Betul ke?

manusia bagaikan air yang jernih
air yang terbentuk mengikut acuannya.
jika baik acuannya maka baiklah bentuknya

manusia bagaikan air yang deras mengalir
mengalir melalui laluan yang tersedia
mudah mengikut haluannya
walaupun tidak tahu penghujung yang menanti

hubungan antara manusia bagaikan susu segar
susu yang enak dan halal diminum
jika tertitis arak di dalamnya
takkan berubah warna malah akan bertambah sedap
tapi tetap akan haram kerana setitis air haram itu.
elakkan lah setitis yang haram itu dalam hubunganmu
eik?

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya