Teman Pengganti

sejak dua menjak ini 
makin kerap ku diganggu visi
bila celik juga bila mimpi
aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi
dia membelai mu dengan izin dan permisi
sentuhan katanya semua kau iakan
sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka

beberapa purnama dulu cinta bertahta
kenangan dibina semua indah belaka
ketawa bersama menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
namun hakikatnya bukan mudah
aku sembunyikan gulana gundah
segalanya kan berubah
dengarkan apa ku mahu luah.

dalam dunia yang maya
prejudis dan bias
kita tak terlepas dari terkena tempias
rimas ditandas sembunyi dalam puisi dan kias
tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas

hanya kau yang tahu kondeks ku yang kompleks
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
bila dunia seolah tak memahami
kau sudi selami dalami dan mengalami

setia mendengar
sentiasa hadir
ingat setiap ulang tahun setiap hari lahir
tiba pagi syawal kau lah yang terawal
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal

70,000 hijab harus ku singkap
ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
dalam dunia ada seorang yang ku puja
kau teristimewa tapi Dia yang sempurna

sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
ku terperangkap ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu

namun aku tetap murung berkurung
tubuh makin susut menunggu tarikh luput
komplikasi di halaman rusuk kiri
makin susah nak bernafas nak bergerak nak berdiri

lagu ini yang terakhir aku sajikan
kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
jaga diri jangan makan hati
yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti
bilik dah ku kemas katil dah ku rapi
cincin kunci dompet dalam laci
ada sikit wang itu saja baki
moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

mesti ramai yang tahu lirik lagu ni kan? siapa yang tak tahu. lagu ni masuk Anugerah Juara Lagu. penyanyi lagu ni Black dan Malique. tapi masa persembahan AJL tu Malique digantikan dengan RJ(Rapper Jambang)


axe sebelum ni tak suka sangat lagu-lagu rap macam ni. sebab bagi axe lagu macam ni merapu ja.. tapi bila axe dengar lagu ni kat radio. axe terus cari kat youtube. axe memang suka muzik. tapi axe selalunya akan tengok lirik lagu-lagu dulu. sebab axe nak fahamkan apa yang dimaksudkan lagu tu. bila axe baca lirik lagu ni. axe teruja dengan perkataan yang warna hijau tu.

kemudian baru lah axe faham lagu ini mengisahkan tentang seorang yang hampir menemui ajalnya. mesti ada yang persoalkan, manusia takkan tahu ajal sendiri. tapi kenapa dia ni tahu? haa mungkin dia ada sakit kanser dan doktor menjangkakan hayat dia tidak lama. sekarang kan teknologi tinggi. dah boleh jangka hayat sesuatu benda hidup.


untung kalau seseorang tu dapat tahu jangka masa hayat diri. walaupun hanya jangkaan. tapi sekurang-kurangnya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. cuba tengok video klip untuk lagu ni kat youtube. penghujung video tu black mati ketika solat. itu sebab dia tahu dia nak mati. so dia beribadah je la.. tapi cuba bayang kan kita yang masih tak sedarkan diri ni. ada yang selalu pergi kelab malam untuk berfoya-foya. menagih dadah, minum arak. mencuri, merompak. macam-macam lagi kan? cuba bayangkan kalau mati masa tengah buat benda-benda yang keji tu?


cuba bayangkan kalau mati masa tengah dating dengan kekasih hati kita? 

kita kan tak tau bila kita akan mati. bila-bila masa je boleh mati. atau erti kata lain meninggal dunia. kan?
untunglah kalau ada yang mati masa tengah solat. mati syahid lah dia. hari tu axe ada sembang dengan seorang hamba Allah. katanya kalau tengah solat tu tiba-tiba ada orang letak bom kat kaki kita. mesti kita teriak panggil orang minta tolong. kemudian axe cakap lah.. teruskan lah solat. sebab mati dalam solat itu syahid. tapi hamba Allah ni tanya balik kat axe. ada lagi ke manusia sekarang yang tak takut ancaman? kalau ada orang acu senapang kat kepala kita masa solat. ada lagi ke yang buat tak kisah je dan teruskan solat? 

beul jugak apa yang hamba Allah tu cakap. zaman sekarang ni ada lagi ke yang hatinya cekal dan tabah hanya kerana Allah Taala? mungkin ada. hanya Allah azza wa jalla yang tahu. 

persiapkan lah diri menghadapi kematian. axe suka ayat ni "jangan takut dengan kematian, tapi takutlah dengan nasib kita selepas kematian" 


senyum selalu tau!!!

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya