Pak cik Newton dan novel Dear yayah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum,

pernah baca novel ni? novel ni memang best. antara novel terawal yang saya baca. sebab saya bukan kaki novel. rasanya ni la novel terawal dan terakhir. hahaha. apa pun setiap benda ada pengajarannya. saya ambil pengajaran dari novel yang best ni.

Tadi saya saja saja flashback balik post-post kat blog saya ni. kalau ada yang tahu, blog saya ni dulu isinya cerita-cerita hidup saya. bak kata orang. "diari". tersenyum saya sorang sorang bila baca balik ayat-ayat tak matang saya. macam la sekarang ni matang sangat kan? saya belum cukup matang. sebab tu kadang kadang saya buat tindakan yang tak sepatutnya. sebenarnya saya nak tulis dalam blog saya bahasa yang saya tuturkan. bahasa apa yang saya tuturkan? saya asal dari taiping perak, bila sebut perak. orang terbayang "ate" "kome" "awok" iye dok? saya jujurnya tak pandai pun cakap bahasa perak ni. saya besar dalam keluarga yang cakap dalam bahasa utara. or lebih tepat. bahasa kedah. mak saya asal pendang, kedah. kalau orang nak tahu. taiping zon utara dalam perak. dekat dengan pulau pinang, kedah. sebab tu sapa sapa yang pegi taiping. yang pure taiping tu akan cakap dalam bahasa utara. 

tapi kalau saya cakap utara, takut orang tak faham pulak. kan? saya suka merantau. start tingkatan 4 saya pegi belajar ditempat yang jauh dari keluarga. tak jauh mana pun. ipoh je. tapi saya cakap dalam bahasa utara. orang ipoh tak semua faham. korang tahu gulai? kari ayam, saya sebut gulai ayam. tapi kat ipoh gulai tu macam masak lemak. cabai? tahu? yang salah dengar. dorang ingat saya mencarut. yang faham tu faham la. cabai tu cili. sesetengah tempat. cili dipanggil lada. tapi negeri utara, cili tu dipanggil cabai. kalau saya tulis dalam bahasa utara, boleh faham? kalau tak faham jugak. tanya je. nanti saya jawab.


mesti pelik kan? apa kena mengena dengan post lama saya kat blog ni? haa saya terbaca post saya yang tulis dalam bahasa kedah. tapi ada juga post saya yang cerita pasal jiwang jiwang ni. zaman cintan cintun dulu. kadang tu saya pelik juga, saya tak malu ke biar orang baca kisah cinta saya yang tak menjadi sangat tu. haish. ye la, bila dah sayang, tak kisah dah apa orang cakap. yang kita tau nak tunjuk cinta kita. fuyooh. hahaha. tak pe la. itu pengalaman. kalau tak de pengalaman, kita tak tau. bila terkenang balik kisah kisah dulu. boleh tergelak kan? kisah kisah masa kecik kecik dulu. saya ni nak kata nakal tu tak la nakal sangat. kalau ada geng je jadi nakal. kalau sorang sorang senyap je. sebab saya dari kecil sifat saya pemalu. pendiam. sejak masuk tingkatan 4. berjauhan dari keluarga. saya belajar bercakap. lambatnya. orang lain belajar bercakap umur satu tahun. saya umur 16 tahun baru belajar bercakap? tak de la macam tu. saya mula beranikan diri bersuara dengan orang lain. mula hilangkan rasa malu. 


korang pun mesti ada kisah zaman kecik dulu kan? mesti lagi best dari saya. tak pa, itu semua pengalaman. syaa pernah berdebat dengan kawan saya dulu. debat main main je. tajuknya. "pengalaman atau pendidikan, yang mana better?". korang pernah dengar tentang sekolah, tapi pernah dengar tak tentang sekolah jalanan? sekolah jalanan ni pengalaman la. satu peribahasa. "jauh berjalan, luas pengalaman" kalau kita merantau, kita dapat banyak pengalaman yang automatisnya menjadi satu pendidikan berpraktikal bagi kita. amboi ayat. tapi kalau kita belajar pendidikan lak, belajar kat sekolah. belajar kat universiti. kita just belajar teori, ada la sikit sikit praktikal. betul tak? 

saya bagi contoh. kita belajar geografi, dalam bahasa lama dipanggil ilmu alam. kita belajar tanah tanih. kawasan paya macam mana. kita tau kawasan paya tanahnya lembut. tapi ada ke cikgu kita bawak tanah paya tu datang ke kelas? tapi cuba kita sendiri pergi ke kawasan paya bakau. kita tengok ikan belacak jalan atas tanah tu. tengok macam best je. kita lak gi pijak tanah tu. tenggelam kaki. baru kita tau tanah tu lembut. kan praktikal tu? teori selepas praktikal. tapi kalau belajar di sekolah. praktikal selepas teori. 


itu contoh je. sebenarnya dua dua bagus. tapi saya suka praktikal dulu baru teori. tau macam mana isaac newton tahu teori graviti? mesti tahu kan kisah dia lepak bawah pokok epal. pastu epal jatuh atas kepala dia. nampak tak? dia dapat praktikal dulu. lepas tu baru dia keluarkan teori yang bumi mempunyai graviti. 

serius je muka pak cik newton ni. dah macam macam saya merapu dalam post kali ni. kan? ada selit sikit-sikit ilmu untuk hari ini. ambil lah sebagai pengajaran. yang nak belajar bahasa utara tu. belajar la. mana tahu nanti saya tulis dalam bahasa utara. susah nak faham pulak kan? kisah kisah lama jangan dilupakan, jadikan sebagai pengajaran. 


Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya