Suamiku Perfect!! Best....


Assalamualaikum,
haa kali ni axe mulakan post ini dengan gambar seorang jejaka tampan pujaan hati orang ramai. tak kira lelaki mahupun perempuan. malah orang kafir sendiri pun menyanjung beliau. siapa dia? tipu la kalau tak kenal. lagi popular dari shaheizy sam ni. kenapa axe sebut shaheizy sam? sebab dia menang artis paling popular berita harian 2012. kalau la ada ustaz paling popular, calon-calonnya mesti terdiri daripada ustaz azhar idrus, ustaz haslin baharin, ustaz don daniyal, ustaz kazim elias dan banyak lagi.. sengit ni. haaa

baca tak apa "quote" yang kat sebelah ustaz azhar tu? haa itu la calon terbaik suami pada pendapat UAI. bukan calon suami yang axe nak bincangkan kat sini. tapi sesuatu yang berkaitan dengan calon suami.

post axe sebelum ni ada cerita pasal aurat lelaki. lelaki pakai seluar ketat dan lelaki yang pakai baju singkat. baca ke tak? kali ni axe nak cerita dengan lebih lanjut tentang aurat lelaki. kalau kata aurat perempuan. uish ramai yang automatiknya menjadi seakan akan ustaz dan ustazah. arif sungguh pasal aurat perempuan. tau semua.. sampai suara perempuan pun dia kata aurat. padahal dengar juga lagu-lagu kat radio tu. kan? haa

nak jadi calon suami yang terbaik bukan kena jaga semua yang UAI cakap tu je. tapi kena jaga jugak penampilan. kalau pakai seluar koyak. seluar jeans fesyen koyak kat paha kan popular.. kan? haa tak elok. kalau axe ada sentuh sebelum ni. perempuan kena pakai baju yang membolehkan solat. lelaki pun sama. kalau pakai seluar pun koyak. dah mendedahkan aurat. macam mana nak solat? axe tengok. ada je yang pakai seluar jeans koyak ni solat. diorang bawa kain pelikat. bagus la tu. at least dia solat. kan? tapi sebaiknya pakai la yang elok.

kalau kita nak jumpa bakal mertua, tak kan kita nak pakai selekeh kan? pakaian kemas je. ada yang berbaju melayu. berkopiah lagi. jadi hipokrit? jadikan la itu sebagai amalan. amalkan tiap hari. pakaian kemas. nak pakai baju melayu tiap hari pun tak salah. tapi ikut tempat la. kalau macam pejabat-pejabat. mestilah pakai pakaian yang ditetapkan. mana boleh buat pejabat tu macam pejabat sendiri. kan? pegi berkebun, menoreh getah, tapak pembinaan. sesuai ke pakai jubah? baju melayu? of course la tak sesuai kan? tak kisah. yang penting tutup aurat.

kalau ada dua bungkus gula-gula. sebungkus gula-gula dibuka pembalutnya dan dilemparkan atas tanah. sebungkus lagi dilemparkan tanpa dibuka pembalutnya. yang mana yang kita nak pilih? sudah tentu kita pilih yang masih berbungkus pembalut. kan?

macam tu la manusia. kalau auratnya dah terdedah. apa lagi yang istimewanya pada manusia itu? lelaki auratnya dari pusat hingga ke lutut. kalau pakai pun dedahkan punggung. terlondeh seluar. baju singkat. seluar pendek. emm baik pakai spender je iye dak? haaa kalau kita nak nampak sempurna dimata kekasih hati. nak nampak sempurna di mata mertua. kenapa kita belakangkan Allah?

siapakah Allah dihati kita? bukankah Dia kekasih hati kita? bukankah Dia yang kita semua cintakan? sepatutnya Dialah yang kita utamakan. ada awek? ada pakwe? awek/pakwe kita tu ada tak diorang cakap diorang nak kita pakai seluar pendek? err kalau ada, perlu ke kita ikut? sedangkan Allah dah perintah kita tutup aurat dalam al Quran. bila perintah tu? sejak lebih 1000 tahun yang lalu lagi. kita ni baru berapa puluh tahun. setakat umur 20 tahun. tak boleh ke kita ikut al Quran yang lebih berumur dari kita? 

Islam Itu Mudah. tanamkan dalam hati. jangan buat mudah dengan islam. smile always, peace!!!

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya