Para Nabi Pun Buat Kesilapan.

Bismillah


Positive thinking. Jujur. Dua tajuk yang akan axe huraikan. Kenapa tetiba axe buat post ni? Err biar la. Ini kan blog axe. Haa tak de la. Sebenarnya axe terfikir. Axe tak nak orang fikir negative pasal axe. Okay sebagai pembuka cerita. Biar axe mula macam ni je la. Axe join usrah kat campus axe ni. Ada naqib yang membimbing axe. Setiap usrah yang abg ni buat. insyaAllah axe join selagi tak de halangan. Bila buka sem baru ni. Naqib yang membimbing axe dah berubah wajah. Maksud axe, orang lain la yang jadi naqib sekarang. Tapi malangnya, sem ni axe jarang sangat join usrah. Naqib lama axe pesan, jaga nama baik dia. Dia tak nak axe nanti hanyut dalam kenikmatan yang akhirnya melalaikan axe.

Axe faham maksud naqib lama axe tu. Jadi axe usaha sedaya mungkin, tak nak rosakkan nama baik dia. Tapi bila axe tak hadir usrah dengan naqib baru. Naqib lama ni tahu, dan mungkin dia salah anggap pada axe. Mungkin dia fikir axe dah mula tak nak join usrah. Mungkin dia fikir axe dah mula lalai. Sebenarnya axe tak nak dia fikir negative pada axe. So, axe terus terang dengan dia. Axe jujur cakap satu persatu pada naqib lama axe ni. Axe cakap axe agak sibuk uruskan macam-macam benda. Axe sangkakan naqib axe ni faham. Sebab masa dia jadi naqib axe, dia tahu urusan axe macam mana. Dia tahu apa yang axe busy kan sangat. Sebab kadang-kadang bila dia buat usrah, axe cakap axe tak dapat join sebab sibuk. Tapi naqib ni tak nak axe ketinggalan dalam usrah. So, ditunda tarikh usrah.


Sepatutnya naqib axe faham yang tugas axe semakin berat sekarang bila axe dinaikkan jawatan daripada penolong setiausaha kepada setiausaha kelab. Tapi sangkaan axe silap. Maybe naqib ni tidak faham dan salah sangka dengan axe. Then naqib ni menegur axe dan sejujurnya axe terasa dengan teguran tu. Hmm tak pe la. Axe jujur je dengan naqib ni yang axe agak busy berbanding masa naqib ni membimbing axe dulu. Apa yang axe nak pesan kat sini. Jangan la asyik fikir negative pasal orang. Setiap benda yang jadi ada sebab. Ada maqasid masing masing. Axe pun kadang kadang fikir negative pasal orang lain. Axe harap axe boleh buang tanggapan tu. Husnuzon. Bersangka baik. Kalau hubungan dengan Allah kita jaga elok. Kita tak pernah bersangka buruk pada Allah. Tapi hubungan dengan manusia kita tak jaga. Asyik fikir yang tak elok je pasal orang lain. Nauzubillah, kemungkinan kita susah nak masuk syurga.

Axe tak salahkan naqib axe tu. Dia tegur axe supaya axe jadi lebih baik. Supaya axe tak lalai dengan dunia axe. Alhamdulillah axe dapat seorang sahabat yang boleh membimbing axe. Nak berdakwah ni susah. Banyak ujiannya, sedang kita cuba untuk berdakwah, ada pula tohmahan yang dating yang akan melemahkan hati. Dan kekadang tohmahan itu dating dari orang yang dekat dengan kita. Orang yang membimbing kita. Sebab apa? Sebab manusia tidak pernah terlepas dari kesilapan. Sedangkan para nabi pun ada melakukan kesilapan. Wallahualam.

Comments

hERMOSAfaznie said…
salam..leh tnya maqasid tu apa ye?
axe said…
Alaikum salam. maqasid bahasa arab. bahasa melayu nya "maksud" or "sebab"

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya