muslim diluar sana

anda lihat lah..



axe rasa kasihan lihat saudara-saudara kita di luar sana. mereka hidup dalam kegelisahan. mereka bagaikan belon yang di kelilingi jarum. bila-bila masa akan pecah.




 macm tu la hidup umat islam di sana. memang axe tak pernah pergi sana. tapi melalui gambar-gambar ini, axe dapat bayangkan kesengsaraan yang mereka hadapi.



cuma kita di sini yang mereka harapkan. bantuan yang kita hulurkan, makanan, pakaian, ubatan, tenaga kerja dan doa. semua tu membantu meringankan secebis kesusahan mereka.





tapi kita disini dalam keamanan, kesejahteraan. bersyukurkah kita? 
peperangan yang tidak terjadi kita adakan. perang apakah itu? perang politik jawapannya.
terus terang axe tidak minat lansung politik dunia ni.
kenapa la kita mesti berpecah semata-mata politik? dengan BN, PAS, PKR, DAP. yg lain axe tak tau. tu je yang selalu keluar media massa. :-)

axe cuma nak sampaikan kat sini, kita tak lihat ke apa yang jadi kat negara arab? mereka negara yang puratanya beragama Islam, yang berbai'ah mempertahankan Islam walau apa pun terjadi. tapi di sebabkan politik mereka berpecah, akhirnya yahudi mengambil kesempatan daripada perpecahan Islam di sana untuk merampas tanah orang Islam. 

mahukah perkara itu berlaku pada kita? yang sekarang ini berpecah hanya kerana politik.
sememangnya setiap parti ada perjuangan tersendiri, matlamat sendiri. dan kita yang menyokong ada pendapat sendiri. tapi jangan la sebab politik, sanggup memecah belahkan perpaduan kaum, mengutuk sesama saudara. kalau kita bersatu, yahudi mustahil akan dapat jatuhkan kita.

axe ada sembang dengan seorang ustaz ni. namanya ustaz Munawwir. dia selalu datang ke sekolah axe dulu untung bagi ceramah. axe suka penyampaian dia. dia tahu cara nak ambil hati pemuda untuk dengar ceramah dia. dia cakap, sebelum tiba hari kiamat, umat Islam akan hadapi kejatuhan kemudian kemenangan. dan apa yang jadi kat Palestin sekarang ni ialah salah satu permulaan kejatuhan Islam. kemudian Islam akan bangkit dan menang. Akhirnya berlaku lah kiamat. bila di fikir balik, kita berada dalam permulaan kejatuhan Islam. relakah kita hadapinya? marilah sama-sama bersatu di bawah satu payung. iaitu agama Allah. Islam. amboi dah macam pemimpin berpidato dah axe ni kan.

cuba lihat ni..


cuba anda fikir, macam mana bayi ini membesar? bagaimana kehidupan dia nanti? pembelajaran dia?
bila dikelilingi dengan kemusnahan begitu. apa yang ada untuk dia membesar.
betul la kata pepatah, kita tidak memiliki bumi ini, kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.

pape pun, senyum selalu..


Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya