Posts

Showing posts from October, 2013

Alhamdulillah, aku ditimpa musibah.

Image
Assalamualaikum ikhwan dan akhwat,  Alhamdulillah, axe baru je ditimpa musibah, kaki axe cedera lepas main bola petang tadi. sakit juga la. sampai susah nak jalan. tapi  ada seorang hamba Allah ni ucapkan Syafakallah pada axe. axe first time dengar ayat tu. so, axe pun search la maksud syafakallah tu. axe bukan la dari sekolah yang mewajibkan pejaran bahasa arab. yang axe ingat baskutah = biskut. tu pun belajar masa sekolah rendah. bila axe jumpa maksud syafakallah, rupanya ia adalah satu doa yang bermaksud "semoga Allah memberikan kesembuhan untukmu."  petang tadi sahabat axe ada tanya. "Kenapa setiap kali kita cuba berubah menjadi lebih baik ada saja orang yang fitnah kita?"  Lautan itu bergelora, binalah kapal apa sekalipun, pasti akan mengharungi gelora itu. binalah kapal yang terbaik. kalau nak harungi lautan tu dengan cara mudah. memang ada, guna kapal terbang. tapi apa kepuasannya bila dan sampai ke seberang? begitu juga la dengan sakit. kalau nak hid

Apa hal kau cuak?

Image
Assalamualaikum, memang dah lama axe tak berceloteh dalam laman ni. semua post akhir-akhir ni axe ambil dari blog lain untuk dikongsi. tapi setelah didesak oleh seorang kawan axe yang beriya-iya nak axe aktif balik dalam dunia blog ni. hari ni axe menulis dan tajuk hari ni keyakinan diri.  haa macam kasar je tajuk kat atas tu kan?  kawan axe ni selalu tanya kat axe pasal keyakinan diri. dia selalu rasa tak yakin berdepan dengan orang. baru-baru ni dia datang jumpa axe untuk tolong dia belajar berdepan dengan orang lain. sorry to say la, axe memang tak kan sebut nama kawan axe tu. tapi axe yakin dia baca post ni. so, axe harap dia dah mula berkeyakinan selepas ni.  macam mana nak bedepan dengan orang? mesti la rasa gugup/cuak/nervous. memang tak normal la kalau ada orang yang tak pernah rasa perasaan tu. bila nak pergi temuduga, bila nak cakap depan orang ramai (khusus untuk budak universiti yang kena presentation tu) guarantee pernah rasa gugup walaupun sekali. memang el

Tangan siapa lagi kasar?

Image
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?” Gadis itu menjawab “Tidak.” Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?” Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya.” Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.” Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halu