kembalilah pada Pencipta

masa axe kat asrama dulu. ada seorang kawan axe ni asyik sangat baca satu novel ni. axe tak ingat dah tajuknya. axe pun pelik la. apa yang menariknya novel tu? tapi axe tak pernah pulak tanya kawan axe ni.

satu hari, axe ambil novel tu masa kawan axe tu tak baca. axe selak la novel tu. bukan nak baca pun. cuma belek-belek je. axe tengok setiap permulaan bab baru dalam novel tu mesti ada ayat pujangga. axe pun baca la lagi ayat-ayat pujangga tu.

axe tertarik betul dengan ayat ni:

"Allah tidak menjanjikan kamu kesenangan dalam hidup, tapi Allah berjanji akan sentiasa bersama mu di setiap nafasmu."



ayat tu memang menarik. bila di fikirkan balik kita selalu mengeluh bila dilanda musibah. kita tak kan terlepas dari masalah. tapi kita ada Sang Pencipta yang selalu membantu kita.

Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat 5:

maksudnya : "kepada Engkaulah tempat kami menyembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan"

ayat di atas menerangkan kita sepatutnya meminta pertolongan Allah S.W.T. Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? Dia kasihkan hamb-hambanya. maka, mintalah pertolongan Dia bila kita dilanda musibah. kerana setiap musibah yang kita hadapi itu hanyalah ujian dari Allat Taala untuk melihat sejauh mana kita mampu bersabar dan apa tindakan kita.


apa pun jangan lupa senyum ya!!

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya