pawagam : baik & buruknya

dulu masa kat asrama, selalu gak la axe berdebat ngan seorang kawan axe ni. tajuk yang dia tak puas hati dengan axe ialah persoalan wayang. selalu sengit la bila kami lawan. dan semestinya akan riuh bilik kami dengan suara kami bertengkar. haha tapi tu la kenangan yang kami cipta untuk di ingati di kemudian hari.

ceritanya macam ni, kawan axe tu tanya kenapa axe tak pernah pergi wayang dan kenapa axe tak suka pergi wayang? jawapan axe yang pertama sekali mestilah axe cakap axe patuh cakap ibu axe. dia larang axe pergi wayang selagi axe di bawah tangungan dia. sebab kedua baru la axe cakap keburukan wayang ni. apa lagi, melenting la dia mempertahankan kebaikan wayang.

axe nak share kat sini kesimpulan kepada semua perdebatan kami.
wayang memang ada kebaikan dan keburukannya.


kebaikan wayang :

  • mengeratkan hubungan antara rakan-rakan/keluarga/pasangan dan lain-lain. 
bila kita berjumpa rakan-rakan, kita sama-sama tengok wayang. gelak tawa, bersuka ria. akan mengeratkan hubungan. begitu juga dengan keluarga. bila tengok filem-filem yang kekeluargaaan dapat menimbulkan rasa sayang pada ahli keluarga. jika menonton filem romantik atau percintaan, mengukuhkan hubungan antara kekasih/suami isteri.


  • menimba ilmu
sekarang banyak filem-filem yang menggunakan bahasa asing sebagai contoh filem strawberi cinta yang baru-baru ini ditayangkan. filem ini menggunakan bahasa jepun. sekali gus mengajak kita mempelajari bahasa jepun. bukankah baik jika kita belajara bahasa asing?


keburukan wayang :




  • membazir duit
bukankah menonton wayang memerlukan kita membeli tiket yang berharga sekitar 8-15 ringgit. (maaf jika salah sebab axe tak pernah pergi wayang)


  • menghampiri zina
maaflah jika tersinggung dengan kenyataan axe ni.

firman Allah:

maksudnya : ''dan janganlah kamu menghampiri zina. sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kerosakan.'' (surah Al-Israa' ayat : 32)

maksud axe ialah, sebagaimana kita tahu, ramai pasangan couple datang ke wayang untuk berhibur. dan melalui penceritaan rakan-rakan axe. mereka bukan sahaja menonton wayang. tetapi melakukan perbuatan yang keji iaitu meraba-raba. malah ada yang melakukan hubungan kelamin. memang kita tidak melakukannya. tetapi kita berada sebumbung dengan mereka ketika dalam wayang. tipulah jika ada yang menyatakan dia tidak ada apa-apa perasaan bila melihat perempuan seksi jalan di depannya. (khusus bagi lelaki) ini kan pula bila perempuan seksi itu berada bersebelahan dengan kita dalam wayang. kerusi kan rapat-rapat. 


  • konsepnya sama dengan konsert
maksud axe, kita selalu dengar ustaz-ustaz cakap tak boleh pergi tengok konsert sebab ia melalaikan. bercampu lelaki dan perempuan. tak elok kan? sama la dengan wayang. bila filem mula ditayangkan, seisi pawagam itu akan di gelapkan supaya penonton boleh fokus pada skrin. dan sesiapa yang berada dalam paqagam itu bukankah bercampur lelaki dan perempuan?

*kepada para pembaca, ini hanya pandangan axe sahaja. dan rumusan kepada perdebatan kami. banyak lagi yang di perkatakan. tapi cukup sahajalah sampai di sini. axe harap pembaca faham apa yang axe cuba sampaikan. jika terasa atau tersinggung. axe mohon maaf.

dan jangan lupa senyum yaa!!

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)