la sampai habis. mulanya tak faham jalan ceritanya sebab axe tengok dah tengah jalan kan. kalau tengok dari mula lain la. meh sini axe kongsi sikit tentang cerita ni. ada seorang lelaki ni, dia nak bunuh diri se

hormat menghormati

Image
baru-baru ni, axe balik kampung ayah axe. kampung axe tu tak lah jauh sangat dari rumah axe. selalunya tak tidur situ pun kalau balik kampung tu. tapi kali ni kami overnight di situ. sebabnya nak teman nenek axe yang keseorangan sebab anak bongsu dia dan cucu-cucu dia pergi ke terengganu. nenek axe tu tinggal dengan anak dia dan cucu je. yang axe nak cerita ni, pagi tu kami sekeluarga pergi breakfast kat gerai kat luar. jalan menghala ke pantai remis. kemudian, kami terus ke pantai remis. seja nak jalan-jalan kan.. waktu on the way balik tu singgah kat stesyen minyak sebentar. axe pon pergi la ke tandas.  kat luar tandas tu, punya la lama tunggu. mungkin orang kat dalam tu buang air besar. axe pula dah tak tahan. tapi tiba-tiba datang seorang pak cik ni. dia dah berumur mungkin dalam lingkungan 70 tahun usianya. dia pun tunggu juga. bila keluar je orang yang dalam tandas tadi tu, ada orang lain yang entah dari mana terus masuk tanpa pedulikan orang lain. axe tengok kat pakci

perubahan

Image
hari ni axe demam, selsema. so, kurang la sikit senyuman hari ni. tapi bukan ke axe selalu suruh senyum? haaa so, axe kena senyum gak. sebenarnya axe tak berapa nak senyum hari ni sebab rasa sedih. bersalah pada diri sendiri. axe rupanya selama ini banyak buat salah. banyak buat dosa. axe rasa axe nak berubah. benar la hidayah tu milik Allah Taala. bila dia cakap jadi, maka jadilah. axe nak tinggalkan semua tabiat buruk axe. memang susah tapi kena gak. axe baca blog hamba Allah ni, dia cakap tentang kesilapan yang kita tak sedari. kekadang benda yang kita buat tu memang menyeronokkan. tapi  tanpa kita sedar ianya salah. axe sedar semua ni bila axe sedang hadapi ujian. axe sedar semua ni bila axe ditegur oleh seorang hamba Allah ni. axe kalau boleh nak dekatkan diri pada Allah selalu. maksud axe, axe nak masuk sekolah pondok. kat sana axe akan belajar mentaati Allah dengan pantauan ustaz-ustaz. bukan kat rumah axe tak solat, cuma axe selalu lalai. selalu lengahkan solat. mak ay

muslim diluar sana

Image
anda lihat lah.. axe rasa kasihan lihat saudara-saudara kita di luar sana. mereka hidup dalam kegelisahan. mereka bagaikan belon yang di kelilingi jarum. bila-bila masa akan pecah.  macm tu la hidup umat islam di sana. memang axe tak pernah pergi sana. tapi melalui gambar-gambar ini, axe dapat bayangkan kesengsaraan yang mereka hadapi. cuma kita di sini yang mereka harapkan. bantuan yang kita hulurkan, makanan, pakaian, ubatan, tenaga kerja dan doa. semua tu membantu meringankan secebis kesusahan mereka. tapi kita disini dalam keamanan, kesejahteraan. bersyukurkah kita?  peperangan yang tidak terjadi kita adakan. perang apakah itu? perang politik jawapannya. terus terang axe tidak minat lansung politik dunia ni. kenapa la kita mesti berpecah semata-mata politik? dengan BN, PAS, PKR, DAP. yg lain axe tak tau. tu je yang selalu keluar media massa. :-) axe cuma nak sampaikan kat sini, kita tak lihat ke apa yang jadi kat negara arab? m

persoalannya

Image
perlu ke bezakan manusia? ada baik ada jahat. betul ke? jangan nilai seseorang. Allah yang berhak menilainya. Allah kan al- Hakim, Maha Bijaksana. so , Dia tahu beza hamba-hambaNya. tak de apa pun nak cakap sebenarnya, cuma terkilan. memang axe ni ahli jawatan kuasa surau kat sekolah dulu, then ada sorang hamba Allah ni tegur bila axe cakap nak buka baju sebab panas sangat, axe cuma bergurau. tak mungkin la axe nak tayang badan kat orang ramai. cuma yang buat axe terkilan bila hamba Allah ni cakap "hei, jangan la buka baju, kau tu AJK Surau, kau tu orang baik tak macam kami ni. kami ni jahat." dalam hati axe ni, nak je bidas balik cakap dia tu. tapi axe tak buat sebab axe tak nak pulak dia yang terasa dengan kata-kata axe ni. yela axe ni pun manusia, ada kala axe akan cakap benda yang tak baik bila axe dalam keadaan marah. axe ni bukan apa, axe tak gemar la orang suka banding-bandingkan orang ni. tambahan lagi kalau cakap axe ni baik, pandai, handsome . konklu