Sungguh daku cemburukan mu.

Assalamualaikum,



            Cemburu, rata-rata insan di dunia ni ada sifat cemburu. Tapi berjenis la, ada cemburu yang melampau sampai terkesan pada fizikal. Ada cemburu yang hanya pada mental ataupun dalam isi kata lain, cemburu dalam hati je. Kenapa saya cemburu? Kalau istilah cinta, cemburu tanda sayang. Yang baca ni pernah bercinta? Dengan sapa? Jangan tipu.. haaa

Cemburu ni subjektif, ianya lahir dari hati setelah terjadi sesuatu pada seseorang yang lain yang membuatkan diri terfikirkan sesuatu. Waa ayat falsafah betul. Bahasa mudahnya, cemburu ni macam iri hati kita kepada orang yang ada sesuatu. Selalunya perempuan la. Nampak member pakai kasut baru, mula rasa nak beli jugak. Tapi bila beli, tak nak beli yang sama. Memang sifat perempuan tak suka pakai benda yang sama dengan orang lain ea? Susah la macam tu, patut la designer kalau buat design apa apa khasnya untuk perempuan. Dia terhadkan pengeluaran benda tu. Kalau pergi kedai kasut. Nampak kasut cantik, tanya ada tak saiz 6. Jurujual tu cari then tak de. Dah habis. So saya terfikir, dorang ni jual kasut ni satu saiz ada sepasang je ke? Rupanya dorang faham yang perempuan ni jenis tak suka pakai benda yang sama dengan perempuan lain. Tapi kalau tak suka pakai yang sama, kenapa mesti cemburu kalau ada sorang perempuan pakai benda baru?

ada yang cemburu dengan pasangan. kita ni handsome/cantik, pergi mana-2 pun ramai yang pandang. disebabkan itu la, pasangan kita tak benarkan kita keluar melainkan dengan pasangan. pernah kena? ada yang cemburu dengan kawan sendiri, pasangan kita jumpa kawan kita atas sebab assignment, dorang satu group. kita pun nak cemburu, sampai tarik muka bila berhadapan dengan kawan kita tu. haaiii jangan macam tu. 

Itu cemburukan harta, cemburu hati, tapi yang saya nak cerita hari ni bukanlah pasal cemburu-2 tu. Tapi kisah kecemburuan saya terhadap seorang insan yang telah meninggal dunia. Dengan orang yang dah tak de pun nak cemburu ke? Yes, memang saya cemburu. Antara orang yang meninggal yang saya cemburu yang pertama ialah sahabat-2 Rasulullah S.A.W. kalau saya hidup zaman rasulullah, saya akan dapat tarbiyah direct dari nabi sendiri. So, dah comfirm2 susah nak terpesong. Tapi itu kemungkinan je. Tak semestinya kita hidup zaman nabi, kita ikut nabi. Betul tak? Apa jadi kat Abu lahab, abu jahal? Dorang pun dapat tarbiyah direct dari nabi, tapi dorang tetap angkuh dan menolak ajaran nabi. Nauzubillahiminzalik, harapnya kita bukan dari golongan itu.

Cemburu saya yang kedua pada golongan bayi yang masih kecil yang meninggal di usia kecil. Kisah baru-baru ni, 3 orang meninggal dalam kemalangan di lebuhraya DUKE. Sepasang suami isteri dan seorang bayi usia 6-7 bulan. Al-Fatihah untuk mangsa. ……………

Saya cemburukan bayi kecil itu, yang tidak sempat mengenal lebih jauh dunia kotor ini dan tidak sempat tercemar dari kotoran ini. Tapi dia pergi mengadap Ilahi dengan diri masih tiada dosa. Dan yang paling saya cemburukan, bayi kecil ini telah ditempah namanya di syurga.
Suatu hari dua sahabat Nabi s.a.w. datang bertemu Nabi mengadu anak-anak mereka mati ketika kecil. Maka Nabi bersabda ibu bapa yang anaknya mati kecil akan melalui titian sirat sepantas melafazkan sumpah sahaja..

Anak-anak yang meninggal waktu kecil, akan menolong orang tuanya ketika di padang mahsyar. Seperti contoh, kalau orang tuanya nak lalu titian sirat tu, sekejap je. Tak menyiksakan. Itulah keistimewaan bayi yang meninggal. Dia ada syafaat untuk tolong mak ayah dia selagimana mak ayah dia masih memeluk islam dan selagi mana mak ayah dia tidak ingkar pada Allah. Betapa saya cemburukan bayi ini. Di dunia, kita boleh tolong mak ayah kita, tolong beli barang, tolong masak, tolong kemas rumah. Tapi pertolongan yang terbaik kita sebagai anak adalah menolong orang tua kita masuk syurga. Beruntunglah bayi kecil ini.

Tapi jangan confius,  jangan kita kata kita yang tak sempat meninggal masa kecil ni tak boleh nak tolong mak ayah kita masuk syurga. Boleh. Jangan la nanti bila kita kawen, dapat anak, kita tunggu je, bila la nak mati anak aku ni. Dah besar budak tu, mula tarik muka. Anak tanya, kenapa masam je muka mak? Tak kan korang nak jawab, “apasal ko tak mati masa kecil dulu? Ni kan susah mak nak masuk syurga, kalau ko mati kecik kecik dulu, boleh la ko tolong mak kat padang mahsyar nanti.” Haish..

Anak yang dah besar, tanggungjawab dia menjaga ibu bapa kita seikhlas hati, jaga sebaik mungkin. Jadi anak yang soleh, solehah. Sebab nabi pesan, doa anak yang soleh akan mengiringi jasad orang tuanya.

ada rupa macam Abam Bocey tak? 


Apa apa pun, buka fikiran kita, Berfikir diluar kotak. Jangan menempurung bersama katak. Dan yang paling penting, bergurulah dari siapapun yang punya ilmu. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya