Yang Bertutup Sungguh Indah

#gambar lama


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Allahuakbar, lama sungguh tak berceloteh kat blog ni. Saya terlalu sibuk dengan urusan dunia. Astaghfirullah.

Ada yang biasa terbuka, bila bertutup sungguh indah.
Yang biasa bertutup, bila dibiar buka sangat menyakitkan.
Ada yang biasa tertutup, bila dibiar buka sangat indah.
Yang biasa terbuka bila bertutup pula menjadi sedih. 

Status ni ada kat facebook saya, Otak yang runsing memikirkan urusan dunia ini masih lagi memberi ruang untuk urusan akhirat. Alhamdulillah. Kalau baca ayat tu, macam berbelit pun ada kan?

Ada yang biasa terbuka, bila bertutup sungguh indah. 

Ayat tu saya tujukan kepada umum. Bagi lelaki, sekarang ni tengah demam bola. Pasukan pilihan saya dah pun tempah tiket ke final. Of coz la German. Mentang-mentang german dah layak ke final. Pilih german la kan? Haa tak la. Sebenarnya saya suka Portugal. Tapi saya tak yakin portugal boleh pergi jauh. Saya just target german akan menang world cup kali ni. Macam yang 4 tahun lepas. Saya target spain akan menang. Walaupun saya sokong portugal. Kalau tak caya, tanya la cousin saya, kakak saya, ayah saya. 4 tahun lepas world cup kat afrika selatan, kakak saya dengan ayah saya sokong brazil. Saya cakap kat diorang. spain akan menang. MasyaAllah, memang betul spain menang. Itu rezeki diorang la. Kita kat sini mampu bersorak je. 

Bukan pasal bola yang nak saya cakap sebenarnya. Kalau nak diikutkan, kita sepatutnya fokus kat Gaza. Sedang kita ada yang bersorak kerana kemenangan pasukan pilihan. Disana ada yang bersorak kerana kematian. Tatkala kita disini bersedih kerana kekalahan pasukan pilihan. Mereka disana bersedih kerana kematian. Siapa yang bersorak kerana kematian? Zionis laknatullah! Mereka bersorak bila dapat membunuh insan-insan yang ditindas di Gaza demi menuntut sesuatu yang tidak wujud! Manakala rakyat Gaza pula bersedih kerana kematian saudara-mara islam mereka. Apa tindakan kita? Apa reaksi kita? 

Ayat yang saya tulis tu memberi makna kepada aurat. Bagi lelaki yang main bola, kita biasa lihat mereka main dengan seluar pendek. Tapi lega ke tak hati kita bila kita tengok ada pemain yang bermain dengan menutup aurat? Bagi saya, saya cukup seronok bila ada pemain yang tutup auratnya. Bukankah lebih indah dimata?

Perempuan pula, saya ada seorang rakan yang tak la saya kenal rapat. Bercakap dengan dia pun tak pernah rasanya. Saya tengok perubahan yang cukup mengejutkan. Dulunya free hair, sekarang alhamdulillah dah bertudung. Nampak lebih manis lebih cantik. Bukan untuk yang free hair je. Saya ada sorang kawan lelaki. Dia selalu cerita pasal sorang perempuan sahabat dia. Wajah cantik. Ramai yang suka. Dan pastinya bertudung. Baru-baru ni kawan lelaki saya tu cerita yang perempuan tu dah berniqab. Dah pakai purdah. Wajah dia yang tak bertutup tu pun saya tak pernah tengok. Or maybe pernah tengok tapi tak perasan. Ini kan pula bila bertutup. Saya tak sempat tatap wajah dia. Tak pa la, bukan nak tengok pun muka dia. Tapi jujurnya, bila saya nampak dia berpurdah ni. Hati rasa sayu je. Rasa seronok tengok. So saya harap sangat ada lagi yang berpurdah lepas ni. Wajah cantik ciptaan Allah. Berhias hanya untuk suami. So, apa salahnya kalau kita tutup sebahagian wajah daripada tatapan umum, dan dedahkan sebahagian itu khas untuk suami. Baru la sweet kan?

Yang biasa bertutup, bila dibiar buka sangat menyakitkan.

Ayat atas ni pula bila saya sendiri rasa sakit sangat. Bukan sakit apa. Sakit mata, Sakit hati. Cuba bayang, kita biasa tengok orang yang tak bertudung, dan still tak bertudung, rasa macam biasa je. Tapi cuba bayang, kita tengok orang yang biasa bertudung, tapi ada waktu yang dia tak bertudung. Bagi saya, sangat sakit. Seriously, saya rasa tak selesa bila bersama dengan orang yang macam ni. 

Ada yang biasa tertutup, bila dibiar buka sangat indah.

Ini pula khas untuk isteri kepada suami. Macam yang saya cakap tadi, bukan kah lebih sweet kalau kita tutup sebahagian dan tunjuk sebahagian itu hanya untuk suami? Bila badan sentiasa bertutup sopan. Bila dibuka dihadapan suami. Suami itu akan merasakan dia adalah orang yang bertuah memiliki isteri sebegitu. Bukan untuk aurat je, untuk amalan juga. Bila kita selalu buat amalan secara sembunyi, bila sekali terdedah, orang akan respect kat kita. Sebab zaman sekarang ni susah sangat nak cari orang yang macam tu. Tengok lah, bila ada sumbangan apa-apa, katanya sumbangan ikhlas, tapi publish kat tv, surat khabar. untuk tontonan semua. Apa tujuannya? Wallahua'lam. 

Yang biasa terbuka bila bertutup pula menjadi sedih. 

Ini pula untuk kita semua. Kita biasa bergerak bebas. Boleh melihat macam-macam. Warna warni, hari hujan, panas, pelangi, mendung, bunga. Semua ciptaan Allah yang indah kita dapat tengok. Tapi bila tiba saat mata kita tertutup, tidak ada sedikit perasaan sedihkah dalam diri kita? Dalam diri keluarga kita? Sahabat handai kita? Saudara mara kita? Beringatlah mati itu bila-bila masa. Sememangnya tak kan cukup amalan kita. Banyak pahala yang kita peroleh, tetapi berganda lagi dosa yang kita dapat. Sesuai dengan bulan ini. Bulan Ramadhan. Ada yang cakap, tak nak bangun sahur. Macam-macam alasan. Cuba la kita fikir sejenak. Kalau amalan wajib kita ni kita rasa macam tak cukup, apa salahnya kita tambah dengan sunat. Allah suruh bangun dan makan. Bukannya bangun pastu menoreh getah, potong kayu. memburu kat hutan, berperang. Allah cuma suruh kita bangun dan makan. Perbuatan yang mendatangkan kenyang. Siapa yang tak suka kenyang? haish pelik. Bangun lah, bangun lah sahur. Walaupun sekadar minum air.

Banyak yang perlu diperbaiki. Allah.. save Palestin, Pray for Gaza.

Maaf kerana post kali ni tak banyak gambar macam post sebelum ni.

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya