syaitan kecil?



gadis : hai ustaz.. saya nak tanya ustaz sikit la.

ustaz : yea saudari. apa yang cik nak tanya?

gadis : ustaz, saya ada niat nak berubah tapi kawan-kawan saya selalu pandang rendah kat saya. diorang cakap orang yang nak bertaubat ni kolot. fikiran cetek. betul ke ustaz?

ustaz : haa memang la cik ni fikiran cetek.

gadis : apa ustaz ni?! saya tanya elok-elok kan? ustaz ni betul ke ustaz or nama je ustaz?

ustaz : (senyum) cuba cik fikir balik. kalau cik nak berubah jadi baik. cik kena ikut orang yang baik. bukannya terpedaya dengan kata-kata syaitan kecil tu. 


gadis : syaitan kecil? maksud ustaz?

ustaz : syaitan kecil tu kawan-kawan cik la. memang kalau ikut pandangan orang. syaitan tu mukanya menggerunkan. bertanduk. ada ekor. tapi cik tau tak kerja syaitan ni apa?

gadis : tahu la ustaz. kerja dia menghasut orang buat jahat.

ustaz : haa sama tak dengan apa yang kawan cik buat?

gadis :  sama la.. em tapi ustaz. diorang tu kawan baik saya. susah senang selalu diorang tolong saya. apa saya nak buat ustaz?



ustaz : kalau kawan-kawan cik tu baik. mereka akan sokong cik berubah jadi baik. bukannya halang. tapi saya tak suruh cik putuskan hubungan dengan mereka. teruskan berkawan dengan mereka. apa yang baik pada mereka, jadikan sebagai teladan. apa yang tak baik pada mereka, jangan di ikut. cik cari lah teman yang boleh dorong cik jadi lebih baik. kawan yang akan sentiasa sokong cik berubah menjadi baik. cik ni perempuan. umur pun rasanya dah sesuai sangat dah nak kahwin ni. cik cari lah suami yang baik. sebab tanggungjawab seorang suami ialah mendorong isteri dan anak-anaknya kearah kebaikan. \

gadis : tapi saya belum bersedia nak kahwin. lagi pun saya rasa tak bebas la kalau kahwin. and ada ke lelaki yang baik nak jadi suami saya?



ustaz : sebenarnya kahwin la buat cik jadi bebas. cik sentuh suami cik bukan haram lagi dah. malah cik akan terhindar dari maksiat dengan lelaki. sebab cik nak dating ke nak berdua-duaan ke. dah tak jadi masalah. sebab dia tu suami cik. pasal tak de orang yang nak kahwin dengan cik. tipu lah. saya tengok cik ni rupa ada. cantik. mesti ada yang terpikat. dan tengok kepada gaya cik. cik ni orang berada kan? jodoh akan datang kalau kita berusaha mencarinya.

gadis : tapi ustaz. saya ni perempuan. tak kan la saya nak cari suami. tu macam perigi cari timba tu ustaz.

ustaz : itulah yang orang sekarang tidak faham. suami sebagai imam, isteri sebagai makmum. pernah tak cik tengok imam cari makmum untuk solat?

gadis : tak pernah. selalunya orang nak solat. dia akan cari imam. 

ustaz :  cik tak perlu pergi ke rumah orang tanya ada tak anak lelaki. haha tapi cik berdoa la kepada Allah Taala supaya di pertemukan cik dengan jodoh yang baik. Surah Al Fatihah ayat ke 5 yg brmaksud "kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkau lah kami meminta pertolongan"  surah Al Fatihah ni setiap hari kita baca. betul tak? kalau baca saja tapi tak faham maksud dia tak guna juga. ayat tu cakap Allah la tempat kita minta pertolongan. cik pun kena la selalu minta dengan Allah. jangan risau. Allah tu tak kedekut. 

gadis : Allah dengar ke doa saya?saya ni dah banyak buat dosa. solat pun kalau rajin je.

ustaz : Allah tu maha mendengar lagi maha mengetahui. kita niat nak berubah pun Dia tahu. beum berubah lagi. tapi Dia dah tahu dah apa yang kita nak buat. ingat tak lagi kisah nabi Yunus yang di telan ikan nun atau pun ikan paus? nabi Yunus dah la kena telan. pastu ikan tu menyelam jauh ke dasar laut. cik rasa ikan paus ada radar ke?

gadis : eh mana la ada ustaz. ikan tu bukan kapal. mana ada radar.

ustaz : haa kalau kapal terbang terhempas. orang boleh kesan dan cari. tapi kalau ikan orang boleh kesan tak?

gadis :  tak boleh la ustaz. emm apa kaitan ikan dengan doa ustaz?


ustaz : cuba cik fikir. macam mana doa nabi Yunus boleh Allah dengar sedangkan ikan tu ada kat dalam laut. pastu nabi ada dalam perut ikan. macam mana Allah boleh dengar doa tu? haa Allah dengar sebab Allah tu maha mendengar. sebab apa nabi Yunus minta tolong kat Allah? kenapa tak jerit minta tolong kat orang? haa sebab ada ke orang nak dengar dia jerit? dia minta tolong kat Allah sebab dia yakin dengan Allah.

gadis : terima kasih ustaz. insyaAllah saya akan ikut kata ustaz.

ustaz : syukur lah pada Allah kerana membuka hati saudari untuk berubah.


Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya