Gemuruh


Kali ni axe nak kongsi pasal gemuruh. axe pasti semua manusia pernah merasa gemuruh. selalunya jika sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini. cuba tanya artis-artis, semestinya mereka pernah rasa gemuruh sebelum buat persembahan. 

ada yang cakap gemuruh ini penyakit yang mengjangkiti manusia. ia seperti virus yang menular di saluran-saluran darah badan manusia. 



Darah gemuruh bukanlah penyakit sebenarnya. Setiap orang pasti pernah dan selalu mengalami darah gemuruh. Ia satu perasaan normal. Apa yang perlu kita perhatikan adalah sejauhmana kita berupaya mengawal perasaan ini daripada menyelubungi kita sepanjang kita berada di depan khalayak. Ingin saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mengawal darah gemuruh. Tip ini adalah sebahagian amalan saya sebelum berdepan dengan khalayak.

    1.Pertamanya adalah permainan psikologi (intrapersonal communication). Percaya bahawa :

Yakin diri anda boleh.
Khalayak akan bersimpati dengan anda .
Khalayak adalah kawan anda.
 Anda adalah normal seperti orang lain.
Perhatian tertumpu pada majlis bukan perasaan anda.

  1. Doa .
سَخِّرْلِيْ كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَللَّهُمَّ اَحْطَعْ لِيْ كُلَّ مَنْ يَرَانِيْ مِنَ الْجِنِّ وَالاِنْسِ وَالطَّيْرِ وَالْوَحْشِ وَالْهَوَامِ

Maksudnya :“Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmanirrahim, wahai tuhan Engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku, daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.

axe pernah mengikuti ceramah ustaz Abdullah, pakar perubatan islam. kata ustaz, jika kita mengalami perasaan gemuruh, zikirlah dengan menyebut lailahailallah. zikir yang mudah ingat dan mudah di sebut. jika kita tak hafal doa kat atas tu. baca la zikrullah.
.
  1. Fizikal (Isometric Exercise)
  Tarik nafas dalam-dalam
Gerak kepala ke kiri dan kanan
Goyang tangan
 Goyang kaki

  1. Urus masa anda: Jangan lewat
Insyaallah jika kena kena caranya anda mampu mengawal darah gemuruh.




copy, paste & edited

Comments

NukilanSyahdu said…
yakin dri sndri masaalah tuu.. -_-
NukilanSyahdu said…
tgk.. otak ang.. ble gemuruh tu smpai.. rase nk pitam pon adeee
axe said…
tau la.. aq pun prnah rasa. kau ingt aq saja2 buat syok kt surau bagi ceramah? aq cari pngalaman nk brcakap dpn org ramai. sbb tu kena cuba gak.
NukilanSyahdu said…
kau berani la kapak.. erm.. aq x.. aq cuma berani ble aq marh je.. hah! time tu ape x ingt dah~

Popular posts from this blog

Perempuan sekarang suka pakai baju ketat. Kenapa?

sebab-sebab kenapa perempuan pakai seksi? (2)

pawagam : baik & buruknya