kebencian tak meredakan mesalah



benci memeng tak menyelesaikan masalah. sebabnya? bila kita marahkan seseorang, kemudian kita bencikan dia. dan kita jauhkan diri daripada dia. apakah akan selesai masalah itu? yakinilah, perasaan benci itu tak mungkin hilang. selagi kita tidak menyelesaikan masalah itu sendiri.

caranya?



mohon maaf. tidak kiralah siapa pun yang memulakan perselisihan ini, tetapi dengan memohon maaf sekurang-kurangnya akan meredakan amarah dalam diri.
bila kita merendahkan ego kita. InsyaAllah orang di sekeliling kita pun akan merendahkan egonya. dengan ini, masalah akan diselesaikan.

axe teringat satu ayat dalam article yang axe pernah baca, "bumi ini makin tenat, banyak pokok-pokok ditebang hanya kerana sehelai kertas"

haa kemudian axe gubah sedikit ayat tu untuk semua keadaan. dan untuk situasi ini, axe rasa "bumi ini makin tenat, janganlah kita tenatkan lagi dengan permusuhan kita"

sebab tu la axe selalu suruh senyum, sebab senyum boleh mengeratkan huungan dan boleh mengelakkan permusuhan. jangan benci-membenci tau. tak baik tu.

senyumlah... :-)

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya