Setia Hujung Nyawa?

hei hei readers sekalian.. lama dah axe nak buat post pasal tajuk kita kali ni. berkenaan setia. huh! tadi axe saja-saja taip perkataan setia kat google search. waa yang keluar suggestion banyak pasal setia hujung nyawa. tak tau ke? laa itu kan tajuk drama yang tengah hot sekarang ni kat tv3.



bukan axe nak cerita pasal drama tu. axe nak cerita tentang tajuk kita iaitu? yaa pandai pun. cerita pasal setia. haha dah macam cikgu kat sekolah tadika pulak. axe tertarik dengan cerita seorang hamba Allah ni. yang juga merupakan sahabat karib axe. namanya shah (bukan nama sebenar). shah ni mempunyai seorang sahabat perempuan yang bernama alia (bukan nama sebenar). mulanya berkenalan di muka buku lah. sekarang ni pun ramai yang dapat kawan baru melalui laman sosial ni.

pada awalnya shah hanya menggunakan gambar motor sahaja sebagai gambar profil. manakala alia pula menggunakan gambar kartun. sedang mereka rancak berbual. mereka menghentikan perbualan mereka kerana sudah lewat malam. shah kata kat alia nak sembang lagi esoknya.

malam tu shah tidur lambat sikit. sebab dia seperti sudah tertarik dengan perwatakan alia yg sopan santun dan bersikap terbuka. keesokan malamnya. mereka bersembang lagi di facebook. dan bertukar-tukar nombor.



telah hampir setahun mereka berkawan. shah menyatakan apa yang terpendam di hatinya kepada alia. shah suka alia. alia pun mengaku sukakan shah. tapi mereka tidak mahu couple macam remaja zaman sekarang. mereka hanya mahu berkawan tetapi hubungan yang lebih istimewa daripada kawan. setelah dua tahun berlalu persahabatan mereka. alia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah university. semakin mendekati tarikh pemergian alia ke university. pelbagai usaha shah buat untuk berjumpa dengan pujaan hatinya itu sebelum mereka terpisah. walaupun mereka masih boleh berhubung melalui telefon. tapi bagi shah untuk melepaskan alia masuk ke dunia ancaman itu adalah mustahil.


shah takut melepaskan alia kerana shah risau alia akan melupakannya. shah takut alia ada hubungan dengan lelaki lain. kerana shah sayangkan alia. bermacam-macam kata alia luahkan untuk tenangkan shah. alia berjanji untuk setia "shah, walaupun kita jauh. tapi hati kita dekat. buat apa saya terima lelaki lain sedangkan saya ada lelaki sebaik awak." itu lah antara kata-kata alia untuk membuatkan shah yakin dengan hubungan mereka. 


tiba masa alia berangkat ke university. setiap malam mereka berhubung melalui SMS. tapi shah agak sedih kerana alia makin berubah. alia tidak semesra dahulu. shah lawan perasaan curiga yang menghantui dirinya. shah yakinkan hati nya yang alia tidak curang dan alia sedang sibuk belajar. pernah juga shah merajuk kerana sms yang shah beri pada alia tidak dilayan. tetapi alia sabar memujuk shah. walaupun shah seorang lelaki. berjiwa kental. tetapi shah seorang yang lemah dengan wanita. 

shah pernah diuji dengan cubaan rakan-rakan perempuannya untuk menawan hati shah. tetapi sifat setia yang menebal dalam diri shah sangat di kagumi rakan-rakan lelaki shah. 



axe nak cerita, nilai setia itu penting dalam perhubungan. tidak kira lah perhubungan sebagai rakan, kekasih, suami-isteri, malah hubungan dalam perniagaan juga perlu setia. maksud axe bukannya axe suruh pergi bercinta dengan bos partnership tu. setia yang axe maksudkan. jangan lah kita berpaling tadah dalam perniagaan. ini khusus untuk bisnesman & bisneswomen la.. 

kalau kita setia pada pasangan kita. memang susah la bagi sapa-sapa yang cuba memisahkan. contohnya shah. walaupun ramai yang meminatinya. tapi disebabkan shah seorang yang setia. dia tidak layan dengan godaan-godaan yang mampu menghancurkan kebahagiaan antara shah dan alia. 

  • jika setia.. kita sama-sama mengharungi liku-liku kehidupan dengan pasangan.
  • jika setia.. kita tak kan dilanda keruhan hubungan dengan pasangan.
  • jika setia.. jagalah hati pasangan dengan sebaiknya
  • jika setia.. relakan kebahagiaan pasangan walaupun dengan orang lain.
  • setialah pada pasangan anda,
axe suka dengan lirik yang dicipta oleh seorang hamba Allah ni. 

sungguh hati ini terluka
mendengarkan satu cerita cinta
walaupun kita tiada pertalian
namun aku masih punya perasaan

ketika diri ini sudahpun bersedia 
meluahkan rasa cinta ku kepadamu
tetapi engkau sudahpun memilih dirinya
apakah masih ada ruang untuk kasihku

aku kecewa melihat dirinya
namun ku relakan demi secebis senyumanmu
bukan ku mengalah untuk menyaingi dia
aku mahu engkau bahagia

walaupun cintaku tidak kesampaian
daku mengharapkan kita masih berhubungan
biarlah daku menyimpan perasaan ini
doaku agar engkau terus bahagia

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya