Jangan Mengalah





Assalamualaikum. tadi axe sembang dengan sahabat axe. dia ada tanya "kalau kita dah berusaha, tapi kita masih gagal. macam mana tu? adakah Allah ingin menguji kita?"

jawapannya : ya! 

haa semua ujian di dunia ini datangnya daripada Allah Taala. then ujian kat sekolah tu dari tuhan juga ke? haha ada pulak timbul soalan macam tu ye. ujian Allah bukanlah berbentuk soalan macam dalam ujian kat sekolah tu. ujian Allah tak perlu hitamkan jawapan A,B,C atau D. tak perlu isi tempat kosong. ujian Allah ada di mana-mana. semasa kita nak jawab ujian kat sekolah tu, tiba-tiba kita terlupa jawapan. haa itu la ujian Allah. Dia nak uji kita adakah kita akan mengalah apabila mengalami kesulitan. Rasulullah pun ada ajar doa untuk orang yang lupa. 

kita tak boleh mengalah. syaitan pun tak pernah mengalah tau. syaitan tak pernah mengalah untuk menghasut kita supaya melakukan kemungkaran. axe teringat cikgu axe kat sekolah dulu. dia selalu jadikan Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary sebagai contoh. kenal tak? 


ini la dia jutawan malaysia

yang lebih membanggakan, syed bukhary ni orang melayu. ini membuktikan orang melayu pun boleh berjaya.  uncle ni mana ada masuk universiti pun. lepas tamat sekolah tingkatan 5. dia tolong ibu dia jual sayur dan ada juga jual roti canai. kemudian dia tolong ayahnya di kandang lembu milik ayahnya. mulanya lembu tu berapa ekor je. kemudian bila uncle hensome ni ambil alih kerja ayah dia. dia mula menjual daging lembu segar. lama-kelamaan bisnes dia makin maju. sekarang?

masjid Al Bukhary Alor Setar, Kedah. sebelah pasaraya Giant Alor Setar. percaya tak? bangunan Giant tu pun milik uncle Bukhary ni. 

uncle ni juga ada menubuhkan Yayasan Albukhary bertujuan membantu rakyat. yayasan ni ada menaja pelajar-pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran. 



cantik tak? haa ini universiti yang ditubuhkan oleh beliau.

kaya tak uncle saya ni? cey. mengaku uncle pulak. haa jom kita usha sikit apa yang Syed Al Bukhary ni buat.

wow! hebat sungguh jutawan negara ni.

bangga kan bila tengok anak melayu berjaya macam ni? mulanya hanya jual sayur, roti canai. kini berapa banyak syarikat yang beliau pegang. 

axe tahu. bukan semua orang yang boleh berjaya macam uncle ni. tapi sekurang-kurangnya kita berusaha. jangan cepat mengalah. axe sendiri pun belum berjaya macam uncle ni. kita cubalah sebaik mungkin untuk berjaya. tak rugi pun berusaha. malah dapat ganjaran pahala. bila bergunung pahala kita kumpul. sifat kita pun baik. Insyaallah dapat ganjaran syurga.


Syurga itu dipenuhi dengan orang yang lemah, merendah diri, susah, dan sentiasa diuji.


senyum juga dapat pahala!!

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya