Posts

Showing posts from 2013

Skinny Jeans.. boleh ke?

Image
Assalamualaikum, haa kali ni lain sikit. selalu kalau post asyik bantai perempuan je kan? kali ni axe nak cakap pasal lelaki. yang ni memang lama dah terfikir. cuma tak teringat nak tulis dalam blog ni. tadi nak pegi solat jumaat. ternampak pulak species ni. nak tau apa dia? orang kata, gambar boleh berbicara. so korang agak-agak la kan. apa yang axe nak kupas pasal tajuk yang ada kena mengena dengan gambar ini? haaa jangan usha lebih lebih lak gambar tu.. ish ish ish yang axe nak cerita kali ni. tadi axe jalan kaki pergi masjid. nak solat jumaat. lalu tepi tasik Universiti ni. jalan kat belakang sorang hamba Allah ni. MasyaAllah, seluar dia cantik. seluar skinny. kan trend sekarang pakai seluar ketat ketat. kalau kaki tu tough, boleh tunjuk sikit. baru la perempuan-perempuan tergoda. kan? haa  bila sound perempuan pakai ketat, yang lelaki ni amboi, 100% sokong. perempuan tak boleh pakai ketat. tau tak punca kes rogol adalah dari pemakaian seorang gadis tu sendiri. ta

bersih dosa dengan paku

Kisah  Si Anak Dan Paku Di Tiang  - Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, “Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini.” Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Ka

chit chat.. :D

Image
kumbang : Awak.. bunga : ye kumbang : dah baca al mulk? bunga : knapa? kumbang : start malam ni.. tiap2 malam sblum tidur. baca al mulk boleh? bunga : bleh. knapa? kumbang : nak tau 1 kisah? bunga : nak kumbang : dulu. ada sorg makcik, dia ni dah tua. sakit tenat dah. sakit tua. dtg sorg ustaz utk baca yasin. dia pelik. dia tnya kat anak mak cik ni. knapa mak. cik ni tak nmpk tua. kedut2 kt muka tak jelas. rmbut tak beruban. muka bersih je. padahal umur dah 80an. anak dia jwb.. mak dia ni tak prnah tinggal baca. al mulk tiap kali sblum tidur. satu lagi kisah. satu kwsn kubur ni nak digali. utk dipindahkan ke tmpat lain. sbb tanah tu nak guna utk buat bnda lain. bila digali satu kubur. jenazah tu masih elok. tak reput. boleh tgok lengkap anggota badan. cari waris jenazah tu. tnya dia.. bila jenazah ni meninggal. waris dia ckp dah brpuluh tahun dah. tapi knapa still tak reput. kalau nak diikutkan.. brapa tahun je dah reput dan satu mayat. waris dia

Alhamdulillah, aku ditimpa musibah.

Image
Assalamualaikum ikhwan dan akhwat,  Alhamdulillah, axe baru je ditimpa musibah, kaki axe cedera lepas main bola petang tadi. sakit juga la. sampai susah nak jalan. tapi  ada seorang hamba Allah ni ucapkan Syafakallah pada axe. axe first time dengar ayat tu. so, axe pun search la maksud syafakallah tu. axe bukan la dari sekolah yang mewajibkan pejaran bahasa arab. yang axe ingat baskutah = biskut. tu pun belajar masa sekolah rendah. bila axe jumpa maksud syafakallah, rupanya ia adalah satu doa yang bermaksud "semoga Allah memberikan kesembuhan untukmu."  petang tadi sahabat axe ada tanya. "Kenapa setiap kali kita cuba berubah menjadi lebih baik ada saja orang yang fitnah kita?"  Lautan itu bergelora, binalah kapal apa sekalipun, pasti akan mengharungi gelora itu. binalah kapal yang terbaik. kalau nak harungi lautan tu dengan cara mudah. memang ada, guna kapal terbang. tapi apa kepuasannya bila dan sampai ke seberang? begitu juga la dengan sakit. kalau nak hid

Apa hal kau cuak?

Image
Assalamualaikum, memang dah lama axe tak berceloteh dalam laman ni. semua post akhir-akhir ni axe ambil dari blog lain untuk dikongsi. tapi setelah didesak oleh seorang kawan axe yang beriya-iya nak axe aktif balik dalam dunia blog ni. hari ni axe menulis dan tajuk hari ni keyakinan diri.  haa macam kasar je tajuk kat atas tu kan?  kawan axe ni selalu tanya kat axe pasal keyakinan diri. dia selalu rasa tak yakin berdepan dengan orang. baru-baru ni dia datang jumpa axe untuk tolong dia belajar berdepan dengan orang lain. sorry to say la, axe memang tak kan sebut nama kawan axe tu. tapi axe yakin dia baca post ni. so, axe harap dia dah mula berkeyakinan selepas ni.  macam mana nak bedepan dengan orang? mesti la rasa gugup/cuak/nervous. memang tak normal la kalau ada orang yang tak pernah rasa perasaan tu. bila nak pergi temuduga, bila nak cakap depan orang ramai (khusus untuk budak universiti yang kena presentation tu) guarantee pernah rasa gugup walaupun sekali. memang el

Tangan siapa lagi kasar?

Image
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?” Gadis itu menjawab “Tidak.” Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?” Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya.” Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.” Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halu

Pengemis belanja orang makan. biar betul?

Image
Assalamualaikum, kisah ni axe terbaca kat sebuah blog masa axe tengah surf internet tadi. terharu juga dengan kisah ni. teringat pula pengalaman axe dulu. harap ia dapat jadi iktibar untuk kita semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Hanya kerana 10 sen. MasyaAllah.

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu  kisah pengajaran  yang diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas sahaja, tapi penuh pengajaran. Jom kita baca kisah  hanya kerana s edekah 10 Sen. “Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai. “Satu RM14.90 kak” jawabnya. “ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya. “Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu. Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para peker