sejarah silam, haruskah dilupakan?

Salam sejahtera!! axe da lama tak tulis. kali ni axe nak kongsikan mengenai tajuk yang anda baca di atas ni.. haa

semalam axe mesej dengan seorang hamba Allah. mesej punya mesej, tersentuh bab kenangan masa kecik-kecik dulu. seronok bila imbas balik kenangan dulu. lagi-lagi bila berkongsi cerita tu dengan orang yang kita sayang. memang bersemangat la cerita.

axe comfirm anda semua pernah merasai kenangan yang pelbagai. kan? ada duka, ada gembira. tapi perlukah kita lupakannya? tidak.. jangan sekali-kali lupakan sejarah kita. ingat tak kata-kata george santayana?


wahh tengok tu. bukan main bergaya Uncle George ni posing.

tak faham maksudnya? ni dia "sesiapa yang tidak belajar daripada sejarah pasti akan mengulanginya"

apa yang axe cuba terangkan di sini, axe tak nak kita lupa sejarah kita, asal usul kita. axe tengok kita dah semakin hanyut dengan dunia serba moden ni. ada yang sanggup hilang budaya semata-mata mengejar kemodenan. memanglah dunia moden ni akan senangkan kita. contohnya dengan teknologi, kita boleh buat apa yang kita tidak mampu buat atau kurang mampu. macam berblogging ni. tapi jangan sampai kita lupa yang dulu kita hanya pakai pensel yang selalu patah dan kertas yang senang koyak tu. kesian tau kat diorang. haha.

axe terkilan dengan segelintir peminat muzik ni yang lupa pegangan dia. dia beragama islam (berdasarkan penglihatan axe la, sebab dia pakai tudung) tapi sanggup berpelukan dengan artis lelaki yang dia minati tu. tidakkah dia tahu yang bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah haram dan berdosa? inikan pula berpelukan. axe tahu bila ada yang membaca ini akan terasa kerana dia faham apa yang axe maksudkan. axe tidak larang sesiapa pun meminati K-Pop or apa pun. malah Allah juga tidak melarang kita meminati hiburan. tetapi Allah melarang kita melakukan kemungkaran. 

gambar hiasan

kita kena ingat asal usul kita. sanggupkah kita gadai maruah kita semata-mata apa yang kita minati? kalau kita minat ustaz la kan. contohnya Ustaz Azhar Idrus. then terserempak dengan dia kat mall. ada ta girls akan peluk ustaz? tak? sebab ustaz dah tua dan tak hensem? ohh. okay kalau Ustaz Don? errr....

kalau Ustaz  Don pun korang tak peluk sebab alasan korang dia ustaz. mana boleh peluk-peluk. okay artis-artis tu boleh peluk ya?

teringat ayat yang kononnya ayat falsafah lah kan, axe buat sendiri. "bunga yang selalu disentuh akan hilang serinya" haa andaikan perempuan ni bunga. kalau dah selalu dibiarkan dirinya disentuh oleh lelaki. apa yang dia nak simpan untuk suaminya nanti?

ingat tak kenapa Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah, Pandak Indut dan Si Puntum bunuh J.W.W Birch? sebab pegawai british tu mencabuli adat resam melayu. pejuang tanah melayu bersungguh-sungguh pertahankan melayu. maruah melayu. tapi kita sekarang senang-senang je gadaikan maruah kita. sedihkan?

fikirkanlah dan jangan lupa senyum..


Comments

NukilanSyahdu said…
betol aq skong.. tapi aq pernh dgr satu ceramah kita x seharusnya mengingati sgt kenangan lalu sbb ia tidak akn membawa kita maju kedepan.. pendapat ko cmne plak??
axe said…
tanpa mengingati kenangan lalu, tak kan buatkan kita maju ke depan. tapi jangan terlalu kenangkan peristiwa lalu hingga diri terabai. renungkan..
NukilanSyahdu said…
cuma satu je yg aq rase tepat.. kalo kita ingt kenangan lalu untk berjaga2x di mase dpn oke kan?? sbb bnde tu mnjadi satu pengalaman.. betol x?
axe said…
yup.. betol tu. kenangan la yang buat kita maju. ada lagi kesinambungan post ni. nt baca la ea.
NukilanSyahdu said…
wahh nnti share kat aq tauuu!

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya