Apa hal kau cuak?

Assalamualaikum, memang dah lama axe tak berceloteh dalam laman ni. semua post akhir-akhir ni axe ambil dari blog lain untuk dikongsi. tapi setelah didesak oleh seorang kawan axe yang beriya-iya nak axe aktif balik dalam dunia blog ni. hari ni axe menulis dan tajuk hari ni keyakinan diri.  haa macam kasar je tajuk kat atas tu kan? 

kawan axe ni selalu tanya kat axe pasal keyakinan diri. dia selalu rasa tak yakin berdepan dengan orang. baru-baru ni dia datang jumpa axe untuk tolong dia belajar berdepan dengan orang lain. sorry to say la, axe memang tak kan sebut nama kawan axe tu. tapi axe yakin dia baca post ni. so, axe harap dia dah mula berkeyakinan selepas ni. 



macam mana nak bedepan dengan orang? mesti la rasa gugup/cuak/nervous. memang tak normal la kalau ada orang yang tak pernah rasa perasaan tu. bila nak pergi temuduga, bila nak cakap depan orang ramai (khusus untuk budak universiti yang kena presentation tu) guarantee pernah rasa gugup walaupun sekali. memang elok la rasa cuak ni, at least kita tak over confident. bila over confident, org pun naik menyampah tengok. kan? orang kata bajet bagus je budak ni.. haa biasa la mulut manusia. 

ambil yang negative jadikan ia positive. itu la ayat yang selalu axe bebelkan kan kawan axe ni. takut orang mengata bila kita bercakap kat depan, sebenarnya kata-kata tohmahan yang dilemparkan oleh si haters ni la yang boleh kita jadikan sandaran untuk lebih maju ke hadapan. macam mana ye ? bersahabat lah dengan musuh kerana hanya musuh yang akan cari kelemahan kita. bila dia jumpa kelemahan kita, mesti la kita nak tutup kelemahan tu kan? tapi kalau kita sendiri pun tak tahu kelemahan kita, kawan-kawan kita lak asyik sokong je, puji je. tak de yang kritik lansung. sampai bila kita nak terus tonjolkan kelemahan yang kita sendiri tak sedar tu. faham tak? haa kalau ada yang tak faham tu, sila la comment di bawah post ni. insyaAllah nanti axe terangkan dengan contoh yang lain. 



yakin la pada diri sendiri. pernah dengar lagu bangkit? "bangkit bila jatuh ditolak bangkit lah semula, bangkit bila diluka nanti pulihlah semula" haa sikit je axe tulis kat sini. yang selebihnya nyanyi la sendiri. axe tahu ramai yang suara sedap kat sini. maksud lagu tu, kalau pun kita selalu dicaci di hina, jangan mengalah, bangun semula untuk menang. kalau orang selalu perli kita, "eh berani ke cakap sorang-sorang kat depan tu nanti? hahaha" amboi siap ada gelak lagi kan. kalau dia cakap macam tu, jangan sekali-kali kita lemah terpedaya dengan kata-kata berbisa dia tu. lawan dengan perasaan cuak tu. mana boleh orang lain bagi semangat kat kita, orang lain boleh bagi kata-kata semangat je. kita sendiri yang kena bersemangat kalau kita nak berjaya.

ingat lagi doa nak masuk kelas?

haa sambungan dia apa? mesti la korang tahu kan? sebenarnya bukan ayat atas ni axe nak hurai. tapi ayat ni.

surah Ta'ha ayat 25 hingga 28 ;
faham bahasa inggeris kan? meh sini axe huraikan, 

ayat 25 : kemudian nabi musa berdoa " ya Allah terangkan hati ku....
  •  maksud nya, kita meminta pada Allah agar Dia membimbing kita ke jalan yang baik. jalan yang                       diredhai Allah. 

ayat 26 : ....dan mudahkanlah urusanku... 
  • kepada yang nak temuduga tu, rasa takut cuak. sbb takut tersilap jawab apa yang si penemuduga tanya, minta la pada Allah agar dipermudahkan urusan. tak de la kita tergagap-gagap nanti. 

ayat 27 : ...bukakan ikatan lidahku.... 
  • maybe nanti rasa berat je nak cakap bila kita berdiri depan orang ramai. kan? minta lah agar di buka kan ikatan lidah kita. supaya boleh bertutur dengan kemas, baik.
ayat 28 : ...fasihkan tuturku"
  • bila lidah dah tak kelu, segala urusan dapat dijalankan dengan baik, dapat bertutur dengan lancar. maka orang akan faham apa yang cuba kita sampaikan. 
dalam setiap rakaat dalam solat kita, tak kira la solat sunat ke solat fardhu. mesti kita baca surah al fatihah. cuba faham ayat ni 




cuba tengok ayat ke 5 tu. "hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkaulah kepada kami meminta pertolongan" bukan ke kita ada sebut yang kita hanya akan sembah Allah. dan akan meminta pertolongan Allah. baca la doa tadi minta dengan ikhlas pada Allah. supaya rasa gugup tadi dapat hilang. Allah ni maha Pemurah. minta je apa pun. dengan izin Allah, doa itu akan termakbul. tapi lain la kalau minta yang bukan-bukan. apa Allah suruh kita tak nak buat. tapi minta nak jadi kaya. sebelum minta nak jadi kaya tu, minta la dulu diteguhkan iman kita, agar tidak terpesong. baca pulak doa ni. 


haa banyak betul doa kan? memang banyak. semua doa-doa ni axe ambil dari kitab yang menjadi panduan kita iaitu Al Quran al Karim. tak susah pun baca doa, tak tadah tangan pun tak pe. asalkan ikhlas dan doa itu doa yang baik. "bacalah, bacalah dengan nama tuhan yang menciptakan segala kejadian di dunia."  haa menyanyi pulak axe. sekian saja untuk entri kali ini. Jazakallahu khair












Comments

NukilanSyahdu said…
Macam mana kita nak kawal wajah kita atau perlakuan kita sekiranya ada org lain mengkritik kita sewaktu kita buat presentation ? ada doa yang bole dihafal ?

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya