Posts

Showing posts from 2015

Salam

Image
As - salamu - ala - i - kum sejahteralah keatas kamu Dah lama kecoh pasal “forward text”  yang tersebar bukan saja dalam short message system (sms)/ sistem pesanan ringkas/ whatsapp/ telegram/ instagram/ wechat/ facebook mahupun twitter. Tapi sudah pun diterangkan tentang permasalahan ringkasan salam ni. Ada yang cakap akum bermaksud sedemikian, salam bermaksud sedemikian, askum, dan berbagai lagi. Cuma yang saya nak terangkan, perkataan yang kat atas tu yang warna warni tu. Warna biru salamu atau kata asalnya salam bermaksud sejahtera. Ala bermaksud keatas ataupun kepada ianya bermaksud ditujukan. Dan kum bermaksud kamu atau kalian atau bahasa peraknya kome, bahasa utaranya hang, bahasa terengganunya mung, bahasa negeri sembilan pulak ekau. Dah banyak bahasa dah ni. Warna merah? Itu Cuma kata sendi atau pun penghubung ayat. Jangan ingat dalam bahasa melayu je ada kata sendi ni, dalam bahasa arab pun ada, Cuma ia tidak a membawa maksud yang berat. Tak da salah lansun

Si Bongkok Berbaju Putih

Image
assalamualaikum,  raya haji menjelang, lebih kurang seminggu dari tarikh post ni ditulis. kejadian kren tumbang di mekah, meruntun hati. tatkala menyambut panggilan Illahi menunaikan haji. tidak pun sempat, hayat berakhir. alhamdulillah, husnul khatimah, pengakhiran yang baik. matinya ketika dalam wudhu, matinya ketika menunaikan fardhu haji. matinya ketika berada dekat dengan Allah. matinya shahid. mati yang diidamkan oleh muslimin sejati. bahkan pejuang-2 islam yang dahulu yang menginginkan shahid, tidak diperkenankan oleh Allah. betapa beruntungnya wahai si mati. jasad mu di kembalikan di tanah yang suci. mukadimah ini saya sampaikan khas buat insan-2 yang shahid di mekah. post kali ini saya ingin bercerita tentang seorang lelaki tua. saya tinggal di kamunting, perak. tiap kali solat jumaat, atau solat aidilfitri/aidiladha atau solat-2 lain, saya tunaikan di masjid maimun. masjid terdekat dengan rumah saya. setiap kali solat fardhu, saya solat di ruang utama, sebab oran

Sungguh daku cemburukan mu.

Image
Assalamualaikum,             Cemburu, rata-rata insan di dunia ni ada sifat cemburu. Tapi berjenis la, ada cemburu yang melampau sampai terkesan pada fizikal. Ada cemburu yang hanya pada mental ataupun dalam isi kata lain, cemburu dalam hati je. Kenapa saya cemburu? Kalau istilah cinta, cemburu tanda sayang. Yang baca ni pernah bercinta? Dengan sapa? Jangan tipu.. haaa Cemburu ni subjektif, ianya lahir dari hati setelah terjadi sesuatu pada seseorang yang lain yang membuatkan diri terfikirkan sesuatu. Waa ayat falsafah betul. Bahasa mudahnya, cemburu ni macam iri hati kita kepada orang yang ada sesuatu. Selalunya perempuan la. Nampak member pakai kasut baru, mula rasa nak beli jugak. Tapi bila beli, tak nak beli yang sama. Memang sifat perempuan tak suka pakai benda yang sama dengan orang lain ea? Susah la macam tu, patut la designer kalau buat design apa apa khasnya untuk perempuan. Dia terhadkan pengeluaran benda tu. Kalau pergi kedai kasut. Nampak kasut cantik, tanya

Taa'sub Ilmu

Assalamualaikum, kalau ada yang mengikuti post2 saya sebelum ni. mungkin tertanya-2 kenapa saya tak update lagi dah. bukan tak update. saya masih menulis tapi tak berkesempatan untuk edit dan publish. saya kena check dulu tiap kata-2 yang saya lontarkan supaya tak terjadi apa2 isu dikemudian hari. zaman sekarang fitnah berleluasa. kali ni saya post pasal taasub ilmu. apa itu taasub ilmu? mungkin ada yang pronounce sebagai taksub. tapi saya eja taasub. sama je maksudnya. taksub ni bermaksud terlalu fanatik. orang yang terlalu minat sesuatu sampaikan menolak yang lain. itulah taksub. bahaya taksub ni. ada yang taksub kpop. sampai terlupa diri islam. senang-2 membiarkan diri dipeluk. yang tu kes lama, biar la. dah pun dirungkai kes tu oleh orang lain. saya nak bercerita sikit tentang taksub ilmu. salah ke tasub ilmu? bukannya kita buat benda yang lagha', kita menuntut ilmu, ilmu agama lagi. apa yang salahnya nak taksub dengan agama sendiri? setiap perkara pasti ada persoalan.