Halal Ke Pekerjaan Kita?

Segala babak dan watak dalam dialog dibawah ini adalah rekaan semata-mata. tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. jika terdapat sebarang persamaan. ia hanya sekadar kebetulan sahaja.


Afiq : sibuk betul hari ni kan? aku punya jadual start pukul 9 pagi tadi. baru ni je habis. ada gap sejam je pukul 1 tadi.

Nazmi : okay la tu. aku kelas start pukul 8. habis sama ngan kau gak. cuma aku ada la lebih sikit gap antara kelas pagi tadi dengan petang ni.

Afiq : eh kau kata nak pergi beli laptop. esok kan? aku tak de kelas esok. emm rasanya tak de apa-apa kerja pun kot esok.

Nazmi : ha'ah . tapi aku tak nak beli dulu. nak survey je dulu. kalau ada yang berkenan dihati. baru la aku beli. kadang beli yang canggih pun. kalau tak selesa. tak guna jugak. kan?

Afiq :  ye la. member aku pernah ngadu. nyesal beli laptop yang harga je mahal. tapi tak sedap pakai. kesian dia.

Nazmi : biasa la tu.. yang mahal tak semestinya bagus. yang bagus tak semestinya mahal. macam dalam iklan megi indon tu. hahaha

Afiq : hahaha ye la.. okay la. chow dulu. esok koling la aku time nak pergi tu. eh jap. kau dah beli tiket shuttle ke? nanti tak de tiket camne nak pergi?

Nazmi : dah beli tadi. masa time tak de kelas tadi. kalau kau tak de tiket. pakai la aku punya dulu. aku beli lebih tadi. okay nanti pape hal aku call kau.

Afiq : all right..macam ni la member. haha okay assalamualaikum.

Nazmi : waalaikumussalam.

Keesokan paginya...

"bila terasa rindu, ku sebut namamu, dengan harapan kau kan muncul dalam tidur.. "(ringtone fon)
Afiq : haa assalamualaikum.

Nazmi : waalaikumussalam.. kau dah siap? jom la. aku tunggu kau kat pondok bawah blok apartment aku ni.

Afiq : ok ok. siap dah. tunggu jap. dalam 5 minit aku sampai.

3 minit kemudian.

Nazmi : bagus la kau ni.. tepati masa. kau cakap tadi dalam 5 minit kau sampai sini.. tapi tak sampai 5 minit kau dah sampai.

Afiq : tak kan la aku nak lengahkan masa kau. lagipun kan Rasulullah tak suka orang yang suka berlengah. kan?

Nazmi : ye la.. alhamdulillah. kau tambahkan satu lagi ilmu untuk aku pagi ni.

Afiq : heheee eh kau pakai macam ni je ke? kita nak pergi mall kan?

Nazmi : yee.. cukup la pakai macam ni pun. aku bukannya nak tarik perhatian orang. tak elok. aku tak nak nanti timbul fitnah bila aku pakai yang bak kata orang "havoc" sangat.

Afiq : maksud kau? explain sikit.. heee

Nazmi : maksud aku. bila aku pakai cantik-cantik. nanti akan menimbulkan fitnah. contohnya orang akan kata aku ni menunjuk-nunjuk. walaupun pada niatnya, aku tak berniat macam tu. kau faham kan?

Afiq : ouh ye la. aku faham. hmm jazakallahu Khair sahabatku.

Nazmi : amboi kau. sahabat ye? haha ye laa amiinnn..

Berjalan ke bus stop. 

Nazmi : panas cuaca sekarang ni. pagi-pagi macam ni pun dah terik. macam mana la tengah hari nanti.

Afiq : ye la. terik betul. opah aku cerita. dulu zaman dia. time macam ni berkabus lagi. betul-betul tengah hari tu baru la hilang kabus.

Nazmi : emm datuk aku pun cerita macam tu jugak. datuk aku pergi menoreh getah pagi pagi. kena pakai baju tebal. sebab sejuk.

Afiq : aku ni jenis tak tahan sejuk. macam mana la kalau aku hidup masa zaman tu. satu kerja pun tak boleh buat. asyik menggigil je. kan? hahaha

Nazmi : haha menggigil macam masa kita pergi kem kat janda baik hari tu? haha kesian aku tengok kau. emm macam dah lewat ni. sepatutnya shuttle dah sampai ni.

Afiq : ye la.. aku pun perasan. aku pelik la. kenapa driver ni selalu lambat ea? dia ada masalah ke? ye la kan. mana la tau dia sakit ke. jalan jem ke. ada masalah keluarga ke. yang menyebabkan dia lambat.

Nazmi : emm aku pun fikir macam tu. tapi tak kan setiap hari ada masalah yang sama? lagipun. setiap hari driver tukar kan? ikut shif.

Afiq : emm husnuzon je la.. bersangka baik.

15 minit kemudian.

Afiq : haa tu sampai dah.

Nazmi : akhirnya..

Dalam shuttle.

Afiq : assalamualaikum pak cik. saya nak tumpang tanya boleh?

Driver : hah. apa?

Afiq : emm saya nak tanya. petang nanti pak cik drive tak? sebab hari tu saya keluar pagi naik shuttel. lepas tu saya tunggu masa petang tu nak balik kampus. shuttle tak datang langsung.

Driver : kalau tak datang. cari teksi je la.

Nazmi : assalamualaikum pak cik. maaf la mencelah. saya pun nak tanya ni. memandangkan kita bertiga je kat dalam ni. dan insyaAllah tak kan membuka aib pak cik. saya nak tanya. pak cik ada masalah ke? saya tengok kebanyakkan staff kat sini macam tak friendly je.

Driver : kamu tu nak menyibuk kenapa? mana la saya tahu pasal staff lain. saya just buat kerja saya je. yang penting saya cari rezeki yang halal.

Nazmi : maaf la kalau pak cik rasa saya menyibuk. tapi saya nak tanya lagi. pak cik yakin ke rezeki yang pak cik cari selama ni halal semuanya?

Driver : apa hal kamu ni? kamu ingat saya buat kerja yang tak elok ke? saya tak berjudi tau. saya tak mencuri, tak merompak. saya buat kerja driver. apa yang tak halalnya?

Nazmi : maaf pak cik. pak cik silap faham ni. saya tak maksudkan pak cik buat kerja yang tak elok macam berjudi dan sebagainya. saya cuma nak beritahu pak cik. kalau tak ikhlas berkerja pun. gaji yang diterima tu jadi tidak bersih. orang selalu faham rezeki yang halal tu adalah dari pekerjaan yang baik macam doktor, cikgu, engineer. malah pekerjaan driver ni pun pekerjaan yang baik. dan rezeki yang haram tu datang dari kerja seperti merompak, mencuri. berjudi, rasuah. memang betul tu pak cik. tapi ada sedikit lagi yang orang tak faham. iaitu maksud halal dan haram tu. macam yang pak cik tahu. halal tu bersih. tapi pak cik yakin ke rezeki pakcik tu bersih?

Driver : apa maksud kamu ni?

Nazmi : maksud saya. okay macam ni la. saya tanya pak cik jawab. pak cik pernah tidur masa bekerja?

Driver : mesti la. semua orang pernah. ingat kerja ni senang ke? kamu tu student lagi. tak rasa beban yang pak cik rasa. letih tau tak? nak jaga anak bini lagi. nak kerja lagi. letih. pak cik pun nak berehat juga. lagipun majikan pak cik bagi masa untuk rehat.

Nazmi : okay saya faham. memang memenatkan. tapi majikan pak cik tu bagi masa rehat waktu bila?

Driver : waktu lunch la. pukul 1 sampai pukul 2.

Nazmi : pak cik pernah tertidur selain dari waktu tu?

Driver : pernah. bila letih sangat. terlelap la.

Nazmi : haa itu la punca rezeki yang pak cik terima tu jadi kotor. majikan pak cik amanahkan pak cik untuk berkhidmat dengan drive bas ataupun shuttle ni. dan majikan pak cik juga sediakan waktu untuk rehat. tapi pak cik curi tulang masa bekerja. pak cik pun mesti ada duduk sembang-sembang dengan kawan pak cik kan? sepatutnya masa tu pak cik gunakan untuk berkhidmat. bukannya buang masa tu dengan duduk bersembang. masa yang pak cik habiskan tu nanti akan disoal di alam akhirat nanti. apa pak cik nak jawab? tak kan nak jawab pak cik letih?



Driver : hmm

Nazmi : kawan saya tanya tadi. kenapa bila dia tunggu untuk balik ke kampus. tiada perkhidmatan shuttle sedangkan dalam jadual perkhidmatan di kampus ni. ada menyediakan perkhidmatan itu. pak cik sedar tak betapa beratnya dosa yang terpikul disebabkan tidak menjaga amanah? bila kita diamanahkan untuk buat sesuatu kerja. kita kena buat dengan ikhlas. baru la rezeki yang kita terima tu bersih dan dikira sebagai halal. pak cik tau tau kalau kita bawa rezeki yang kotor. kita beli seekor ayam. di masak dan diberi satu keluarga makan. makanan tu haram. dan bila masuk dalam perut. ia menjadi darah daging. dan darah daging itu haram. dan setiap benda yang haram akan dijilat api neraka. pak cik nak ke tubuh badan keluarga pak cik dijilat api neraka? malah tubuh pak cik sendiri.

Driver : pak cik faham. hmm pak cik banyak buat silap. pak cik lalai. sepatutnya pak cik ambil berat pasal benda ni. pak cik menyesal. macam mana pak cik nak bertaubat? terlalu berat dosa yang pak cik pikul.

Nazmi : sabar pak cik. Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Allah itu maha pengampun. Allah kasih dan sayangkan umatnya. pak cik tau tak kenapa kita masih hidup lagi sekarang ni?

Driver : sebab ajal kita belum sampai.

Nazmi : ye. memang betul ajal belum sampai. tapi kita tak tahu ajal kita bila. Allah panjangkan usia kita sampai ke hari ini adalah untuk memberi masa kita bertaubat. bertaubat lah segera sebelum Allah utuskan untuk menarik nyawa kita.

Driver : macam mana pak cik nak bertaubat. terlalu banyak masa yang pak cik habiskan untuk keperluan diri pak cik. pak tak jaga amanah.

Nazmi : boleh pak cik.. maybe dalam sehari pak cik curi 1 jam dari masa pak cik bekerja. jadi mulai saat ini. pak cik bayar la balik dengan buat overtime tanpa gaji. kalau majikan pak cik tanya. pak cik terangkan pada dia. Insyaallah. manusia ni lembut hatinya. kalau pak cik terangkan kat majikan pak cik. maybe dia akan halalkan semuanya. kerana ketulusan pak cik dan keikhlasan pak cik untuk bertaubat. Allah akan bantu pak cik. dan pak cik akan terlepas dari seksaan.

Driver : terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan pak cik.

Afiq : eh dah sampai ni.. emm pak cik. apa yang kawan saya cakap tadi tu. saya harap pak cik boleh sampaikan pada kawan-kawan pak cik. kami minta diri dulu ye pak cik. assalamualaikum

Driver : waalaikumussalam. InsyaAllah pak cik akan sampaikan. err satu lagi. petang ni pak cik akan datang untuk ambil student yang nak balik kampus. kamu tunggu je la tempat biasa ye.

Serentak : terima kasih pak cik.

Driver tu senyum dan berlalu pergi.

Afiq : emm aku teringat satu kata-kata ni. aku tak ingat aku baca dari mana.

Nazmi : kata-kata apa?

Afiq : sahabat yang terbaik adalah sahabat yang apabila kamu lihat wajahnya, kamu akan teringat Allah. apabila kamu dengar kata-katanya, ia akan menambahkan ilmu. dan apabila kamu lihat gerak gerinya, kamu akan teringatkan mati.

Nazmi : aku rasa aku jumpa seorang sahabat yang macam tu

Afiq : eh aku pun dah jumpa..

Nazmi : ye ke? boleh aku tahu sape sahabat kau tu?

Afiq : kau la. sahabat terbaik aku.

Nazmi : eh kau ni.. aku tak la macam tu. tapi sahabat aku yang terbaik tu, kau.

Afiq : haha kau ni ada ada je.. apa-apa pun. aku bertuah sebab Allah temukan aku dengan seorang sahabat macam kau ni.

Nazmi : Alhamdulillah.. aku pun bangga dapat kawan macam kau.. dah dah. jom gi kedai kat tingkat atas pulak.

Afiq : orite boss.. hahaha


p/s : walaupun support dari belakang. jangan la sampai tolak kawan macam dalam gambar ni. sekadar hiburan.

kisahdunia-axe.blogspot.com (c) 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya