Pahala kurang?

‎"Apabila saya mendengar intipati kuliyah subuh yang disampaikan oleh seorang Ustaz (pesara guru akademik). Alangkah terkejutnya apabila beliau sendiri mengatakan, kita jangan lagi ambil imam daripada luar, rugi katanya, pahala sikit kerana beliau bukan daripada mazhab kita. Banyak kaedah-kaedah yang tidak menepati mazhab kita sambungnya lagi. Saya hanya menggelengkan kepala."

-Fathullah al-Haq-



terkedu axe bila terbaca petikan kat atas ni. pagi ni axe macam biasa ber online la laman sosial popular dunia ni. mesti tahu kan? axe buka facebook axe. then axe terbaca satu post daripada seorang hamba Allah yang telah share satu link yang menarik minat axe untuk membacanya.. 

axe rasa nak bercerita la sikit pasal mazhab ni. purata islam di malaysia mengamalkan mazhab syafi'e. sebenarnya sama je mana-mana mazhab pon. syafi'e, hanbali, maliki, atau hanafi. tapi yang buat axe nak tergelak pun ada, sedih pun ada dengan kenyataan seorang imam yang kat atas tadi tu.. petikan tu axe petik daripada satu post dalam laman dakwah oleh Muhammad Fathullah Al-Haq yang bertajuk hukum tidak terikat dengan satu mazhab.

kalau lah betul apa yang dikatakan oleh imam tu. cuba bayangkan nasib orang-orang yang ikut mazhab lain ni. kalau di malaysia, orang yang ikut mazhab hanafi ada di tempat-tempat yang tertentu. bukan di semua tempat. dan mereka juga ada membina masjid sendiri untuk kemudahan mereka. begitu juga mazhab-mazhab lain. tapi bayangkan orang yang ikut mazhab syafi'e di negara arab. boleh dikatakan lebih 90% orang arab ikut mazhab seperti hanbali dan maliki. (mengikut apa yang dikatakan oleh seorang ustaz yang mengajar axe ketika di sekolah dahulu)



kalau orang syafi'e solat dengan orang mazhab maliki contohnya. apakah pahalanya akan terkurang? jawapannya tidak. kerana semua 4 mazhab yang ada tu semuanya diredhai Allah Taala. axe sendiri pun pernah solat di masjid hanafi di taiping. memang amalan mereka berlainan dengan kita. tapi tetap sah solat itu dan tidak terkurang sedikit pun pahala kita selagi kita tidak melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam.

so, axe nak pesan kepada semua muslimin dan muslimat, jangan la pulak kita risau bila nak solat dengan orang yang berlainan mazhab dengan kita.



alang-alang cerita pasal solat. axe nak cakap pasal solat jama' dan qasar. selalunya bila kita jama' memang selalu akan qasar. biasa la manusia kan? dapat yang mudah mesti la berebut nak buat. yang susah tu malas. mungkin ada yang tak faham maksud jama' dan qasar. jama' bermaksud himpun. iaitu menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu. manakala qasar bermaksud singkat. iaitu menyingkatkan solat daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat.

baru-baru ni axe pergi makan angin di sabah. sementara tunggu nak masuk kapal terbang tu. axe dengan family pergi solat dulu. masa tu waktu zuhur baru nak masuk. kami tunggu dan bila masuk waktu zuhur. kami buat solat jama' qasar zuhur dengan asar. sebab risau tak sempat buat asar masa sampai kat sabah nanti. maklum lah. flight jam 3.30. perjalanan ambil masa 2 jam setengah. sampai sabah lebih kurang jam 6 petang. kat sabah pulak. pukul 6 tu dah nak masuk maghrib dah.

axe tengok kat dalam surau kat airport tu memang la bukan orang melayu je.. orang putih pun ada. orang kulit hitam ada. orang arab pun ada juga. dan semestinya semua tu berlainan mazhab berdasarkan pemerhatian axe bila tengok cara mereka solat dan ambil wuduk. tapi semua warga asing tu tetap solat berjemaah dalam satu saf dengan berimamkan seorang lelaki berbangsa melayu.


orang melayu ni bila solat jama' mesti disertakan dengan qasar. tapi lain pula bagi sesetengah orang berbangsa lain. contohnya orang arab yang axe cakap tadi. dia join solat jama' qasar dengan imam orang melayu tu. dia nak buat solat jama' sahaja. tanpa qasar. tapi dia join lambat sedikit. kiranya dia ni dikira sebagai masbuq la. (masbuq bermaksud menyertai solat berjemaah ketika sedang berlansung dan terlepas bacaan fatihah pada rakaat pertama)

tapi dia tidak takut untuk join jemaah tu sebab niat dia nak dapatkan ganjaran 27 kali ganda pahala kerana solat berjemaah. lepas habih solat jemaah tu. dia sambung dengan solat yang sepatutnya di buat. 

apa kaitannya dengan mazhab? kaitannya, walaupun berlainan mazhab. jangan risau nak solat sama-sama. yang penting kita rebut pahala yang Allah ganjarkan untuk kita tu. kalau para pembaca mahukan lebih huraian. tekan la perkata berwarna kat atas tu..

senyum la paling mudah nak dapat pahala. 

mbekkk!!!

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya