tangisi orang yang meninggal dunia..boleh ke?

ingat lagi tak kartun kat atas ni? siapa yang sebaya dengan axe mungkin pernah tertunggu-tunggu cerita ni kat tv masa kecik-kecik dulu. tapi yang minat je la. axe tahu ada yang tak minat kartun macam ni. ni cerita aksi 4 ninja penyu Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT). haa tapi bukan cerita ninja penyu ni yang axe nak cerita. tapi pasal tangisi orang yang mati. boleh ke? 

axe macam biasa tengok berita kat tv. nak tahu perkembangan dalam dan luar negara. tapi ada tanggapan yang tidak elok dilemparkan sesetengah pihak. katanya orang yang tengok berita kat tv ni penyokong kerajaan. bukan macam tu sebenarnya. axe tengok berita kat tv sebab nak tahu apa yang jadi kat negara kita. axe tak minat pun politik. 

berita utama hari ini macam hari-hari yang lalu. kisah pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. sedih, bangga, kecewa dan macam-macam lagi yang axe rasa. sedih dengan kematian wira negara. bangga dengan semangat juang wira negara. kecewa dengan tindakan penceroboh. axe tengok tv. ada tunjuk betapa sedihnya keluarga pejuang yang mati. kesian axe tengok. kemudian axe teringat kisah Rasulullah S.A.W yang kehilangan isteri tersayang iaitu Siti Khadijah Bt Khuwailid. 


axe pernah dengar orang tanya pasal kenyataan beberapa ulama yang kata haram menangis masa orang meninggal dunia. betul ke haram? haa sebenarnya itu cuma pendapat sesetengah ulama. mereka larang orang nangis masa kematian kerana mengelakkan waris si mati bertambah sedih. tapi sebenarnya rasulullah sendiri pun menangis ketika isterinya wafat. baginda sangat sayangkan Saidatina Khadijah sampai Saidatina Aishah pernah cemburu dengan Rasulullah. 


tapi rasulullah larang kita meratap. macam mana meratap? haa meratap ni macam menangis bersungguh-sungguh dan berteriak kerana tidak boleh terima pemergian si mati. ada pendapat ulama. hukum meratapi kematian secara berlebihan dalam islam adalah haram. menangis tu tak pa. sebab siapa la yang tak menangis bila ahli keluarga atau orang yang kita sayang pergi. kan? menangis tu dibenarkan tapi jangan berlebihan. hidup dan mati rahsia Allah. suatu hari apabila tiba saat kematian seseorang hamba Allah. tidak akan terkurang atau terlebih walau sesaat pun. itu janji Allah.

tapi macam mana kita mati? itu bergantung kepada amal yang kita buat semasa hidup. kalau kita jenis yang suka buat maksiat. mungkin akan mati dalam keadaan yang tidak baik. tapi yang selalu buat kebaikan InsyaAllah akan pergi dalam keadaan yang baik. baru-baru ni ada berita tentang orang yang meniggal ketika solat. alhamdulillah, axe pernah dengar. orang yang mati dalam solat, mati ketika perang di jalan Allah, mati ketika dalam perjalanan dengan niat yang baik. akan bergelar shuhada. ataupun orang yang mati syahid. dan janji Allah kepada orang yang mati syahid adalah amalan mereka tidak akan dihisab dan akan dipermudahkan ketika meniti titian siratul mustaqim serta ganjaran syurga. 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya