Terimalah nafkah batinku untukmu..

"Orang yang bercinta, dia bersifat buta dan pekak."

Assalamualaikum,
sihat-sihat belaka ke semua? Alhamdulillah masih ada yang sudi membaca coretan axe yang tak seberapa ni. axe mulakan dengan satu ayat yang axe rasa ramai pernah dengar. "cinta itu buta" mesti ramai yang pernah dengar kan? ramai tak yang tahu apa yang dimaksudkan dengan buta tu? ada yang tahu? angkat tangan... 

haaa cinta itu buta bukan bermaksud buta yang tak nampak pape tu. tak de kaitan dengan mata pun. tapi buta tu maknanya akan hilang segala kekurangan yang ada pada orang yang kita cintai. macam mana? kalau pasangan kita tu seorang yang wajahnya tak lah secantik siti nurhaliza, tak secomel nora danish. tapi dimata sang pencinta, wajah kekasihnya itu bagaikan puteri gunung ledang. (err axe sendiri pun tak tahu rupa puteri gunung ledang.. heeee)

orang yang bercinta itu pekak, kenapa? 

pekak bermaksud apa saja tohmahan orang pada kekasih kita tu. kita akan abaikan saja. macam tak dengar apa-apa. contohnya, ada orang cakap kekasih kita tu playboy/playgirl. tapi bagi sang pencinta, cakap orang tu bagaikan kedengkian orang je. err macam hebat sangat lak falsafahnya kan? okay bahasa mudah nya. bagi kita, orang lain dengki dengan kita. sebab dapat kekasih yang cantik, handsome. sebab tu la orang cakap kekasih kita tu buaya darat. haa buaya memang la boleh hidup kat darat kan? hahaha bergurau.

tapi sebenarnya memang betul. orang bercinta itu buta dan pekak. tak boleh terima pandangan orang. nampak kekasih tu perfect. sedangkan orang lain lebih mengenali kekasih kita tu.

axe ada pengalaman sendiri. axe pun dulu mempunyai seseorang yang axe suka, sayang dan axe rasa axe dah jatuh cinta kat dia. apa saja kekurangan dia, axe terima sebab axe sayangkan dia. apa saja yang orang cakap pasal dia. axe pekakkan saja telinga. sebab axe sayangkan dia. akhirnya disebabkan kepekakkan axe tu sendiri telah memakan diri. rupanya betul apa yang orang cakap. akhirnya axe terperangkap dalam cinta yang axe sangkakan sejati.. kononnya lah kan..

sekarang ni barulah axe faham, cinta tu tak seharusnya memiliki. macam tajuk lagu pulak. apa nama penyanyi dia? siapa tahu? heee okay kenapa cinta tu tak seharusnya memiliki. cinta tu bertujuan untuk membahagiakan. kita cintakan kekasih kita. mestila kita nak dia bahagia. bukannya derita. betul ke bohong? bila bercinta, berjanji bersumpah setia. hidup mati bersama. susah senang harungi bersama. itu bukannya cinta. tapi itu membinasakan. kalau kita betul cintakan seseorang, kita kena pastikan dia bahagia. pastikan dia hidup senang. bukannya kena pastikan dia milik kita. kalau kita sendiri motor kapcai pun tak mampu beli. mampukah kita membahagiakan dia? macam mana nak besarkan anak-anak? sanggupkah  hidup susah tatkala ekonomi dunia makin meruncingkan? haa


orang fikir sekarang ni bila bercinta mesti kahwin. cinta tak semestinya kahwin. tapi cinta tu membahagiakan. kalau kita sayangkan ibu bapa kita. kita doakan mereka hidup senang. bagi kesenangan kat diorang. betul tak? ada ke yang nak kahwin dengan mak ayah sendiri? kalau kita sayangkan kawan kita, kita mudahkan urusan dia. supaya dia seronok, nak ke kita kahwin dengan kawan kita tu? kalau kawan lain jantina tak pe la. kalau sama jantina? jadi gay? lesbian?

bila berkahwin ni orang tahu mesti sempurnakan nafkah zahir dan batin. zahir tu nafkah wang ringgit. batin tu nafkah tidur. salah tuu.. nafkah batin tu adalah nafkah menggembirakan. menggembirakan tu termasuklah tidur. tapi ada yang lain. kita usik-usik pasangan kita tu. puji dia cantik, kacak. walaupun tak cantik mana. itu la dinamakan tipu sunat. tipu yang dibolehkan semata-mata nak menarik hati. nak menyenangkan. nak menggembirakan. bukannya tipu sunat sebab nak kahwin lain. macam mana nak bahagiakan? bagi duit kat isteri, usung dalam troli kat tesco. comfirm dia seronok, shopping sakan. haa

teringat axe dengan satu madah ni. "basyiru wala tunaffiru, yassiru wala tua'sirru" yang bermaksud, bagi seronok dan jangan bagi jemu, bagi senang dan jangan bagi susah. satu ayat yang sungguh lengkap untuk kita jadikan sebagai panduan hidup. bagi orang lain gembira, bahagia, jangan bagi dia jemu. jangan bagi dia menyampah dengan kita. bagia dia senang. mudahkan kerja dia. jangan susahkan dia. 

orang yang terbaik imannya adalah yang terbaik akhlaknya. nak bahagia mesti ada ilmu. ilmu dunia dan akhirat. kenapa ada kaitan iman dan akhlak? ye la kalau akhlak kita teruk, macam mana pulak iman kita boleh jadi baik? axe pernh cakap dulu, iman tu ibarat belon. kita kena sentiasa tiup untuk belon itu membesar. kalau dilepaskan. dia akan kecut. iman ni kena sentiasa jaga baru la taraf kita ni naik. yang membezakan kita dimata Allah adalah iman. bukannya pangkat. bukannya jawatan. kalau dapat jadi pemimpin tertinggi negara sekali pun. tidak akan dipandang oleh Allah andainya iman tak elok. nak iman kita jadi yang terbaik mestilah perbaiki akhlak kita. 

bila iman kita dalam tahap yang tinggi, mestilah ilmu kita bertambah. bila ilmu betambah baru lah kita tahu macam mana nak kekal bahagia. selalu dengar lagu maher zain? barakallah. itu adalah doa Nabi Muhammad S.A.W untuk pasangan berkahwin. agar Allah memberi keberkatan dalam perhubungan. tapi kita sekarang ni asal lagu tu sedap, bantai je. tak tahu pun maksud lagu tu kan? 

nak dapat keberkatan Allah yang pertama mesti dapat redha mak ayah. kita suka kat seseorang. bagi tau kat mak ayah kita. supaya diorang redha dengan pilihan kita. Redha Allah bersama dengan redha ibu bapa. kalau ibu bapa tak suka dengan pilihan kita tu. macam mana nak bahagia? buat macam cerita P Ramlee. ibu mertuaku. kasim selamat kerja kelab malam. mak mertua tak suka. dia halau anak dia pergi tempat lain. nak ke kita hidup dalam sengsara macam tu? kalau mak ayah tak suka dengan pilihan kita. jangan la pulak kita memberontak. tapi cuba pujuk hati mak ayah untuk suka dengan pilihan kita. tapi kalau mak ayah masih tak suka. belajarlah untuk melepaskan. ingat lah. cinta tak seharusnya memiliki. ibu bapa kita lebih banyak pengalaman. mereka lebih tahu apa yang baik dan apa yang tak baik. pilihan mereka selalunya lebih baik. 

konklusinya, bahagia atau derita itu terletak pada ilmu dan akhlak. timba lah ilmu kerana ilmu itu tidak pernah habis. perbaiki lah akhlak kita untuk menjadikan iman kita terbaik. dan belajarlah untuk melepaskan demi kebaikan. cinta tak seharusnya memiliki. 



Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya