Istimewanya Orang Buta

Assalamualaikum,
Hari ni 29 mac 2014 bersamaan hari sabtu. Haa kenapa axe mention tarikh ni? Sbb tetiba lak xde internet kat campus tempat axe study ni. Semalam hujan lebat. Kilat sambar menyambar. Then router LAN ditutup. So axe kat apartment ni tak de internet melainkan data kat fon. So, ini menyebabkan post ni axe tulis hati lain. Tapi publish hari lain. Haa

Bukan pasal internet yang axe nak cerita. Tapi pasal petang tadi. Sebab tu axe mention tarikh tu, kot kot la ada orang nak pertikaikan pulak kan. Sebab petang tadi axe pegi Malaysian Distro Fiesta. Dekat bukit jalil. Benda benda macam ni axe jarang pergi sebenarnya. Macam konsert-konsert ni. Last axe pegi konsert masa darjah berapa ntah. Masa tu konsert SureHeboh kat Alor Setar. Masa tu Kedah still benarkan konsert tu. Sekarang ni JomHeboh dah tak de kat kedah. Or maybe ada n axe tak tahu. Kat perak pun tak de. Tapi berapa tahun lepas ada carnival jomheboh kat lumut, perak. Axe pergi siang je. Konsert tak pergi.

Sebab apa axe tak pergi konsert? Axe tak berapa berkenan. Pergi konsert niat nak dengar artis artis nyanyi live depan mata. Tapi lain pulak yang jadi bila ada je perempuan yg seksi berjoget depan mata. So mata akan focus kat mana? Haa macam tu la yang axe rasa bila pegi Malaysian distro fiesta kat bukit jalil tadi. Walaupun petang. Hmm maybe sebab panas kot. Rasanya perempuan yang axe Nampak tadi 80 percent pakai tak cukup kain. Kalau setakat tak cukup kain tu dah biasa tengok. Kat campus axe sendiri pun ada orang macam tu. Tapi kali ni dengan baju singkat. Leher luas. Nampak port untuk cucuk credit card. Nak slide kad pun boleh. Jelas sangat. Make up tebal.
Ya Allah, memang besar betul dugaan tadi. Serba tak kena je. Sebab axe menumpang orang pergi ke sana. Kawan axe yang ajak teman dia. Dia nak tengok orang main bar.(budak gym tahu la main bar tu apa) axe pun teman la sebab duduk apartment ni sorang. Housemate semua tak de. Balik kampong. Internet pulak tak de. Sebab kalau duk sorang ni selalunya axe suka surf internet. Tambah pengetahuan. Tapi internet tak de. Layan buku ustaz kazim. Dah habis baca. Tak tau nak buat apa. So pergi la teman kawan axe ni.

Bil menumpang orang ni, kita tak boleh la buat keputusan sendiri. Mesti la ikut tuan punya kereta. So axe dah cukup gelisah tadi. Pandang kiri dosa, pandang kanan dosa. Pandang atas? Err org fikir tak siuman pulak. Pandang bawah? Emm kalau nak jalan kena pandang depan jugak. Sebab orang ramai. Nanti terlanggar orang lain. Nak lari pergi tempat lain? Tetiba pulak hujan. Semua lari masuk bawah canopy. Kawan axe jumpa kawan lama dia. Axe pun duk la sekali dengan dia. Tapi tak tahan sebab orang lalu lalang depan mata. Hmm Allah saja yang tahu perasaan axe masa tu. Cukup susah nak kawal nafsu. Dalam otak ni fikir. Kalau pandang dosa, kalau tak pandang, rugi la pulak. Bukan boleh tengok selalu. Hahaha tak pe la. Difikirkan balasan Tuhan nanti. Tahan juga la gelora nafsu yang berombak macam lautan hindi ni.


Selalunya axe kalau pergi mana-mana mesti axe keluarkan fon. Snap sana, snap sini. Axe suka amek gambar. Sebab tu axe masuk kelab photographer. Selain nak sebarkan dakwah islam, axe nak belajar ilmu photohraph ni. Axe bercita-cita sangat untuk memiliki sebuah kamera DSLR. Yang axe suka setakat ni NIKON D7000. Haa minggu depan hari jadi axe. So sapa yang baca ni kena bagi hadiah kamera kat axe. Haha bergurau. Tapi tadi kat fiesta tu axe tak keluarkan fon pun. Sebab axe takut nanti ambil gambar yang bukan-bukan. Axe terfikir, apa akan jadi pada perempuan sekarang? Apa akan jadi pada anak cucu kita nanti? Axe pernah berdialog dengan kawan axe. Axe cakap kat dia. “aku sanggup couple dengan seratus orang perempuan, kalau itu je cara aku nak ubah perempuan” kenapa axe cakap macam tu? Axe pun tahu couple tu haram. Cuba fikir balik, orang yang couple ni. Saling saying menyayangi. Saling mendengar kata. Yang lelaki suruh buat apa pun. Yang perempuan akan buat. Bahkan lelaki suruh gf dia bogel. Gf dia buat. Macam tu juga perempuan suruh bf dia buat macam macam. Bf dia buat. Sebab apa? Lautan api sanggup ku renangi. Gunung yang tinggi sanggup ku daki. Jurang yang dalam sanggup ku turuni. Badai yang datang tak kan menghalang cinta kita..

Wuu hebat ayat kan? Tu ayat yang axe biasa dengar kat drama, novel, filem. Macam macam.. dah tu kalau bf/gf boleh dengar kata pasangan masing-masing. Sendangkan kata mak ayah dia tak nak dengar. Kata bf dia, semua dia turuti. So jadi la bf yang baik. Suruh perempuan tu tutup aurat dengan sempurna. Bersopan santun. Jangan social teruk sangat. Kalau dah sayang, gf dia akan ikut. So, kalau itu je cara nak buat perempuan kat luar tu dengar kata axe, axe sanggup couple dengan semua orang. Err tapi mustahil la. Hei jangan gelak, axe tahu axe tak handsome macam aaron aziz. Tapi axe kacak macam adi putra. Heee puji diri pulak kan? Tak pe la, cukup la satu je buat diri ini.


Kadang-kadang axe terfikir, untung juga jadi orang buta. Tak Nampak benda-benda maksiat ni. Tak de la disoal mata ni di akhirat nanti. Untung jadi orang bisu, tak kana da dosa mengumpat orang lain. Dosa bawa fitnah kepada orang lain. Dosa jadi batu api. Untung jadi orang pekak. Tak dengar benda benda lagha. Tak dengar fitnah yang akan merosakkan diri. Tapi axe tak boleh pertikaikan kejadian Tuhan. Sebab apa? Sebab setiap perkara ada kelebihan yang Allah sediakan. Kalau orang buta ada kelebihan iaitu tak dapat lihat maksiat. Orang celik pun ada. Apa dia?

Lepas kahwin, tengok tangan isteri tu pahala, tengok badan dia pahala, tengok wajah dia pahala. Mulut? Bercakap memuji muji isteri tu pahala. Cakap I love you pun pahala. Telinga? Dengar bisikan bisikan manja dari isteri pun pahala. Amacam? Best tak? Kalau belum kahwin? Kasih pada ibu dan bapa. Buat semua tu kat ibu bapa. Tengok wajah ibu bapa, cakap saya sayang mak ayah, dengar nasihat nasihat ibu bapa. Semua tu dapat pahala. Betapa untungnya kita. Kan?


Tapi disebalik semua tu. Kita still tak sedar, still merungut. Ada yang cukup baik akhlaknya. Tapi sering merungut. “ya Allah, kenapa tidak Engkau tarik saja nikmat mata ini. Aku tidak tahan menanggung dosa melihat kemungkaran di atas bumiMu ini ya Tuhanku.” Bukankah Allah kurniakan nikmat mata itu untuk kamu gunakan pada perkara kebaikan? Nampak perempuan pakai seksi, pesan pada dia, nasihat pada dia. Tutupla aurat. Tapi kalau kita tak boleh melihat? Macam mana kita nak tau orang mana yang pakai seksi? Nak kongsi sikit. Tadi axe termenung jap. Biasa la hujan. Axe suka cuaca hujan, mendung. Tapi bila cuaca macam tu, selalunya axe akan termenung. Axe menikmati tiupan angin yang sejuk. Menikmati keindahan. Axe tak sedar dalam axe termenung tu. Mata axe tertumpu pada meja orang jual baju kat situ. Kebetulan ada sorang perempuan melayu, seksi gile. Pakai baju yang macam axe cakap tadi tu la. Nampak lurah cerun gunung tahan. Tapi axe tak pandang dia pun. Sebab fikiran axe tengah melayang menikmati cuaca sejuk tu. Tapi perempuan tu perasan macam axe tengah perati je kat dia. Terus dia tutup dada dia.

Rupanya kalau tak mampu nak tegur, kena usha je kot. Pastu baru timbul rasa malu. Baru la dorang ni tutu apa yang patut. Apa pun yang jadi tadi, axe harap Allah ampunkan axe. Sebab axe yang jebakkan diri dalam golongan yang macam tu. Hmm tapi betul juga kata ustaz kazim. Kalau kita tak pergi kat dorang, bila kita nak menang dengan dorang? Kalau kita tak berkawan dengan dorang. Bila kita nak berdakwah dengan dorang? Adakah dorang akan dengar tarbiyah yang kita sampaikan kalau kita tak jadi kawan dorang? Main bola. Satu padang. 22 pemain. Team A lawan team B. team A start sepak bola. Dia pass kat kawan dia. Pastu main pass pass sesama team A, main dalam kawasan sendiri je. Bila nak gol? Kalau tak masuk kawasan lawan.


Axe pernah jadi jahil, axe pun ada kawan-kawan yang jahil. Dorang tak banyak ilmu akhirat. Menyebabkan mereka lalai dan terpesong dari ajaran islam yang sebenar. Dan axe tahu nikmat dunia ni memang seronok. Nimat dunia ni memang kalau kita tak rasa, rugi. Tapi axe takut, nikmat ni semua akan dituntut semula di akhirat. Akan ditanya semula tatkala mulut terkunci. Yang akan bersuara ketika itu hanya kejujuran. Tidak ada kata nista dan pembohongan. Macam mana kita nak jawab bila kita ditanya apa yang kita buat dengan mata kita? Apa yang kita buat dengan mulut kita. Apa yang kita buat dengan telinga kita? Allahu Akbar.

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya