Salah ke tepuk bahu?

Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikum, Alhamdulillah masih bernafas lagi. macam biasa, kalau yang selalu follow blog axe ni.. ops! haa lupa lak nak bagitau. mulai post kali ini, insyaAllah tiada lagi ganti nama "axe" saya akan guna ganti nama "saya" atau nama saya sendiri iaitu "faiz". sebab apa? haa ntah la. sejak dah menginjak usia ni, rasa macam nak pakai nama sendiri je. kalau dulu saya letak nama axe tu sebab tak nak orang kenal. nak jadi misteri sikit. bajet je kan? haha tapi bila dah lama berblogging ni. saya rasa ramai yang dah kenal saya. so, tak salah guna nama sendiri. ye tak?

okay back to the topic, macam biasa la, kalau yang selalu follow blog saya ni, mesti tahu hobi saya, apa hobi saya? surfing internet ni la. banyak ilmu yang saya kutip dari kerja surfing ni. jangan surf yang tak elok sudah lah. nauzubillah. tengah syok surfing tadi ternampak satu video dari ustaz azhar idrus. sebenarnya dah pernah tengok video tu sebelum ni yang berisi tentang persoalan hukum menepuk bahu orang ketika solat untuk dijadikan imam. faham kot ayat tu? kalau kita masuk masjid or surau, kita nampak ada sorang tengah solat. kita pi berdiri sebelah dia pastu takbir Allahuakbar. pastu tepuk bahu dia. apa hukumnya? tergerak hati nak tengok lagi video tu n kali ni nak tengok komen kat video tu. ramai yang komen. tapi satu komen ni yang menarik perhatian saya. "saya belajar di sekolah agama di johor, guru saya cakap boleh tepuk perlahan sekadar syarat melantik dia sebagai imam" so apa kesimpulannya? seorang ulama terkenal UAI cakap jangan tepuk. ada pulak yang cakap kena tepuk?

haa saya pernah tanya soalan ni kat sorang abang ni yang tiap minggu datang surau kat asrama saya masa zaman sekolah dulu. saya tanya dia, kalau ada dua orang guru yang bagi ilmu yang sama tapi pendapat yang berbeza. yang mana kita nak pilih? jawab abang tu, berguru la lagi dengan ramai orang. then pilih yang majoriti. soalan tu saya tanya lebih kurang 3 tahun lepas. then ada ustaz datang ke surau asrama saya bagi ceramah. saya pun sembang la dengan dia lepas ceramah tu. macam macam yang saya tanya. sepatutnya ustaz tu balik lama dah, tapi saya tahan dia tak bagi balik sebab nak tanya semua soalan yang ada di fikiran saya ni. haa tapi kesian la dia pun nak rehat kan? then saya berhenti tanya. bukan apa, saya tanya sebab saya nak belajar. soalan yang sama saya tanya ustaz ni, jawapan sama jugak ustaz ni bagi. baru-baru ni dalam hujung tahun lepas, saya tanya lagi kat sorang ustaz, soalan yang sama. jawapan yang ustaz ni bagi pun sama. 

kesimpulannya, jangan la hanya pandang satu pendapat je, tanya orang lain pulak. then pilih majoriti. sebelum tu, mesti ada yang tertanya-tanya kan? apa hukum tepuk bahu orang masa solat? nak cakap hukum tu ntah la. saya tak arif sangat pasal fiqh ni. tapi UAI cakap jangan tepuk. cukup la sekadar takbir yang agak-agak dia(orang yang kita nak jadikan imam tu) dengar. tepuk bahu ni masa kita nak masuk dalam jemaah je. contohnya ada dua orang tengah solat berjemaah. sorang jadi imam, sorang jadi makmum. yang makmum tu berdiri sebelah imam tu. kebelakang sikit je dari imam tu. kita datang takbir pastu tepuk bahu makmum tadi tu. isyarat untuk dia undur ke belakang. boleh gambarkan ke? kalau tak faham jugak boleh tanya kat comment. insyaAllah saya terangkan lagi. 

bagi saya sendiri pun, kalau saya dapat satu berita, saya akan dengar dari banyak pihak dulu. untuk sahihkan berita tu. kalau dengar dari satu pihak je, uish boleh buat gaduh tu. haa maksud saya. tak fair la. kenalan saya yang rapat dengan saya selalu mengadu macam macam hal. ada yang bergaduh. ada yang ada masalah tak puas hati dan sebagainya. saya minta dia cerita semua apa masalah dia. then saya jumpa dengan sorang lagi nak dengar cerita dia pulak. lepas tu baru la saya decide yang mana salah. setakat ni saya tak pernah salahkan sapa sapa pun. saya suruh dorang berdamai je. maafkan je.
satu perkataan dari imam hassan al banna. 
"jadilah seperti pokok, walaupun selalu dibaling dengan batu, tetap dibalas dengan buah
satu lagi ayat 
"keluarlah dan rasakan dirimu paling jahat, dan orang disekelilingmu baik belaka
kalau kita rasa orang lain baik, kita ni jahat. insyaAllah kita tak tuduh orang lain bila ada apa apa jadi.


dah alang-alang menaip ni. semalam saya ada tanya satu soalan kat sorang hamba Allah ni. saya dengar satu hadis. lebih kurang macam ni la ayat dia. "sapa yang bagi satu urusan kerja kat orang yang bukan ahlinya. tunggu la balasan di hari akhirat" hadis ni banyak orang refer dari segi kepimpinan. masa pru hari tu banyak kali gak saya dengar hadis ni orang kata. maksud dia, kalau bagi orang yang tak layak memimpin jadi pemimpin, tunggu la sapa yang lantik(undi) pemimpin tu kat akhirat nanti. tapi saya bukan nak cerita pasal kepimpinan kat sini. dari konteks pelajar. yang duk kat universiti tu mesti pernah nampak flyer "tak cukup masa menaip assignment? hubungi kami untuk membantu anda" ada orang yang sibuk sangat. kerja-kerja assignment dia tak sempat nak buat. dia upah orang lain untuk buat. so berbalik kepada hadis. kita bagi kerja kita kat orang lain padahal itu kerja kita. jawapan hamba Allah ni. depend pulak kepada situasi orang yang mengupah. kalau betul memang dia sibuk sangat. so tak salah la dia upah orang lain buat kerja. sebab dia upah. maknanya berbayar. bukan buat kerja free. lain la kalau kita paksa orang lain buat kerja. belanja teh ais pun tak. yang tu lain cerita. tapi kalau dia memang tak dak kerja apa pun. malam-malam dok layan FIFA ja. yang tu lebih baik dia siapkan assignment. tak payah la upah orang lain. wallahualam


bertanya banyak kalau penuh dengan isi. tak pa. jangan banyak bertanya tapi tak da isi lansung. macam ustaz kazim cakap. ada orang tanya dia. 

"ustaz, kalau kita ke bulan kan ustaz kan, kita nak sembahyang tu nak mengadap kemana ustaz? kiblatnya arah mana ustaz?"

jawab ustaz kazim "kamu pergi ke bulan tu dulu, dah sampai sana baru kamu call saya. nanti mungkin saya boleh bagi jawapan. sibuk nak tanya ke bulan. ke masjid negeri ni pun tak pernah sampai. nak tanya kiblat kat bulan. datang masjid negeri ni dulu. kiblat kat masjid ni pun tak tahu. sibuk nak tanya kiblat kat bulan" 

maksud ustaz kazim, kita ni kadang suka tanya benda yang merapu. satu lagi soalan.

"ustaz, air mani tu najis ke?"

ustaz jawab " air mani tu tak najis, cuma orang tak gemar je. bukan najis. mana ada orang suka air mani. kalau pergi ke pasar malam. orang jual air. laici kang, sirap bandung, air kelapa, air mani! uih ada ke orang nak beli? kita tengok air botol mineral tu. orang jual, air mineral! singgit! singgit! tiba tiba orang datang, air mani! singgit! singgit!. mana ada orang nak beli" 

bila cakap air mani tu tak najis, dia tanya pulak.

"kalau air mani tu tak najis, boleh tak nak amek air wudhu dengan air mani?"

ustaz jawab. "kamu kumpulkan dulu dua kolah, lepastu kamu bagitau saya, agak agak bila nak cukup dua kolah tu?"


apa pun, banyakkan lah bertanya untuk kebaikan kita. ambil pandangan dari ramai orang. kadang kadang ilmu tu tak hadir dari seorang guru atau ulama, tapi ilmu itu datang dari pengalaman. pengalam tak perlu dipelajari, tapi perlu dilalui untuk mengajar kita erti kehidupan. 

Comments

Anonymous said…
baik lah axe ,

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya