Broken English.

Assalamualaikum,

post saya sebelum ni ada sebut pasal bahasa. bahasa utara. tengah enjoy surfing internet tadi. tengok joke harith iskander. kenal ke? yang tengok lawak ker der mesti la kenal kan? tengok kat mana? youtube? haha biasa la. saya pun tengok curi curi kat youtube. emm saya kenal harith iskander masa dia join show apa ntah kat ntv7 masa saya kecik dulu. sebenarnya masa tu tak minat pun harith ni sebab tak faham apa yg dia cakap. english kan? jujurnya saya tak pernah dapat A dalam english sepanjang bersekolah. kecuali tadika. hee then masuk universiti ni la mula saya belajar speaking sebab berkawan dengan foreigner dari jordan, somalia, jeddah, pakistan, palestine, ramai lagi. banyak nya tok arab la. 

semalam saya pergi hospital, tak da sakit apa pun. dalam dua minggu ni asyik pening kepala je. rupanya tak cukup rehat. tak pa la. saya try cukupkan rehat saya. masa kat kaunter tu, pegawai perubatan tu tanya. "student ke? dari UPM?" saya jawab " ye student, dari UNITEN" pegawai tu tanya lagi, "best ke study kat UNITEN? lecturer dari oversea lagi?" saya jawab, "ada lecturer dari oversea, ada lecturer orang sini, nak kata best tu, alhamdulillah boleh tahan la." pegawai tu tanya lagi "kat UNITEN ni fully english kan?" saya jawab. "kalau diikutkan memang macam tu la, fully english, tapi kalau dengan lecturer kita ni cakap melayu pun tak pa kot, dorang faham.sebab tu la saya cakap boleh tahan study kat situ, sebab kena speaking. saya ni bukan pandai sangat speaking" 

memang betul, dalam sedar dan tak sedar. tempat saya belajar sekarang ni bukannya menyusahkan saya sebab asyik kena speaking. tapi universiti ni sedang mendidik student fasih berbahasa ingris. dulu kalau ada orang putih datang kat saya, nak tanya apa apa, mesti saya elak. sebab saya tak reti nak jawab. bukan tak faham apa yang orang putih tu tanya tapi cuma saya ni kalau speaking jadi gagap. so nak elakkan malu, saya elak bercakap dengan orang putih. teringat lak masa kat cameron highland. bercuti dengan keluarga, datang sorang orang putih tanya, "sorry, are you malaysian? do you know this hotel?" lebih kurang macam tu la ayat dia. dia tunjuk kat saya satu nama hotel tu dalam satu flyer. saya jawab " yes i'm malaysian, but i don't know this hotel, sorry" dia cakap "nevermind, did you know any place provide WiFi?" saya mula gagap. "err i think there have WiFi" sambil tunjuk kat satu restoran. 

kalau tahu basic english pun cukup la. tak da la malu sangat bila tak dapat jawab pertanya orang putih. sebelum kat cameron highland tu, saya ada pergi genting highland. kali ni ayah saya kena soal. saya tak tahu apa yang orang putih tu tanya. pastu ayah saya datang kat saya minta tolong. sebab ayah saya tak pandai speaking. tapi bila saya tengok orang putih tu dah tak da. maybe dia ingat ayah saya tak nak jawab kot. tak pa la. orang putih tu pandai la cari orang lain. tapi sedih lah, maybe orang putih tu fikir kita ni sombong sebab tak nak jawab. kita belajar bahasa orang bukan bermakna kita menyanjung mereka. tapi kita mengangkat martabat kita supaya orang lain fikir kita ni berkebolehan menguasai lebih dari satu bahasa. betul tak?

saya ni tak pandai speaking, jujur cakap. tapi kehendak untuk belajar tu ada. so tak salah la rasanya saya ajak pembaca-pembaca ni sama sama belajar speaking. untuk kemudahan diri kita juga nanti. insyaAllah. 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya