Si Bongkok Berbaju Putih



assalamualaikum, 
raya haji menjelang, lebih kurang seminggu dari tarikh post ni ditulis. kejadian kren tumbang di mekah, meruntun hati. tatkala menyambut panggilan Illahi menunaikan haji. tidak pun sempat, hayat berakhir. alhamdulillah, husnul khatimah, pengakhiran yang baik. matinya ketika dalam wudhu, matinya ketika menunaikan fardhu haji. matinya ketika berada dekat dengan Allah. matinya shahid. mati yang diidamkan oleh muslimin sejati. bahkan pejuang-2 islam yang dahulu yang menginginkan shahid, tidak diperkenankan oleh Allah. betapa beruntungnya wahai si mati. jasad mu di kembalikan di tanah yang suci.

mukadimah ini saya sampaikan khas buat insan-2 yang shahid di mekah. post kali ini saya ingin bercerita tentang seorang lelaki tua. saya tinggal di kamunting, perak. tiap kali solat jumaat, atau solat aidilfitri/aidiladha atau solat-2 lain, saya tunaikan di masjid maimun. masjid terdekat dengan rumah saya. setiap kali solat fardhu, saya solat di ruang utama, sebab orang tak ramai. tapi kalau solat jumaat atau solat hari raya, saya akan solat di bahagian luar sisi kiri masjid. tempat biasa bagi saya. setiap solat jumaat, saya akan duduk di sebelah atau di belakang seorang lelaki tua. lelaki ni selalu pakai baju warna putih. tak kira la baju jenis apa, kadang baju jubah, kadang baju melayu dengan kain pelikat. yang pastinya warna putih. saya mula solat di bahagian tu sejak umur 12 tahun. umur saya sekarang 20. 8 tahun saya solat di tempat yang sama dengan lelaki yang sama. 

saya selalu tertanya, siapa pak cik ni? kat mana dia tinggal? dengan siapa dia tinggal? dia datang ke sini dengan apa? saya akan selalu ada di masjid sebelum azan pertama. untuk pengetahuan kepada yang tak tahu, solat jumaat ada 2 kali azan. azan pertama menandakan sudah masuk waktu, azan kedua menandakan khatib akan mulakan khutbah. setiap kali saya sampai kat masjid, pak cik tu dah ada. badannya agak kurus, mungkin usia dia 70-an. kulitnya putih melayu. (bezakan putih melayu/putih cina/putih orang putih) 8 tahun dulu cara jalan nya gagah dengan kudrat orang tua. berdiri tegak. dia tak pernah bercakap di dalam masjid. saya tak tahu macam mana suara dia. 

satu hari, lebih kurang 2 tahun lepas. saya datang macam biasa sebelum azan pertama, tapi pak cik tu tak da, satu tengok keliling saya, memang tak nak nampak kelibat pak cik tu. saya duduk di barisan pertama tempat pak cik tu biasa duduk. selepas selesai azan pertama, baru la muncul pak cik tu. dia datang dengan langkah yang perlahan. dia tunaikan solat sunat. kemudian dia duduk mendengar khutbah. hati saya lega. 

minggu lepas, 11 september, saya datang macam biasa solat jumaat. kali ni saya terlewat sikit. saya sampai masjid betul-2 masa azan pertama selesai. saya tak nampak pak cik tu. saya tengok keliling, dia tak da jugak. saya tunggu dia maybe dia sampai lambat. tapi tetap tak sampai. selesai solat jumaat, saya tak bangun dan terus balik. saya duduk. terfikir, apa jadi kat pak cik tu. saya cuba husnuzon, saya fikir mungkin dia pergi ke rumah anak-2 dia yang jauh dari sini yang menyebabkan dia tak datang solat jumaat kat sini. saya seboleh mungkin tak nak fikir dia sakit atau dia sudah meninggal. banyak kali saya cuba nak bercakap dengan pak cik tu, tapi berat lidah ni untuk kelularkan suara. kerana segan, kerana tak tau nak mula macam mana. tapi bila pak cik tu tak datang solat jumaat minggu lepas, saya rasa macam saya kehilangan sesuatu.

saya tanya ayah saya, kenal tak dengan pak cik tu. tapi ayah saya tak tahu, mungkin sebab ayah saya tak dapat bayangkan pak cik yang mana yang saya maksudkan. saya terfikir, betapa kuatnya kudrat lelaki tua ini, betapa kuatnya iman beliau. 8 tahun sudah, dia berdiri lurus, semakin lama, semakin bongkok. tahun ini, saya lihat dia solat, berdiri dengan mengerah segala kudrat yang ada. pernah saya cuba membantu, tapi pak cik ini seakan mahu berusaha sendiri. betapa kagumnya saya. dengan usia mungkin telah mencapai 80-an. dalam keadaan fizikal yang tidak lagi membolehkan dia berdiri lama bahkan untuk menunaikan solat. tapi kegagahan beliau, tetap bangun mendirikan solat mengikut 13 rukun solat. sedangkan ramai pak cik-2 lain yang boleh berjalan dengan laju, berdiri dengan tegak tidak ada sedikit bongkok pun, tetapi menggunakan kerusi apabila solat. bahkan menggendong kerusi itu dari rumah. 

saya terfikir sejenak, usia ku 16 tahun, aku cedera selepas bersukan, aku solat dalam keadaan duduk sedangkan aku berupaya berdiri walaupun menanggung kesakitan yang tidak lah seberapa. tapi pak cik tu boleh berdiri untuk solat walaupun dalam keadaan bongkok yang seakan-akan sedang ruku'. daku tertanya-tanya, kemana perginya wahai si bongkok berbaju putih. daku tahu tunduknya kamu kerana beratnya himpunan ilmu di dada mu. semoga Allah merahmati kehidupan mu di dunia dan di akhirat. 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya