Taa'sub Ilmu

Assalamualaikum, kalau ada yang mengikuti post2 saya sebelum ni. mungkin tertanya-2 kenapa saya tak update lagi dah. bukan tak update. saya masih menulis tapi tak berkesempatan untuk edit dan publish. saya kena check dulu tiap kata-2 yang saya lontarkan supaya tak terjadi apa2 isu dikemudian hari. zaman sekarang fitnah berleluasa. kali ni saya post pasal taasub ilmu. apa itu taasub ilmu?

mungkin ada yang pronounce sebagai taksub. tapi saya eja taasub. sama je maksudnya. taksub ni bermaksud terlalu fanatik. orang yang terlalu minat sesuatu sampaikan menolak yang lain. itulah taksub. bahaya taksub ni. ada yang taksub kpop. sampai terlupa diri islam. senang-2 membiarkan diri dipeluk. yang tu kes lama, biar la. dah pun dirungkai kes tu oleh orang lain. saya nak bercerita sikit tentang taksub ilmu.

salah ke tasub ilmu? bukannya kita buat benda yang lagha', kita menuntut ilmu, ilmu agama lagi. apa yang salahnya nak taksub dengan agama sendiri? setiap perkara pasti ada persoalan. saya tidak menghalang dan tidak menyalahkan orang yang menuntut ilmu. itu kan benda yang baik. tapi saya agak kesal dengan sebilangan manusia yang terlalu taksub dengan ilmu yang dia perolehi dari sebilangan orang yang dia kenali sehinggakan dia menolak ilmu yang disampaikan oleh orang lain. benda ni terjadi dalam kalangan kita. saya rasa saya pernah cakap tentang cara belajar ilmu khususnya ilmu agama. jangan kita hanya berpandukan pada satu sumber. tapi rujuklah sumber-2 yang lain. dalam malaysia ni ramai pakai ilmuwan islam. ramai yang boleh digelar al alim. malah ada yang boleh digelar ulama'. kenapa kita hanya dengar dari satu pihak je? dalam membuat keputusan sekali pun, adilkah kita kalau kita hanya mendengar dari satu pihak dan kemudian menghukum tanpa mendengar penjelasan dari satu pihak lagi? 

dalam kita terlalu seronok belajar ilmu agama, jangan sampai ketaksuban kita menghasilkan permusuhan. kenapa Allah menciptakan kita berlainan?
Allah berfirman dalam surah al Hujurat ayat 13. “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
dari ayat tersebut mengatakan sebab kenapa Allah ciptakan kita ni berlainan sifat, berlainan cara berfikir. supaya kita saling kenal mengenal. kalau dalam konteks yang ingin saya bawakan, supaya kita saling bertukar-2 pendapat. saling memahami antara satu sama lain. saling membetulkan apa yang silap. 

politik? mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu kenapa saya tak suka politik. saya tidak menafikan politik ini ada kebaikan. tapi saya memilih untuk tidak suka pada politik. sebabnya? punca perpecahan umat sekarang ni salah satunya adalah politik. sampaikan dalam isu agama sekalipun dipolitikkan. masjid dibina orang bn, orang pas tak nak masuk. masjid dibina orang pas, orang umno tak nak pergi. saya nak tanya. kita pergi masjid, pergi surau, nak solat menghadap Allah atau pergi surau/masjid sebab nak berpolitik? nak politik bukan masa tu. pergi masjid, solat. pergi masjid baca quran. pergi masjid berusrah. pergi masjid belajar ilmu agama. kalau politik pun di kecohkan dalam masjid, apa beza masjid dengan gereja?? sedangkan kita kalau pergi siam, melawat tokong siam kat sana, kita boleh sopan, senyap. tak buat bising. jaga tatatertib. kena dalam masjid, tempat suci agama kita, dijadikan tempat gaduh sesama islam? 

bercakap tentang ilmu sebelah pihak. kita ni baru belajar ilmu agama tak la dari kecil. kita belajar ilmu agama tak lah sampai bertahun di pondok belajar dengan ulama'. tapi kenapa dengan mudahnya kita mengambil alih tugas Allah? kenapa dengan senang lenang kita menghukum orang yang membawa ilmu yang sama tapi mungkin berbeza cara penyampaian. kita dengar dan terima ilmu dari sorang ustaz. kenapa kita tak bandingkan dengan ustaz-2 yang lain dan ambil yang terbaik. kenapa hanya mendengar dari sorang ustaz je? tak salah kalau dengar dari sorang ustaz je. tapi yang jadi salah bila kita terus menghukum ustaz lain sebagai terpesong, sesat, dan menghukum ustaz lain dengan gelaran-2 yang kita sendiri tak tahu dengan jelas apa makna gelaran itu. kita hukum ustaz tu wahabi, ustaz ini syiah. adakah kita pernah bersua dan bercakap dengan ustaz tu? sekadar tengok dari video yang orang share, setakat pergi dengar hanya satu dua ceramah dari ustaz tu. kita boleh terus hukum apa yang ustaz tu bawa sebagai salah? macam mana kalau segalah tohmahan orang yang menyatakan seseorang itu wahabi adalah fitnah semata-mata? fitnak dunia akhir zaman pelbagai cara pelbagai bentuk. 

kita terlalu taksub dengan ilmu sampaikan kita join pelbagai program keilmuan dan mungkin kita sendiri yang menganjurkan. kita jemput ustaz itu ini yang kita suka. tapi kedekut. bakhil. kita boleh membayar ribuan ringgit kepada artis mahupun artis nasyid. tapi kita berkira dengan guru yang mengajar. seorang artis demand 5000 ringgit. kita tak mampu sebab mahal. artis setuju kurangkan sehingga 3000 ringgit, tapi seorang ustaz yang meminta bayaran 1000 ringgit kita cop dia sebagai menjual agama. besar sangat kah sumbangan artis kita berbanding ilmuan? kita dengan yakin berkata ustaz yang demand ni menjual agama untuk diri sendiri. ustaz yang demand ni tidak yakin dengan rezeki Allah. tapi kenapa kita tidak merungut dengan artis-2 yang demand lebih tinggi? 


ilmu itu tak kan habis. belajar lah dari siapa pun tidak mengira latar belakangnya selagi apa yang disampaikan itu ada kebaikan. jangan terlalu mudah lupa diri bila dah terlalu yakin ilmu penuh didada. sentiasa rendah diri. jangan angkuh dengan agama. 

Comments

Anonymous said…
salam,bila awak nk update lagi?
axe said…
waalaikumsalam, maaf tak dapat update selalu. insyaAllah kalau ada kelapangan, saya update. terima kasih.

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya