Hello Ghost



hei..

semalam axe tengok tv. bosannya. tak de cerita best-best ke.
tu la persoalan yang bermain dalam fikiran. ni la nasib bila kat rumah tiada astro. tapi axe tak kesal tiada astro. sebab bagi axe astro ni ada kekurangannya juga. dan ada kelebihannya.

axe tukar channel. bila sampai channel 8tv. ada cerita korea, tajuk dia Hello Ghost. haa mulanya rasa macam tak nak tengok. yela axe ni tak gemar korea ni. akhir-akhir ni pulak orang asyik cakap K-Pop je kan.. tu yang menambah 'kebencian' kat korean ni. tapi tak boleh la macam tu kan. mana boleh benci-benci orang. mereka pun mahu maju dalam industri seni ni. tak salah pun kalau orang-orang kita minat cerita-cerita korea.

bila axe tengok cerita Hello Ghost ni, waa best gak jalan cerita ni. so, axe pun tengok la sampai habis. mulanya tak faham jalan ceritanya sebab axe tengok dah tengah jalan kan. kalau tengok dari mula lain la.

meh sini axe kongsi sikit tentang cerita ni.
ada seorang lelaki ni, dia nak bunuh diri sebab dah tak tahan dengan hidup dia. dia dah kematian ibu, bapa, datuk dan abang dalam kemalangan ketika dia masih kecil. dia mengalami kehilangan ingatan. so, dia tak ingat siapa keluarga dia. di ringkaskan, dia boleh melihat hantu di sekeliling dia. datang hantu-hantu ni (orang tua yang gatal, lelaki yang kuat merokok, perempuan yang selalu nangis, budak lelaki yang banyak songeh)

hero ni pun tension sebab dia tak boleh bunuh diri sebab dia kena penuhi hajat hantu-hantu ni dulu. dia pun dengan terpaksa penuhi la permintaan hantu-hantu ni. dalam masa yang sama, dia jatuh hati kat seorang perempuan jururawat ni. bila dia nak mengorat gadis ni je ada je hantu-hantu ni kacau dia.

di penghujung cerita ni, dia teman perempuan yang kuat nangis tu beli barang masak. perempuan ni masak untuk dia. banyak dia masak. kemudian datang gadis jururawat tadi untuk hantar kamera yang lelaki tu minta. (lelaki tua tu berhajat mahukan kamera) gadis tu lihat banyak makanan atas meja makan lelaki ni. sedangkan lelaki ni tinggal seorang diri. lelaki ni pon ajak la gadis tu makan sekali. masa makan gadis tu cakap dia nak lelaki tu jadi diri sendiri, sebab gadis tu perasan perwatakan lelaki tu bukan perwatakan sebenar.

lelaki tu pun bengang, dia halau semua hantu-hantu tu balik sebab dia dah penuhi semua hajat-hajat hantu tu. esoknya, dia jumpa gadis jururawat tadi dengan bawa makanan yang dia masak. dalam makanan tu ada daun apa ntah, axe pun dah lupa. gadis tu tanya la, kenapa letak sayur tu. lelaki tu cakap "mak saya cakap sayur ni baik untuk diri kita" kemudian dia teringat. perempuan yang kuat nangis tu masak makanan yang sama dengan memasukkan sayur yang sama. dan dia cakap benda yang sama.

lelaki tu rasa menyesal, sebab dia baru sedar perempuan kuat nangis tu sebenarnya roh ibu dia yang mati. lelaki yang kuat merokok tu bapa dia. lelaki tua tu datuk dia. dan budak lelaki tu ialah abang dia. dan semua hajat-hajat yang hantu-hantu tu minta semuanya hajat ketika mereka hidup.

The moral of the story is, kita mestilah menghargai semua yang ada di sekeliling kita. kadang-kadang semua tu menyusahkan kita. tapi akhirnya semua tu la yang akan bahagiakan kita. semua yang terjadi ada hikmahnya.

dan jangan lupa untuk senyum.. :-)


Comments

Unknown said…
Rugi aku x tengok citer tu.....
axe said…
search dlm youtube la..
Aisyah said…
Mohon copy sinopsis cerita ni boleh? tq
axe said…
boleh.. silakan. :)

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya