Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?




Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”


1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !


Yang membuatkan aku bertambah hairan, ada perempuan yang pakai bajunya tak cukup labuh (singkat) atau bahasa yang selalu aku sebut "baju budak tadika". ada yang pakai baju singkat macam ni tapi bila menunggang motorsikal tahu pulak dia nak cover bahagian belakang dia yang terdedah tu. dah tahu tak nak terdedah, pakai la baju besar dan labuh sikit. tak nak baju muslimah pun tak jadi masalah. pakai baju biasa. tak payah la pakai baju adik yang sekolah tadika tu. kamu tu dah besar. haish



2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.



Jenis yang macam ni apa yang ada dalam fikiran dia? aku tak faham betul. dia pakai tudung, tapi sengaja nampakkan rambut dia. baik tak payah pakai tudung. sama je dosanya. mungkin dia panas sebab tu dia pakai tudung jarang atau tak pakai anak tudung. tapi tak tahu ke dia setitik air peluh wanita yang kepanasan menutup auratnya akan dibalas dengan pahala. 




3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

Ada juga yang jenis macam ni, aku pernah tengok depan mata aku. orangnya memang cun, tutup aurat. tapi tak la pakai baju labuh. baju biasa je. tengok muka dia wah ayu je. tapi tiba-tiba fon dia bunyi then dia jawab. baru tahu perangai dia. cakap main lepas je. tak tengok orang sekeliling lansung. masalah juga orang macam ni. memang la dengan kawan rapat kita main lepas cakap je. aku pun macam tu juga. tapi jangan la sampai depan-depan orang ramai buat macam tu. jatuh maruah cik kak oi.


4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

Jenis ni selalu aku tengok kat mall/shopping complex. gurau-gurau juga. tapi ingat la yang korang tu perempuan. lelaki ni bukan boleh percaya sangat (walaupun aku lelaki). dah boleh bertepuk bertampar. nanti makin advance la lelaki tu buat. haa jaga-jaga. nak bertumbuk sangat dengan lelaki, pergi masuk kelas seni pertahan diri pastu pukul lelaki yang dok mencuri, meragut. lagi bagus.



5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Kalau yang bercumbu tu tak pernah lagi aku tengok depan mata sendiri. dengar dari kawan ada la. tapi yang memadu asmara ni. berpeluk sakan macam dah kahwin. teringin sangat nak peluk-peluk ni kahwin la cepat-cepat. bukan peluk je. buat la apa korang nak. tak da sapa larang. tapi jangan la buat depan orang ramai. agak-agak la. macam yang aku cakap tadi. lelaki ni bukan boleh dipercayai sangat. ada yang macam makan nasi. dah dapat makan, ditelannya nasi tu. bila nasi tu dah jadi tahi. dibuangnya tahi tu. ada orang makan tahi tu ke? hati-hati la wahai kaum hawa. 



Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis melayu. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

Copied from www.akhbarmetro.com and edited by Axe.

Comments

Anonymous said…
Perempuan zaman sekarang mengikut gaya orang luar. Lelaki pun sekarang sudah banyak yang seperti binatang. Rogol,bunuh,curi dan lain-lain lagi. Hanya separuh ataupun sedikit sahaja orang yang beriman..

Popular posts from this blog

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya