Iman

axe rasa ramai yang tak faham apa itu iman. hanya tau sebut saja sebab dengar dari orang lain. kat sini axe nak kongsikan maksud iman yang sebenar.


iman bermaksud percaya. seperti yang kita faham dalam rukun iman. haa siapa yang tak ingat rukun iman?

  • percaya kepada Allah
  • percaya kepada Nabi
  • percaya kepada Malaikat
  • percaya kepada Kitab
  • percaya kepada Hari Kiamat
  • percaya kepada Qada' dan Qadar
ada 6 rukun iman. semuanya cakap pasal percaya kan?
haa iman bermaksud percaya. bila kita percayakan seseorang. kita akan laksanakan apa yang dia suruh kan?
sama la dengan ni. jika kita percayakan Allah, kita akan lakukan perintahNya. ada kaitan tau rukun islam dan rukun iman.

sebagai contohnya, solat        

puasa di bulan Ramadhan        



mengeluarkan zakat                     


mengerjakan haji bagi yang bekemampuan

 bukankah Allah memerintahkan kita melaksanakan semua yang di atas ini?. haa kalau kita percaya pada Allah, percaya pada kekuasaanNya. kita akan melaksanakan apa yang diperintahkan. kan semua kat atas ni wajib. ada yang selalu cakap orang tak solat ni orang tak beriman. haa betul la tu.sebab kalau dia beriman, dia akan solat sebab dia percayakan Allah dan Allah yang menyuruh kita solat.

besusah payah Nabi kita Muhammad S.A.W turun naik berjumpa dengan Allah untuk kurangkan jumlah solat harian kita. tak bersyukurkah kita?
kalau kita bersyukur, tambah la lagi dengan amalan seperti

baca al Quran              

sedekah                                      

dan yang paling mudah untuk dilakukan
senyum!!                                             

haa segak P. Ramlee senyum.. handsome kan? 

senyum ni sunnah nabi tau. dan kalau kita percayakan nabi. senyum la sebab Rasulullah kan suka senyum. beriman dengan Rasulullah tak rugi tau. sebab Rasulullah pernah bersabda, "aku tinggalkan kamu dua perkara yang mana kalau kamu ikuti, kamu tidak akan sesat selama-lamanya" sahabat bertanya "apakah dua perkara itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab. "Al Quran dan Sunnah ku"

mahukah kita sesat? kalau kita beriman, kita akan percaya apa yang Rasulullah sampaikan tu. dan kita akan turutinya. baca la Al Quran macam gambar budak kecik kat atas tadi. 

percaya kepada Malaikat. ada yang tak percaya sebabnya malaikat tu makhluk ghaib. kita tak nampak. tapi cuba kita renungkan. malaikat sering disebut dalam al Quran dan Hadis. kalau kita percaya kepada Allah dan Rasulullah. kita akan percaya kepada malaikat. al Quran tu kan firman Allah. hadis tu pula kata-kata Rasullullah. 

mari kita imbas kembali kisah ketika nabi Muhammad S.A.W dicuci hatinya. Allah memerintahkan dua Malaikat untuk membelah perut Rasulullah dan cuci hatinya. axe yakin para pembaca pernah mendengar cerita ini ketika di bangku sekolah rendah lagi. yakinilah kewujudan Malaikat yang sentiasa ada di sekeliling kita. seperti Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat amalan kita. Mungkar dan Nakir yang menyoal di dalam kubur. Malik yang menjaga pintu neraka dan Ridwan yang menjaga pintu syurga. Izrail yang mencabut roh/ nyawa. Israfil yang bertugas meniupkan sangkakala bila tiba waktunya. dan akhir sekali Jibril yang menyampaikan wahyu kepada Nabi dan Rasul. sebenarnya ramai lagi malaikat ni. tapi yang wajib kita ketahui hanya sepuluh.

percaya kepada hari kiamat? sesiapa yang percaya kepada hari kiamat pastinya dia akan bersiap sedia untuk menghadapinya. bagaimana untuk bersiap sedia? dengan menyediakan bekalan yang secukupnya. iaitu amalan kita. macam kita nak pergi berkelah, mestilah kita sediakan makanan yang secukupnya kan? hari kiamat akan berlaku bila-bila masa. bila Allah cakap jadi makan jadilah ia. haa ingat lagi tak post axe yang sebelum ni? kun fayakun. 

Qada' dan Qadar. ramai yang tidak faham apakah itu Qada' dan Qadar. ia bermaksud takdir yang telah ditetapkan Allah Taala. kita tidak tahu takdir kita. hanya Allah azza wa jalla yang tahu. jangan kita mengeluh atau bersusah hati dengan takdir kita. kerana Allah tidak akan menyeksa hambaNya selagimana hambaNya beriman dengan Allah. kalau kita dalam kesusahan bukannya bererti Allah telah menetapkan Takdir yang buruk kepada kita. Allah mahu kita berusaha membaikinya.

Firman Allah .


ini bermakna kita mampu untuk membaiki kehidupan kita selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya