Tak layak berdakwah...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu... Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri... Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah... Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan". 

 ~Imam Hasan Al-Basri~


ada seorang hamba Allah ni add axe dlm fb. sebelum axe approve, axe tengok profil dia. axe tertarik betul dengan kata-kata kat atas ni. axe pernah baca ayat sebelum ni. tapi bila axe baca kali ni, axe teringat seorang hamba Allah yang berdebat dengan axe bila axe nasihatkan dia. 




hamba Allah yang seoarang ni dengan sesuka hati mengutuk kawannya yang lemah. maksud axe dalam bahasa senang faham. ada sorang ni asyik kena kutuk, perli. orang kata asyik jadi bahan la. axe cakap dekat geng yang suka bahan orang ni. jangan la duk buat macam tu. uih dia marah balik kat axe. sebab dia kata axe back up budak tu. dah tu siap cakap axe ni tak layak nak nasihat orang. axe bukan ustaz nak dakwah kat orang. haa sampai macam tu dia marah.

sebenarnya semua tu bisikan syaitan je.


bisikan syaitan? mana axe tahu? haa bukan ke syaitan bersumpah akan menyesatkan seluruh keturunan Adam. kita ni semua pun keturunan Adam. kalau ada seorang yang cuba mengajak kepada kebaikan. syaitan tu akan hasut orang yang mengajak buat baik tu. tapi kalau tak berjaya. dia akan hasut orang yang di ajak buat baik tu. betul tak? 

kata sahabat axe yang marah tu. axe bukan ustaz. tak payah berceramah. haa sebenarnya tanggungjawab berdakwah ni terletak pada bahu semua orang. bukan pada ustaz-ustaz dan ulama' je. sesiapa yang ada ilmu yang baik untuk dikongsi, apa salahnya berkongsi. kan? 

dakwah ni bukan nya berceramah je. orang selalu fikir dakwah tu ceramah yang membosankan di surau dan masjid. totally wrong. dakwah itu amal makruf nahi mungkar. maksudnya mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. kalau kita ajak kawan pegi masjid, baru ajak je. dah dikira berdakwah. kalau kita kata kat kawan "weh jangan la rosakkan buku tu." haa dikira berdakwah juga. sebab apa? sebab dia ajak kepada kebaikan dan dia larang buat benda tak elok. 

dakwah ni pelbagai. zaman sekarang ni. orang asyik main facebook, twiter, instagram, banyak lagi yang berkaitan denga teknologi IT ni. haa bagi sesiapa yang nak mencari saham akhirat. gunakanlah kemudahan media ni untuk berdakwah. suruh orang senyum pun dah cukup. sebab apa? sebab senyum boleh ubati penyakit marah. ambil kesempatan yang ada ni untuk mengajak orang buat baik. at least dapat pahala walaupun sikit.

contohnya tulis sesuatu kat status dalam Fb. "hello everybody, good morning and keep smiling yeah!!" 

kalau friends kita ada 1000. then 100 orang baca status tu. banyak pahala yang korang dapat. 



kalau nak direnungkan balik kata-kata Imam Hasan tu. betul tak? kalau nak tunggu seseorang yang benar-benar sempurna untuk layak berdakwah. memang orang yang berdakwah tu tak ada dalam dunia ni. sebab Allah kan dah kata. tidak ada yang sempurna melainkan Allah Ta'ala. 

Senyum!!!



Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya