Skinny Jeans.. boleh ke?

Assalamualaikum, haa kali ni lain sikit. selalu kalau post asyik bantai perempuan je kan? kali ni axe nak cakap pasal lelaki. yang ni memang lama dah terfikir. cuma tak teringat nak tulis dalam blog ni. tadi nak pegi solat jumaat. ternampak pulak species ni. nak tau apa dia?


orang kata, gambar boleh berbicara. so korang agak-agak la kan. apa yang axe nak kupas pasal tajuk yang ada kena mengena dengan gambar ini?

haaa jangan usha lebih lebih lak gambar tu.. ish ish ish
yang axe nak cerita kali ni. tadi axe jalan kaki pergi masjid. nak solat jumaat. lalu tepi tasik Universiti ni. jalan kat belakang sorang hamba Allah ni. MasyaAllah, seluar dia cantik. seluar skinny. kan trend sekarang pakai seluar ketat ketat. kalau kaki tu tough, boleh tunjuk sikit. baru la perempuan-perempuan tergoda. kan? haa 

bila sound perempuan pakai ketat, yang lelaki ni amboi, 100% sokong. perempuan tak boleh pakai ketat. tau tak punca kes rogol adalah dari pemakaian seorang gadis tu sendiri. tapi korang sedar tak? punca seseorang tu masuk neraka, salah satunya dari pemakaian kita sekarang ni. tak kira la lelaki ataupun perempuan. 

kalau lelaki selalu cakap perempuan ni kalau pakai ketat-ketat, lebih baik tak payah pakai apa apa. sebab nampak jugak segala jenis bonjolan yang ada. tapi lelaki tak sedar ke bahawasanya kita juga mempunyai bonjolan yang sepatutnya dilindungi? faham kan? tak perlu mention kot. 

ada yang bila axe tanya. "wei hang sanggup tak pakai seluar ketat macam swim suit tu?" dorang akan jawab "uish gila ka apa. dah la ketat, lemas "burung". hahaha " 

so kalau yang pakai skinny tu tak lemas ke "burung" nya? sorry la kalau ter lucah sikit post kali ni. think positive yaa!!! 

kalau perempuan pakai ketat, kita cakap lebih baik tak payah pakai pape, sama je la lelaki. kalau dah pakai ketat. baik tak payah pakai pape. kan? tujuan utama pakaian ni untuk melindungi aurat. kalau pakai ketat tu mendedahkan aurat jugak. faham konsep dia kan?

yang satu lagi ni dalam masjid pulak.. 


trend sekarang ni memang pelik-pelik.. seluar ketat-ketat. then baju singkat. pakai baju adik tadika ke? syarat sah solat apa? nak tnya sikit la. soalan sekolah rendah ni. haaa

nak sebut semua, mesti la ramai tahu. kan? tak tahu? haa pinjam buku adik yang sekolah rendah tu.
antara syarat sah solat, kena tutup aurat. betul ke bohong? haa axe ni kalau bosan-bosan selalu buka youtube. tengok betul ke bohong. biasa la nak hiburkan hati. 

aurat wanita : seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka
aurat lelaki: dari pusat hingga lutut

kalau pakai macam bro kat atas ni. korang rasa kawasan pusat dia nampak tak? mesti la tak nampak kan? tapi kawasan belakang? yang putih menyerlah tu?
kalau putih cantik je tak pa la.. kalau berkudis? kalau kat asrama dulu popular penyakit ni "Scabies" kenal tak penyakit ni wahai penghuni asrama? haaaa

pakai la baju yang at least masa rukuk dan sujud tu. tak nampak kulit dan boxer anda yang mahal tu. itu kalau pakai boxer, kalau yang tak pakai pape, tiba2 nampak garisan halus yang mengiurkan.. eyeekkk :P

"biar kita pakai baju ketinggalan zaman, jangan kita pakai baju akhir zaman"

kepada lelaki-lelaki diluar sana, tak semestinya perempuan je kena jaga pemakaian dorang, lelaki pun kena jaga. kalau dah terdedah sana sini. sah ke solat kita? 

untuk lelaki dan perempuan, pakai la pakaian yang membolehkan kita solat. longgarkan pakaian bagi wanita dan labuhkan. tak susahpun. kalau yang suka pakai baju kurung tu, londehkan sikit kain, *jangan londeh sangat. tergoda janda satu jemaah solat nanti. bila dah tutup kawasan kaki, kalau boleh, pakai hand sock. tarik sikit hand sock tu. tutup sikit kawasan pergelangan tangan. tudung tu, tarik sikit supaya tutup bawah dagu. kan dah boleh solat. tak perlu telekung pun. kan?

wanita yang baik hati sekarang ni selalu bagi alasan, bila suruh solat, eh telekung tak bawa. hmm bila pakaian pun mendedahkan aurat. memang la tak boleh solat. faham?

yang lelaki, senang je. pakai macam biasa pun boleh solat. tapi jangan la pakai seluar ketat dan baju singkat. 

islam itu mudah, jangan kita yang ambil mudah

jazakallahukhair kepada yang sudi membaca ni.. :D

Comments

Anonymous said…
Mintak izin share

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya