Posts

Showing posts from March, 2017

Akad

Image
Assalamu'alaikum  Allahu, lama sungguh tak aktif ber blogging ni. Hari ni 7 Mac 2017 hari selasa bersamaan 8 Jamadil Akhir 1438H. Saya menulis ni sebab teringat tentang urusan jual beli tadi. Saya rasa masih ramai yang belum cakna tentang keperluan/kewajipan akad ni. Obviously, ramai tahu tentang akad nikah. Sebab nikah ni seronok, siapa je yang tak ingat pasal benda seronok, kan? (Seronok seronok jugak, tanggungjawab lelaki berat selepas akad nikah). Tapi yang nak saya huraikan adalah akad jual beli. sumber: https://tazkirah.net/jangan-menyusahkan-akad-nikah/ Ya, mungkin ada diantara kita pernah dengar atau pernah belajar pasal akad jual beli, ataupun mungkin kita pernah dengar akad tu sendiri tapi tak tahu hukum dan kepentingannya. Sama juga macam akad nikah, ada ijab dan kabul/qabul. Ijab adalah memberi, kabul adalah menerima. Bila kita bernikah, jurunikah/wali akan membacakan "aku nikahkan dikau sipolan bin sipolan dengan sipolan binti sipolan d