orang fasik masuk syurga, orang mukmin masuk neraka.

assalamualaikum.. ada orang tak? haha lama tak update blog ni. 

axe terbaca satu article ni, kisah perempuan yang pertikaikan kebaikan orang bertudung. tapi bukan kisah tu yang axe nak cerita. sebab axe pernah cerita dah dulu. ingat tak? tajuk dia "perempuan bertudung jahat"

masa axe baca tu, ada ayat "sekurang-kurangnya, tak tutup aurat tu dah comfirm masuk neraka"   axe pun teringat satu kisah yang axe baca daripada sebuah kitab. nak dengar? memang tak la sebijik macam cerita dalam kitab yang axe baca tu, sebab axe pun dah lupa jalan cerita dia. cuma axe ingat isi penting dalam cerita tu. kitab tu di tulis oleh salah seorang ustaz yang giat mengelilingi malaysia semata-mata menyebarkan dakwah islam.

ada dua orang sahabat di sebuah kampung terletak di sebuah negeri di tanah arab. mereka membesar sama-sama. dan sama-sama memeluk islam. tetapi mereka tidak sehaluan. seorang bersifat warak. dia seorang mukmin. memang tekun beribadah. menunaikan semua perintah Allah Taala. meninggalkan laranganNya. seorang lagi bersifat fasiq. mempersendakan perintah Allah. sering melakukan maksiat terhadap Allah.

suatu hari mereka berselisihan ketika dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. 

mukmin : assalamualaika wahai sahabatku.

fasiq : waalaika salam. ente mahu kemana?

mukmin : ana mahu ke musolla. kemana pula tujuan ente?

fasiq : ana mahu ke rumah sahabat ana. dia mahu mengadakan parti malam ini.

mukmin : sahabatku, ana runsing memikirkan ente. ana sering dengar dari mulut-mulut penduduk bahawa ente selalu melakukan maksiat. apa ente tidak takut balasan Allah?

fasiq : apa yang ente katakan itu memang benar, tapi ana belum bersedia untuk bertaubat. ana mahu berhibur. ana masih muda.

mukmin : tidak kah ente tahu hidup ini singkat dan bila-bila masa sahaja kita akan kembali kepada Allah?

fasiq : ya ana tahu. tapi bukankah Allah itu maha pengampun? Tuhan pasti akan ampunkan ana.

mukmin : ya, benar Allah itu maha pengampun. tetapi perbuatan ente ini melampaui batas. ente akan dimasukkan kedalam neraka.

fasiq : siapakah ente untuk menentukan di mana nasib ana?

mukmin : perbuatan ente selama ini menggambarkan nasib ente di akhirat nanti.

fasiq : baiklah, kita lihat siapa yang bernasib begitu. ana percaya Allah itu pastu ampunkan ana suatu hari nanti.

dipendekkan cerita. kedua-dua sahabat ini telahpun meninggal dunia. dan orang fasiq itu di masukkan kedalam neraka kerana dosa-dosanya yang lampau. kemudian dia dimasukkan kedalam syurga buat selama-lamanya. manakala orang mukmin tadi dimasukkan kedalam neraka selama-lamanya tanpa dapat menjejakkan kaki di syurga.

mukmin : wahai Tuhan yang maha adil. mengapa aku dimasukkan ke neraka sedangkan sahabat ku yang fasiq itu di masukkan ke syurga?

Allah : sahabatmu itu melakukan dosa yang banyak, tetapi dia percayakan Tuhannya. dia yakin dengan Tuhannya. manakala kamu sesuka hati menghukum seseorang dan membelakangkan kuasa Tuhanmu.













*moral of the story:

jangan menghukum seseorang kerana perbuatannya. sesungguhnya Allah itu maha berkuasa. Dia maha adil lagi maha bijaksana. siapakah kita untuk menentukan syurga atau neraka bagi seseorang itu. 

tengok la nasib orang mukmin tu, walaupun dia sering beribadat, bertaqwa. tetapi kerana satu kesilapannya. dia dimasukkan ke dalam neraka. tapi berbeza nasib si fasiq. walaupun selalu buat dosa, tapi kerana dia yakin kepada kuasa Allah. dia dimasukkan ke dalam syurga. 



Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya