Posts

Showing posts from January, 2013

Perempuan bertudung jahat?

Image
Gadis Liberal : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!” Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…” Gadis Liberal : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….? Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!! Gadis Liberal : “No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..” Ustaz : “Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina” Gadis Liberal : “Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masa lah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak

Betul ke?

Image
manusia bagaikan air yang jernih air yang terbentuk mengikut acuannya. jika baik acuannya maka baiklah bentuknya manusia bagaikan air yang deras mengalir mengalir melalui laluan yang tersedia mudah mengikut haluannya walaupun tidak tahu penghujung yang menanti hubungan antara manusia bagaikan susu segar susu yang enak dan halal diminum jika tertitis arak di dalamnya takkan berubah warna malah akan bertambah sedap tapi tetap akan haram kerana setitis air haram itu. elakkan lah setitis yang haram itu dalam hubunganmu eik?

Kelebihan Wanita

Image
tadi ada seorang hamba Allah add axe as friend dalam fb. sebelum axe approve, axe tengok dulu profil dia ni. saja-saja tengok gambar dia. ada satu gambar ni yang menarik perhatian axe untuk menulis di blog. gambar ini la yang menarik perhatian axe dalam banyak-banyak gambar dia yang axe tengok.  betul kan, sebenarnya Islam lebih mengambil berat hak wanita. darjat wanita diangkat tinggi. contohnya golongan ibu. darjat mereka di angkat tinggi sehinggakan rasulullah bersabda syurga anak-anak terletak di bawah telapak kaki ibu.  Islam itu indah. kalau kita betul-betul hayatinya. kita akan sentiasa tenang kerana setiap perjalanan hidup kita dipermudahkan oleh-Nya. Kenapa islam menjaga hak wanita? ~ kerana islam menjaga setiap hidupan di muka bumi ini. kalau lah betul ada alien kat ruang angkasa lepas tu pun. islam menjaga hak mereka. sebab apa? sebab semua kejadian di alam ini semuanya ciptaan Allah Taala.  Apakah yang dimaksudkan islam menjaga hak wanita?

siapa aku di hati mu?

Image
sorry la kepada readers sekalian.. kali ni axe bukan nak kongsi apa-apa yang menarik. axe cuma nak lepaskan gian menulis lirik. dah lama tak menulis lirik. ampun di pinta kalau post kali ni hanya membuang masa para pembaca sekalian..      tak dapat ku jangkakan permainan matamu          apakah pandanganmu terhadap ku..         kau pernah katakan cinta tapi cara mu ku curiga          hanya memandang ringan kepada ku..         apakah sebenarnya niatmu selama ini         tulus mencintai ku atau hanya berpura         tolonglah kau jelaskan agar bisa ku teruskan         kehidupan ku yang sempurna walau tanpa mu         andainya engkau hanya permainkan         cinta ku selama ini         tak kan ku marah dirimu ini janji ku         aku merasakan..         diriku hanya insan biasa bagi mu..         dan memang ku rasakan..         kau tidak melayan diriku sebaik sahabatmu..         mungkinkah ini khilafku         terlanjur mennyayangimu    

Teman Pengganti

Image
sejak dua menjak ini  makin kerap ku diganggu visi bila celik juga bila mimpi aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi dia membelai mu dengan izin dan permisi sentuhan katanya semua kau iakan sentuhan jari kau diamkan dan biarkan aku redha walau tidak ku damba walau hampa semuanya dah dijangka beberapa purnama dulu cinta bertahta kenangan dibina semua indah belaka ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita mati pun bersama namun hakikatnya bukan mudah aku sembunyikan gulana gundah segalanya kan berubah dengarkan apa ku mahu luah. dalam dunia yang maya prejudis dan bias kita tak terlepas dari terkena tempias rimas ditandas sembunyi dalam puisi dan kias tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas hanya kau yang tahu kondeks ku yang kompleks dalam disleksia cuba kekal dalam konteks bila dunia seolah tak memahami kau sudi selami dalami dan mengalami setia mendengar sentiasa hadir ingat setiap ulang tahun setiap hari lahir tiba pagi syawal kau

Setia Hujung Nyawa?

Image
hei hei readers sekalian.. lama dah axe nak buat post pasal tajuk kita kali ni. berkenaan setia. huh! tadi axe saja-saja taip perkataan setia kat google search. waa yang keluar suggestion banyak pasal setia hujung nyawa. tak tau ke? laa itu kan tajuk drama yang tengah hot sekarang ni kat tv3. bukan axe nak cerita pasal drama tu. axe nak cerita tentang tajuk kita iaitu? yaa pandai pun. cerita pasal setia. haha dah macam cikgu kat sekolah tadika pulak. axe tertarik dengan cerita seorang hamba Allah ni. yang juga merupakan sahabat karib axe. namanya shah (bukan nama sebenar). shah ni mempunyai seorang sahabat perempuan yang bernama alia (bukan nama sebenar). mulanya berkenalan di muka buku lah. sekarang ni pun ramai yang dapat kawan baru melalui laman sosial ni. pada awalnya shah hanya menggunakan gambar motor sahaja sebagai gambar profil. manakala alia pula menggunakan gambar kartun. sedang mereka rancak berbual. mereka menghentikan perbualan mereka kerana sudah lewat malam. sh

hijab vs aurat?

Image
wow! cantik kan? maesti la ramai yang kenal. watak utama dalam drama popular Nur Kasih, Tiz Zaqyah. seksinya, cantiknya, putih gebu. tapi ramai yang tertipu masa tu. termasuk la axe sendiri. axe ingat tiz zqayah ni memang pakai tudung. dalam drama tu dia pakai tudung. rupanya hanya berlakon. dan realitynya ini lah dia. comel kan dia ni?  betul ke perempuan yang freehair ni hotstuff? diorang cakap diorang freehair sebab nak nampak cantik. haha maknanya diorang tu tak cantik ke kalau bertudung? siapa cakap? kalau bertudung lagi comel lah.  cuba tengok gambar bawah ni. ini pun gambar tiz zaqyah juga. lagi comel kan? haa mesti ramai kaum adam tergoda dengan dia ni.  axe sedih tengok kawan-kawan perempuan axe yang satu sekolah masa sekolah rendah dulu dah jadi makin teruk. dulu biasa la kan. budak-budak lagi masa tu. selalu juga bergaduh dengan dia. puncanya axe dengan geng axe kacau dia. haha. tapi tak sangka dulunya kami rapat. tapi sebab dia dah hot sekarang. teg

Jangan Mengalah

Image
Assalamualaikum. tadi axe sembang dengan sahabat axe. dia ada tanya "kalau kita dah berusaha, tapi kita masih gagal. macam mana tu? adakah Allah ingin menguji kita?" jawapannya : ya!  haa semua ujian di dunia ini datangnya daripada Allah Taala. then ujian kat sekolah tu dari tuhan juga ke? haha ada pulak timbul soalan macam tu ye. ujian Allah bukanlah berbentuk soalan macam dalam ujian kat sekolah tu. ujian Allah tak perlu hitamkan jawapan A,B,C atau D. tak perlu isi tempat kosong. ujian Allah ada di mana-mana. semasa kita nak jawab ujian kat sekolah tu, tiba-tiba kita terlupa jawapan. haa itu la ujian Allah. Dia nak uji kita adakah kita akan mengalah apabila mengalami kesulitan. Rasulullah pun ada ajar doa untuk orang yang lupa.  kita tak boleh mengalah. syaitan pun tak pernah mengalah tau. syaitan tak pernah mengalah untuk menghasut kita supaya melakukan kemungkaran. axe teringat cikgu axe kat sekolah dulu. dia selalu jadikan Tan Sri Syed Mohktar

Gemuruh

Image
Kali ni axe nak kongsi pasal gemuruh. axe pasti semua manusia pernah merasa gemuruh. selalunya jika sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini. cuba tanya artis-artis, semestinya mereka pernah rasa gemuruh sebelum buat persembahan.  ada yang cakap gemuruh ini penyakit yang mengjangkiti manusia. ia seperti virus yang menular di saluran-saluran darah badan manusia.  Darah gemuruh bukanlah penyakit sebenarnya. Setiap orang pasti pernah dan selalu mengalami darah gemuruh. Ia satu perasaan normal. Apa yang perlu kita perhatikan adalah sejauhmana kita berupaya mengawal perasaan ini daripada menyelubungi kita sepanjang kita berada di depan khalayak. Ingin saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mengawal darah gemuruh. Tip ini adalah sebahagian amalan saya sebelum berdepan dengan khalayak.     1.Pertamanya adalah permainan psikologi (intrapersonal communication). Percaya bahawa : Yakin diri anda boleh. Khalayak akan bers

gagal?

Image
orang yang pernah gagal akan berjaya di kemudian hari jika dia belajar dari kegagalannya. orang yang tidak pernah gagal akan mengalami kegagalan di kemudian hari kerana dia tidak pernah belajar dari kegagalannya. janganlah takut bila anda gagal. sebaliknya, cubalah belajar dari kegagalan anda untuk maju ke hadapan dan mulakan kejayaan.

sejarah silam, haruskah dilupakan?

Image
Salam sejahtera!! axe da lama tak tulis. kali ni axe nak kongsikan mengenai tajuk yang anda baca di atas ni.. haa semalam axe mesej dengan seorang hamba Allah. mesej punya mesej, tersentuh bab kenangan masa kecik-kecik dulu. seronok bila imbas balik kenangan dulu. lagi-lagi bila berkongsi cerita tu dengan orang yang kita sayang. memang bersemangat la cerita. axe comfirm anda semua pernah merasai kenangan yang pelbagai. kan? ada duka, ada gembira. tapi perlukah kita lupakannya? tidak.. jangan sekali-kali lupakan sejarah kita. ingat tak kata-kata george santayana? wahh tengok tu. bukan main bergaya Uncle George ni posing. tak faham maksudnya? ni dia "sesiapa yang tidak belajar daripada sejarah pasti akan mengulanginya" apa yang axe cuba terangkan di sini, axe tak nak kita lupa sejarah kita, asal usul kita. axe tengok kita dah semakin hanyut dengan dunia serba moden ni. ada yang sanggup hilang budaya semata-mata mengejar kemodenan. memanglah dunia moden ni ak