Salam


As-salamu-ala-i-kum
sejahteralah keatas kamu
Dah lama kecoh pasal “forward text”  yang tersebar bukan saja dalam short message system (sms)/ sistem pesanan ringkas/ whatsapp/ telegram/ instagram/ wechat/ facebook mahupun twitter. Tapi sudah pun diterangkan tentang permasalahan ringkasan salam ni. Ada yang cakap akum bermaksud sedemikian, salam bermaksud sedemikian, askum, dan berbagai lagi.

Cuma yang saya nak terangkan, perkataan yang kat atas tu yang warna warni tu. Warna biru salamu atau kata asalnya salam bermaksud sejahtera. Ala bermaksud keatas ataupun kepada ianya bermaksud ditujukan. Dan kum bermaksud kamu atau kalian atau bahasa peraknya kome, bahasa utaranya hang, bahasa terengganunya mung, bahasa negeri sembilan pulak ekau. Dah banyak bahasa dah ni. Warna merah? Itu Cuma kata sendi atau pun penghubung ayat. Jangan ingat dalam bahasa melayu je ada kata sendi ni, dalam bahasa arab pun ada, Cuma ia tidak a membawa maksud yang berat.

Tak da salah lansung pun kalau kita sebut salam dalam sms. Ia bermaksud sejahtera. Jadi, jangan pening-2 kepala la fikir boleh ke pakai singkatan salam ni. Cuma kalau akum, askum dan lain lain tu, saya tak pasti. Baru-2 ni saya hadir ke satu sesi pengajian dari tuan haji mohd zaki. Ustaz yang terkenal di kawasan kamunting dan sekitarnya. Saya menetap di universiti, so saya tak sempat kalau nak dengar ceramah kat kawasan rumah saya kat kamunting, perak. Bila ada masa ni, saya ikut ayah saya dengar pengajian berkitab kat masjid. Ustaz zaki ni ada pondok sendiri atau pun madrasah. Baru je dibina sepenuhnya dalam setahun-dua yang lepas.  Sekarang tengah proses nak tambah satu lagi bangunan untuk kemudahan masa akan datang. Sesiapa yang berminat nak menuntut ilmu, boleh la ke lorong 10, kampung pinang, 34600 kamunting, perak. Madrasah at tazkiah milik ustaz zaki ni betul-2 tepi jalan laluan utama kampung pinang.

Dalam pengajian kali ni, menyentuh bab salam. Bagi salam, jawab salam, cara bagi salam, manfaat salam. Ustaz zaki ada sebut, orang yang bagi salam ni, agak mustahil berniat jahat. Sebab apa? Maksud salam tu sendiri sejahteralah kamu. Maknanya selamatlah kamu, aku tak kan buat jahat kat kamu. So kalau ada orang yang memberi salam, kemungkinan besar dia berniat baik. Pernah tak kita dengar orang yang nak meragut atau membunuh, dia bagi salam dulu? Tak pernah kan? Dan wajiblah kita menjawab salam tersebut andai kena dengan orangnya. Dia dah doakan kita selamat, kita doakan dia balik. Tak susah pun, Cuma jawab wa-alai-kum-us-salam ataupun alaikum salam. Andai kena dengan orangnya? Kalau yang memberi kita salam itu adalah seorang muslim, maka jawab salamnya. Tapi kalau yang beri salam itu bukan seorang muslim atau kata lainnya kafir. Tidak wajib kita menjawab salamnya.


Sebenarnya saya nak ulas berkenaan tajuk 4 ciri wanita terbaik menurut Rasulullah. Tapi bila sebut salam ni, terasa nak kupas tajuk salam. So, tajuk tu saya kupas pada entry berikutnya InshaAllah. Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya