Akad

Assalamu'alaikum 

Allahu, lama sungguh tak aktif ber blogging ni. Hari ni 7 Mac 2017 hari selasa bersamaan 8 Jamadil Akhir 1438H. Saya menulis ni sebab teringat tentang urusan jual beli tadi. Saya rasa masih ramai yang belum cakna tentang keperluan/kewajipan akad ni. Obviously, ramai tahu tentang akad nikah. Sebab nikah ni seronok, siapa je yang tak ingat pasal benda seronok, kan? (Seronok seronok jugak, tanggungjawab lelaki berat selepas akad nikah). Tapi yang nak saya huraikan adalah akad jual beli.




sumber: https://tazkirah.net/jangan-menyusahkan-akad-nikah/





Ya, mungkin ada diantara kita pernah dengar atau pernah belajar pasal akad jual beli, ataupun mungkin kita pernah dengar akad tu sendiri tapi tak tahu hukum dan kepentingannya.

Sama juga macam akad nikah, ada ijab dan kabul/qabul. Ijab adalah memberi, kabul adalah menerima. Bila kita bernikah, jurunikah/wali akan membacakan "aku nikahkan dikau sipolan bin sipolan dengan sipolan binti sipolan dengan maharnya yang sekian" ⇚ Ini adalah ijab atau bahasa mudahnya memberi.

Manakala ungkapan kabulnya pula "aku terima nikahnya sipolan binti sipolan dengan maharnya yang tersebut". Maka si pengantin lelaki ini menerima ijab itu. Kedua-dua ini dipanggil akad.

Bagaimana akad jual beli? Tak jauh beza, malah lebih ringkas dan pendek saja ayatnya.


Ijab "saya jual ye"

Kabul "saya beli"


Ringkas kan? Mungkin ramai yang pernah mendengar ayat ni. Bila kita ke pasar, beli ikan dari penjual muslim, penjual tu pun cakap "saya jual ye". Kita senyum je. Nampak di sini penjual itu peka dengan kepentingan akad. Dia memberi/ijab tapi tidak disambut dengan kabul oleh pembeli.

Allah ada sebut dalam Quran surah al maidah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu."

Bila ada yang ijab, maka kena ada yang kabul. Supaya akad itu dipenuhi syaratnya.

Asalnya urusan akad ini lebih panjang, bertepatan dengan definisi akad itu sendiri. Akad bermaksud ikatan ataupun perjanjian.

"Saya jual buku ini kepada kamu dengan harga 10 ringgit tunai" - Ijab
"Saya beli buku ini daripada kamu dengan harga 10 ringgit tunai" - Kabul

Di atas adalah contoh sebenar akad jual beli. Tetapi diringkaskan oleh orang kita sendiri sebabnya penjual mempunyai ramai pelanggan. Dia tak boleh lengah masa dengan ucap panjang-panjang. Sebab tu la ungkapan ijab cuma jadi "saya jual ye".

Apa pentingnya akad ni?

  • Akad ni penting untuk mengesahkan jual beli tanpa bertulis. Ada akad yang bertulis contohnya kontrak jual beli hartanah/kenderaan. Si penjual tulis kontrak itu dengan menetapkan harga yg dipersetujui bersama pembeli kemudian ditandatangani oleh si pembeli. Maka terjadi akad di situ. 
  • Akad ini penting untuk penukaran hak milik dari penjual kepada pembeli. Maka kalau jadi apa apa kepada barang yang dibeli, itu adalah tanggungjawab pembeli itu sendiri. Dan, penjual tak da hak lagi ke atas barang yang sudah dibeli. 

Hukum akad jual beli?

  1. Hukumnya berdasarkan ulama' muktabar mazhab syafie' adalah wajib. Tak kisahlah panjang atau pendek ijab dan kabul tu seperti yang saya terangkan di atas. Asalkan ada penjual kata "aku jual" dan pembeli kata "aku beli" maka sudah sah akad itu.
  2. Namun pendapat imam nawawi r.a. pula, jika penjual redha dengan jualannya, dan pembeli redha dengan pembeliannya, maka sudah sah urusan jual beli itu tanpa ada ungkapan ijab dan kabul. Ijab dan kabulnya di sini diterjemahkan dengan si penjual bagi barang tu kat pembeli(ijab), si pembeli bagi duit kat si penjual(kabul). Kalau ada ungkapan ijab dan kabul pun itu cuma sunnat sahaja. Buat dapat pahala, tak buat tak da apa apa. 
  3. Manakala pendapat ketiga, yang banyak diguna pakai sekarang adalah: Jika barang yang ingin dijual itu nilainya tinggi. Harga ribu-ribu contohnya hartanah(rumah atau tanah) dan kenderaan. Maka wajib ada ijab dan kabul. Inilah yang saya katakan tadi akad bertulis. Kenapa perlu akad untuk barang bernilai tinggi? Untuk mengelakkan perbalahan dikemudian hari kalau kalau jual beli itu tak di hitam putih kan. Dan jual beli untuk barang yang rendah nilainya macam makanan/sayur-sayur/ikan ayam, kekacang, pen buku dan sebagainya. Ijab dan kabul itu sunnat sahaja. 

Kesimpulan:

Dengan itu, pilihlah yang terbaik. Kita ni solat tak semestinya sempurna, doa tak semestinya diterima, amalan mungkin ada yang terleka. Maka perkara-perkara sunnat yang boleh bagi pahal free ni, kita rebutlah sebanyak yang boleh. Bayangkan dalam sehari berapa banyak jual beli yang kita buat? makan pagi, makan tengah hari, minum petang beli karipap/pisang goreng cheese. Makan malam lagi. Itu belum campur dengan kita pergi photostate nota-nota dan assignment. Maklumlah saya ni student lagi. Banyak urusan jual beli yang saya buat. So kita ambil lah pahala sunnat ini sebanyak mungkin yang mana boleh jadi pemberat kepada amalan kita di neraca al mizan.

So, lepas ni kalau kita beli apa apa, dengar orang yang jual tu cakap "saya jual ye". Balas lah balik. sebab dah tahu kan? Saya dah bagi tahu. Orite jumpa lagi lain masa Insha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya